7 PETUA HILANGKAN GATAL TEKAK DAN BATUK DENGAN CEPAT | SEJAK-SEJAK ni ramai Sis tengok dan perhati keliling orang yang Sis jumpa semuanya batuk. Bila tengok batuknya, bukanlah ada kahak atau lendir, hanya batuk-batuk kosong jer, tapi kesian juga tengok. Sis ni faham sebab Sis orangnya kalau dah kena batuk, adoii memang lama laa nak baik. Kadang tu sampai seksanya asyik ganti seluar dalam gara-gara batuk sampai terkencing. Korang boleh rasa tak macam mana seksanya..
Jenis orang yang mudah sakit dan mudah baik, itu baguslah, tapi kena kat Sis, memang kalau dah sakit, akan melarat panjang, lagi-lagi batuk. So far apa yang Sis rajin buat kalau kena batuk adalah kerap minum air suam-suam panas dan juga hisap gula-gula berangin. Tu jer yang boleh melegakan.
Bagi korang yang selalu terkena batuk, dan batuknya berpanjangan, korang bolehlah cuba 7 petua hilangkan gatak tekak dan batuk dengan cepat seperti di bawah ni ya. Inshaallah dengan izinNya, boleh cepat sembuh batuknya..
Apa punca tekak tidak selesa dan batuk?
Setiap orang pasti pernah mengalami masalah tekak tidak selesa dan batuk kerana ia juga adalah antara penyakit yang biasa berlaku serta berulang beberapa kali sepanjang hidup kita semua. Merupakan salah satu komponen penyakit tiga sekawan bersama demam dan selesema, ia sering akan datang dan pergi dengan begitu sahaja meskipun anda tiada ambil sebarang ubatan atau rawatan.
Ada beberapa punca sebenar di sebalik masalah ini berlaku kepada individu seperti yang berikut:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Dehidrasi
- Kemasukan bendasing
- Kecederaan tekak
- Reaksi alahan makanan
- Kesan alahan ubatan
- Terlalu kuat bercakap atau berteriak
- Penyakit refluks gastroesofagus (GERD)
Walaupun masalah ini mungkin boleh sembuh dengan sendiri seiring waktu, namun ia bukan alasan bagi individu untuk cuma membiarkan tanpa mendapatkan ubatan dan rawatan klinikal jika perlu. Maka, kita juga mungkin perlu cuba amalkan petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat!
Petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat!
Perkara paling penting dan utama, korang perlu berjumpa doktor segera untuk mendiagnosis punca masalah ini terjadi di samping mencari apa jenis ubat batuk terbaik untuk gatal tekak. Dalam pada itu, ada juga petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat anda boleh amalkan:
#1. Mengunyah lozeng @ gula-gula yang dingin
Individu boleh mencari lozeng di farmasi atau gula-gula yang dingin. Ia sedikit sebanyak boleh membantu melegakan gatal tekak dan batuk.
#2. Minum air suam
Pernah terdengar atau terbaca jika anda batuk teruk, kena minum air suam? Sebenarnya, petua ini bukan sahaja merupakan kepercayaan orang dahulu malah mungkin benar dari segi fakta.
Alasannya, air suam terutama teh yang dicampur lemon, halia atau madu sangat menyegarkan dan mungkin akan membantu melegakan masalah batuk dan ketidakselesaan pada tekak anda.
#3. Makan aiskrim
Selain minum air suam, korang turut amat disyorkan agar makan aiskrim lebih-lebih lagi perisa vanila kerana ia dikatakan boleh membantu melegakan masalah yang serupa seperti di atas.
Jika tidak gemar dengan aiskrim, ada pelbagai lagi jenis snek sejuk yang anda boleh makan seperti puding, koktel dan lain-lain jenis bagi mendapatkan kelegaan walau cuma untuk sementara.
#4. Berkumur mulut dengan air garam
Seperti mana ramai sedia maklum, garam memiliki sifat antiseptik secara semula jadi yang mampu membantu dalam usaha membunuh kuman termasuk bakteria, virus dan macam-macam lagi.
Disebabkan itu pula, berkumur mulut dengan air garam mungkin boleh membantu untuk merawat infeksi virus dan bakteria – antara dalang utama berlaku masalah tekak gatal dan batuk-batuk.
#5. Menggunakan air humidifier di rumah
Kadangkala, individu mungkin bakal mengalami masalah pada tekak gara-gara pencemaran udara di sekeliling yang amat sarat dengan habuk, debu, bulu haiwan serta banyak lagi bendasing lain.
Maka, penggunaan air humidifier bukan sahaja boleh mengamankan malah menyamankan udara!
#6. Jangan banyak bercakap atau berteriak
Bukan nak kata korang perlu membisu sahaja sepanjang ketidakselesaan pada tekak terjadi. Akan tetapi, sila hindar daripada terlalu banyak bercakap atau berteriak ekoran ia cuma bakal mengakibatkan masalah tekak dan batuk korang bertambah parah.
#7. Masa untuk buang tabiat buruk!
Petua hilangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang terakhir adalah dengan elakkan daripada terus melakukan tabiat-tabiat buruk korang seperti menghisap rokok atau meminum alkohol.
Ketahuilah bahawa ia membawa kemudaratan pada tekak dan kesihatan tubuh badan keseluruhan. Kesimpulannya, ada banyak petua kurangkan batuk dan gatal tekak dengan cepat yang individu kena cuba amalkan tetapi tahap keberkesanannya mungkin berbeza bergantung masing-masing. Apa-apa pun di nasihatkan korang berjumpa dengan doktor bagi mengelak masalah ini berulang dan mudarat.
Moga bermanfaat buat korang ..
P/S : Hari Ahad bila Suami kerja, terus rasa 'Bosan' dunia hahahahaha...
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.