SELAMAT BERCUTI SEKOLAH ANAK-ANAK! | YAHOO!! Amboi kemain seronok lagi anak-anak yaa bila dah cuti sekolah. Cuma berbeza lain bulan dan permulaan cuti dan awal sekolah dari sebelum ni. Kalau dulu mula cuti sekolah penggal ketiga pada akhir bulan November atau awal December, dan awal persekolahan darjah pada awal Januari, tapi sejak wabak Covid19 dan asyiklah PKP PKPB dan p p laaa, so jadual sekolah dah bertukar-tukar.
Makanya Jumaat lepas (Negeri Johor) bermulanya cuti sekolah penggal ketiga selama sebulan, dan akan mula awal persekolan bagi darjah baru pada pertengahan bulan 3 nanti. Jadinya pada bulan puasa nanti, budak-budak dah pun mula sekolah.
Walaupun Sis takde anak bersekolah, tapi sebab ada anak-anak saudara dan juga kawan-kawan yang ada anak bersekolah, so jadi tau laa semua jadual persekolahan anak-anak. Lagi satu hal, Sis suka amik tahu bab-bab cuti sekolah ni, nanti bolehlah suruh adik-adik datang ke rumah ‘berkampung’ hehehee..
Dan harini, anak menantu dan cucu Sis akan pulang ke rumahnya, alaaa sedihnya rasa hati, cuma taknak laa tunjuk depan anak-anak menantu kan, lagipun nanti awal bulan 3, Sis akan mula jaga cucu Sis. Time tu bolehlah kelek cucu sepuasnya.
Nasib baik juga laa, bila cucu tak ada ni, Sis membusykan diri dengan pergi event media preview #buffetramadan sana sini. Keluar masuk hotel aja laa Nenek ko ni Khalish hahahaha. Orang tengok kita nak kata apa biorlah, yang makannya kita, yang buat kejenya pun kita, so apa di kisah kata-kata orang kann.
Bukanlah nak hadap makan tu sangat, siapa je laa yang taknak jaga makan kan, tapi sendiri makan, sendiri mau ingatlah. Cuma seronok dapat pergi hotel-hotel satu Johor Bahru ni, bukan senang nak jejak, makan pun sedap, dapat jumpa kengkawan lagi, bertukar-tukar pendapat dan sharing tips, so takde laa nanti bila jumpa atau terserempak kita seperti orang ‘asing’. Hidup kalau sombong-sombong, mau kemana aja haaa?..
Tapi takde laa nak kata kita ni cari populariti tapi dah ini keje kita kan, nak ‘job’, nak orang tau siapa kita, apa servis kita, so kenalah ke depan sikit, siapa lagi nak up kan branding kita kalau bukan kita?. Kecuali memang kau nak jadi ‘silent writer’, so tak payah laa keluar pi memana, kau update blog jer, pun ada jer ‘silent reader’ blog kau yang akan baca.
Simple jer kan, fokus pada diri sendiri dan jangan sibukkan hal orang lain. Tapi kalau dah mula masuk dalam kelompok besar, kau kenalah sesuaikan diri. Tak semua orang suka kita dan tak semua yang benci kita. Kena pandai-pandai bawa diri, jangan sampai ada yang memerhati.
Apa-apa pun, sempena cuti sekolah ni, apa yang penting adalah ‘masa’. Time ni laa utamakan ‘Family First’, jangan terlepas peluang untuk semua itu, sebab masa yang berlaku takkan datang sekali lagi. Kerja tetap kerja, tapi kenalah pandai bahagi masa, lebih-lebih lagi time cuti sekolah ni kan. Buatlah plan percutian dan bawa anak-anak ke tempat yang akan meninggalkan kenangan buat family korang.
Kita tak tau bila lagi ada peluang ini, sibuk macam mana pun, utamakan keluarga dulu. Sis yang takde anak kecil ni pun, kemain banyak plannya untuk cuti sekolah ni. Nak suruh adik-adik datang dan bermalam di rumah Sis. Bolehlah masak dan menjamu selera anak-anak saudara.
Sebab tu masuk bukan 3, Sis dah slow dan banyak Sis tak join event, satu sebab dah menjaga cucu, dan keduanya nak soend time dengan adik-adik dan anak saudara nanti. Memasing semua dah tunggu, bilalah Ayyom dah free hahahaha..
Apa-apa pun, time cuti sekolah ni, kena jaga diri dan jaga kesihatan semua. Kalau memandu jauh, baik-baik memandu dan berhati-hati di jalan raya. Selamat bercuti sekolah anak-anak!!! ..
P/S : Nenak akan rindu sama Khalish 🥹
Baik baik, saya suka perhatikan anda..tibber.. Tuhlahh, kadang rasa nak kedepan..tapi takut komitmen banyak sangat... So I sedang sedang jela nak branding ituuu..Hahahahaha..
ReplyDeletePsssst: Comelnyaaaa baby Khalish, I melting la tengok dia 😍 Memang rindu salu ni lelagi cucu pertama 😃
Hahaha i perhatikan u juga tau.. kenapa comel sangatt...
Deletemeriahnyer uooolss., hehe
ReplyDeleteKannn.. time gini laaa dapat jumpa kengkawan semua..
Deletegebu comeynya khalish....
ReplyDeleteHehehe sekarang pipi dah labuh ...
Delete