LUKA C-ZER BERSALIN ANAK BERAIR DAN BENGKAK | MEMANG dah banyak kali cakap, duduk diam, jangan banyak gerak, baring dan berehat, ehhhh degil, nak juga bangun duduk urus anak dia, buat susu dan dodoikan Khalish tu, haaa bila dah banyak bergerak, haaa kan dah sakit, yang jadi effectnya tempat Czer bersalin tu laa, ia jadi terbuka, berair dan bengkak, ishh susah nak cakap laaa kalau degil taknak ikut cakap..
Mula seminggu dua tu elok dah luka tu, lepas tu bila Khalish mula meragam, jenis sebelum tidur nak dodoikan kena dukung, Ibunya tu laa sibuk nak dodoikanlah dan peluk, goyang ke kiri ke kanan, lelama luka Czer tu pun jadi 'terancam', haaa terus lukanya terbuka, berair dan bengkak. Mula tu, Yana ingatkan sakit biasa aja, bila lama-lama asyik sakit jerr, dia pun perasan yang luka tempat Czer tu macam terbuka, then ada kuar air dan bengkak sebelah kanan.. Sis tengok pun memang yaa pun..
Terus tak sedap hati, Sis suruh menantu bawa dia pergi klinik untuk check. Pergi klinik dekat sini aja dulu, tapi bila Doktor check, dia suruh refer ke KPJ Pasir Gudang dan berjumpa dengan Doktor Salmi yang bedah dan merawat Yana tu. Hurmmm dah tak memasal kannnn kena pergi balik hospital. Yana tu dah lerr penakut, di tambah luka camtu, dia dah mula over thinking takut kena buka balik perut, cuci dan tampal balik tempat Czer huhuhu..
Selain ubat untuk cuci luka, Doktor bagi juga antibiotik
Tapi dari apa yang Sis baca, tengok pada lukanya, maybe Doktor akan cuci aja, tidaklah teruk sangat tapi bimbang kot kang ada nanah kan, sebab Sis perhati ada gelembong-gelembong air dalam luka tu. Paksa juga pergi KPJ tu, biar di rawat cepat dari melarat kang, tak pasal-pasal tambah sakit lain pulak..
Sis tak ikut, Sis di rumah aja menjaga Khalish. Risau dari rumah, mikir apa laa yang akan Doktor buat kat Yana. Tapi alhamdulilah, Yana update kata Doktor suruh cuci aja, dan Doktor kata takde nanah, cuma orang kata 'air bisa' tu jer yang keluar. Nasib baik juga cepat datang cuci, kalau tak takut lagi membahayakan kesihatan.
Pic by google
Punca jadi macamtu tak lain tak bukan, Doktor kata banyak sangat tekanan pada perut dan terlalu banyak bergerak.. so luka tu jadi stress nak kering dan baik cepat. Degil kannnn... itu laa mendapatnya.. Kadang tu menantu tu dah jaga dah anaknya, suruh Yana tu tidur aja, ehhhh kejap tu dia keluar bilik menyibukk kelek anaknya.. katanya, 'Ibu rindu Khalish' hahahaha mana tak gerammm.. Yaa tau rindu dan nak urus anak, tapi utamakan kesihatan dulu.. kalau dah sakit, macam mana nak urus anak..
Tak tau laa nak cakap dan nasihat camne, ni dah jadi gini, barulah dia tau serikk.. Now Doktor bagi ubat cuci dan cuci sendiri, Doktor dah ajar macam mana cuci lukanya, juga ubat antibiotik untuk di makan. Lagi seminggu datang lagi check perut tu. Dan harini Yana belek, macam makin banyak pulak gelembong tu, katanya mungkin sebab balut kot, so luka tu susah nak kering. Apalagi, Yana terus je bukak pelekat perut tu dan tala ke kipas angin bagi kering, baru rasa lega katanya..
Terlalu banyak tekanan pada perut boleh menyebabkan jahitan longgar atau koyak. Tekanan yang tinggi boleh wujud pada bahagian Czer apabila korang mengambil atau mengangkat sesuatu yang berat seperti anak kecil atau beg barangan runcit, memanjat tangga atau cuba bersenam terlalu awal.
Merawat luka Czer terbuka
Keterukan luka yang terbuka adalah bergantung kepada lokasinya.
Jika potongan czer luar terbuka, doktor mungkin memberikan suntikan untuk kebaskan bahagian tersebut dan kemudian mengeluarkan kulit atau tisu sebelum dijahit, stapel atau digam semula. Sekiranya terdapat jangkitan atau sel kulit mati, bahagian czer perlu dibersihkan sebelum ditutup semula.
Walaupun pembukaan bahagian dalam rahim jarang berlaku, tetapi ia sangat serius. Korang mungkin perlu menjalani pembedahan untuk menutupnya kembali. Dalam kes yang sangat jarang berlaku, rahim mungkin perlu dibuang jika ia rosak atau dijangkiti. Pembedahan ini dipanggil histerektomi. Jika kawasan itu dijangkiti, doktor mungkin memberi dos antibiotik yang lebih kuat, atau anda mungkin diberi antibiotik melalui suntikan atau terapi intravena (IV).
Dalam sibuk menjaga bayi, korang juga perlu memikirkan keadaan diri kerana pembedahan Czer dianggap pembedahan utama. Sebaiknya, elakkan perkara yang boleh menyebabkan luka czer terbuka dan segera maklumkan kepada doktor jika melihat atau merasakan ada tanda jangkitan atau komplikasi.
P/S: Moga Yana cepat sihat dan baik-baik aja, boleh dia urus anaknya nanti bila dah balik rumah sendiri.. kalau tak macam mana laa dia nak handle huhuhu ...
Allahuakbar..aku pulak yang seriau membayangkannya..moga baik2 aje, yana pun dah serik la tu bila da jadi gitu kan...
ردحذفYaaa Sunah, aku tengok lagi seriau huhuhu
حذفEhhhh, seram la sayaaaa..Terasa ngiiiluuu! Moga sembuh segera Dan Tidak degil lagik ye Puan Yana oii❣️
ردحذفHuhuhu makaseh Nona ...
حذفAduh sis bila ibu baca coretan sis kali ni terus ibu terasa ngilu dekat bekas czer bersalinkan budak Aqil 15 tahun yang lepas. Allahu! Semoga cepat sembuh Yana. ;)
ردحذفNasib dia laa, lasak sangat Ibo sampai luka pun jadi lecet ...
حذفAllahu..moga x de apa yg serius & moga cepat sembuh yer...
ردحذفSo far okay je ni, cuma seram juga tengokkk lukanyaa
حذفAlhamdulilah..semoga makin sihat..
ردحذفInshaallah Ret.. luka dia jerr melecet sikit..
حذفluka czer (bukan czer melahirkan tp sbb ammi buat rawatan betulkan rahim sebelum dapat anak)... potongan, tempat potongan dan jahitan mmg sebjik mcm czer. lepas 2 minggu ada satu part dihujung jahitan terbukak..ammi boleh rasa dia terbuka masa ammi buang air besar. berdarah dan keluar air bisa (agak busuk juga air ni). terus tampal luka tu dan ke hospital tempat ammi operate semula. Doc jahitlah semula. katanya ammi alergic dengan benang asal.
ردحذفYer Ammi, ikutkan gitu laa, kena banyak rehat, ni banyak sangat dukung dan dodoi anaknya...
حذفAllah..risaunya klu jadi mcm tu..
ردحذفSangat risau Cik Nor, takut jangkitan kuman kan..
حذف