SETELAH SEKIAN LAMA TAK KELUAR PERGI EVENT! | MEMANG Sis rasa lama, sebab dari sebelum anak Sis bersalin sampai laaa semalam malam, barulah Sis dapat keluar pergi event. Dan semalam adalah event pertama #buffetramadan yang Sis pergi dan tiba-tiba rasa kekok nak mengambil gambar dan rasa lemas bila tengok ramai betul orang.
Memang meriah event Buffet Ramadan Media Preview di amari Hotel semalam, sampaikan terdetik dalam hati, 'ini event buffet ramadan ke atau majlis annual dinner ni?' hahahaha.. siap ada persembahan tarian, pertunjukan fashion show dan juga pukulan drum beserta kompang yaa.. happening betul.. terasa macam kita pulak di raikan sempena keluar rumah ni hahahahahaha..
Cuma duk toleh sana sini, tak berapa ramai geng media yang Sis nampak, sebab semalam sama date dengan jemputan buffet ramadan di Anantara juga, so ramai pergi sana. Sis tak pergi lerr, sebab jemputan Amari hantar awal, so dah terima jemputannya, kemudian barulah jemputan dari Anantara datang. Siapa dulu, kita terima. Hanya Sunah ajer laa media rapat yang Sis nampak, lelain ada laa dari media lain yang Sis kenal juga.
Congrats Sugie Liew. Dari Grand Paragon ke Amari Hotel. all the best.
Dan semalam jugalah pertama kalinya tinggalkan Yana dan cucu Sis di rumah. Yana jaga anaknya berdua di rumah. Ikutkan mulanya menantu kata dia tak duty, sekali duty masuk kena duty di Paradigm Mall sampai jam 10pm, aduiii Sis dah serba salah nak cancel event tu, sebab last minit kan menantu bagitau. Tapi sebab Yana kata okay, so Sis pergi juga event semalam.
Nak jadi cerita, time tu laa cucu buat perangai dia hahahaha.. kebiasaannya dari jam 3/4 petang, memang time dia tidur sampai dekat nak Maghrib, tapi semalam, dari jam 3pm sampai Sis nak keluar rumah, Khalish punya mata besar dan sakan dia main taknak tidur. Yang kelakarnya, dia duk perhati jerrr Sis, sikit-sikit pandang Sis, kemudian ketawa adoiii mujuk Nenek tak bagi pergi ke apa ni Khalish uiii..
Yana pulak semalam dah 3 hari ada rawatan penutup pantang dia. Harini dah hari ke 40 hari berpantang dan merupakan hari terkahir dia berpantang juga. So semalam masa Confinement Lady (CL) time petang, Sis jadi kelam kabut, mana nak bersiap, mana nak tengokkan Khalish.. jadi haru Sis semalam. Puas dodoikan Khalish tapi tetap juga tak tdiur, sampaikan Sis bawa Khalish naik atas, sambil Sis bersiap hahahaha..
Terjumpa sekali dengan founder Cafe Dapo Mokcik Kopi Pokcik. Terima kasih Nur tegur Sis
Bukan main plan lagi Sis dengan Yana, Sis dah orderkan dia menu berpantang dari Suraya Mothercare untuk lunch dan dinner, then nanti Sis tidurkan Khalish sebelum jam 4pm, so Sis beoleh bersiap dan time Sis takde tu, Yana boleh berehat sementara Khalish dah tidur, tapi.... hampeh, cucu macam tau-tau Nenek dia nak keluar, dia boleh tak tidur sampai ke petang nak Maghrib kata Yana hahahaha.. lepak Ibu dia menjaga dan mendodoi, sampai sakit bahu kata Yana hehehehe..
Harini pun Sis ada event buffet ramadan di Renaissance Hotel, tapi harini menantu ada, dia balik awal harini, so Sis taklah jadi kelam kabut macam semalam. Kalau tak, memang kena buat planB hahahahaha.. ingat-ingat balik semalam, memang gelak betullah.. balik jer rumah, Yana dah macam haperr tak sabar nak pass baten kat Sis menjaga Khalish hahahahaha.. surrender katanya, adoii laaa, Mak baru tinggal 5 jam jer, dah tak boleh nak control ekkk..
Itulah kisah setelah sekian lama tak keluar pergi event semalam. Tunggu next posting, Sis akan share menu-menu, harga dan nombor untuk tempahan buffet ramadan di Amari Hotel ni okay. Sabar, bakal menyusul one by one nanti hehehehe.. Korang dah ganti puasa ke belum?..
P/S : Baju raya 4 tahun lepas, dah boleh pakai hahahahaha..
Baju tu cantik sangat Sis Lin 😉
ردحذفBaju raya 4 tahun lepas tu hehehe
حذف