LEPAK KEDAI KOPI ZUS BERSAMA SUNAH DAN AFZANI

Sis Lin
4
LEPAK KEDAI KOPI ZUS BERSAMA SUNAH DAN AFZANI | RASA macam lamanya tak lepak kedai kopi .. lagi-lagi lepak dengan kawan-kawan. Last melepak tahun lepas sebulan sebelum anak Sis bersalin, then lepas tu dah duduk rumah urus anak berpantang dan jaga cucu. Arghh rindunya bau kedai kopi hahahaha.. bukan dengan kawan-kawan jer, dengan Suami pun macam lama tak masuk kedai kopi, bail-balik kedai Nasi Padang hahahaha.. 

Semalam kebetulan Sunah dan Afzani datang kerumah melawat cucu Sis, so Sis dah bagitau Sunah, nanti datang sini, petang sikit, jom pergi lepak ZUS sekejap, kebetulan menantu pun balik awal, boleh dia jaga Yana hehehe.. Sunah ON ajerr pantang di pelawa hahahaha.. maklumlah kami dah setahun tak jumpa ko, mesti banyak benda nak di ceritakan.. 

BACA JUGA :

Lepak Kedai Kopi ZUS Bersama Sunah Dan Afzani

Lepas Zuhur juga Sunah dan Afzani sampai. Sis dah sesiap masak dah. Agak kelam kabut pagi tu, tapi alhamdulilah, semuanya dapat Sis handle hahaha.. Menu semalam Asam Pedas Daging, Sup Ikan Merah (menu berpantang), Sayur Kacang Goreng dan juga Baby PakChoy (menu berpantang) dan ada laa Yana beli Moist Choc Cake dan juga biskut raya untuk hidangan tetamu semalam. 

Seronok rasa semalam bila ada tetamu datang, Sis ada kawan nak borak dan juga bercerita. Kalau tak memang duduk melayan cucu aja. Cucu pulak asyiklah tidur manjang ermmm memang takde geng nak borak. Yana pulak banyak berehat, so malas nak borak lelama dengannya, kang lagi stress dia dengan sakit luka di perutnya dengan cerita Sis hahahaha.. 

Lepak Kedai Kopi ZUS Bersama Sunah Dan Afzani

Akhirnya dapat juga laa lepas gian minum secawan Vietnamese Spanish Latté ice.. ermmm sangat sedap wooo.. sekali haritu dah cuba, terus terasa-rasa. Tapi sebelum ni Sis beli guna Foodpanda, ini kali beli walk-in dan dine-in kat sana, lagi mantap rasanyaaaa... tu pun benghong waiter ZUS tu, Sunah dah letak nota dine-in, staff tak baca, last-last kami menunggu lama, rupenya dia buat order 'take-away' apooo laaaa hahahahaha.. 

Sunah dia mencuba air terbaru ZUS jenis Sakura Paradise, lupa pulak dia order yang mana satu, sebab ada 4 jenis tak silap. Afzani pun Sis lupa dia minum air apa ekk.. hahahaha.. ye laa Sis ni jarang-jarang mengorder sendiri, biasa kalau ke kedai kopi gini, kawan atau Suami yang orderkan hehehehe.. dan lupa pulak nak cuba air Sunah minum semalam laaa huhuhuhuhu ...

Yang penting.. dapat minum, dapat lepak, walau sekejap tapi jadilah, dapat juga lepak walau dak Sunah tu semalam bizi melayan  LIVE TikTok Suaminya hahahaha.. baru nak ajak bincang sesuatu, potong stim laa hahahaha.. next time laa yaa.. kita jumpa di #buffetramadan next week .. 


P/S: Tak sabar tunggu minggu depan laaaaa .... 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. hahahahhahaha patut la nak mengajak sambung makan laksa johor kat sebelah tu pulak..ade benda nak dibincangkan rupanya..ahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha potong stim betul.. time tu laa nak live pulak hahahahaha

      Delete
  2. wah dah dapat lesen keluar lepak ni hahaha! bukan setakat keluar melepak, bertanding puteri amno pun sempat jugak ye sislin :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lesen sekejap jerr, kebetulan menantu ado... hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!