AYAM MASAK KICAP PEDAS, MENU BERBUKA PUASA SEMALAM | ALHAMDULILAH, semalam dapat berbuka puasa bersama anak-anak dan menantu di rumah. Walau masih lagi tak cukup satu family, tapi bila berbuka beramai-ramai ni, lain macam dia punya meriahnya. Padahal hari-hari pun makan bersama juga kan, masak juga, tapi feel ramadan ni lain sikit, berbeza dengan hari-hari biasa.
Dan kerana menantu berbuka di rumah, Sis kenalah masakkannya menu kegemaran dia lauk ayam. Tak kisahlah menu apa sekalipun, janji lauknya ayam. Kalau ada ayam, memang takde laa dia nak menceduk lauk lain hahahaha.. tapi semalam, alhamdulilah, apa yang Sis hidangkan, semua menantu ceduk dalam pinggan hehehehe..
Ramadan pertama, Sis dah masak Ayam Masak Lemak Nenas, so semalam Sis masak pulak Ayam Masak Kicap Pedas, memang pekat, pedas-pedas manjah dan rasa pun alhamdulilah sedap. Takut juga memasak time puasa ni kan, memang ada jerr tak kenanya kang..
Rasanya dah banyak kali juga Sis letak resepi Ayam Masak Kicap Pedas ni dalam blog Sis. Dan style Sis, ayamnya memang Sis tak goreng dulu, Sis hanya reneh sampai ayam tu kecut masak dan kuah jadi pekat. Tapi semalam Sis tak sampai kuahnya pekat sangat, sebab nak makan berkuah.
Nak pedas sangat pun tak berani, ye laa time puasa ni perut kan berlapar seharian, kang masuk makanan pedas-pedas sangat kang, terkejut pulak perut terus sakit perut pulak. Naya kang ulang-alik ke tandas. Sis masak dalam 8 ketul juga semalam, alhamdulilah ada laa baki dua ketul, untuk Sis makan Sahur dengan anak bujang Sis pagi tadi.
Tapi ..... buka lauk Ayam Masak Kicap Pedas aja yang ada, Sis masak juga isi Ikan Mayong Berlado dan juga Sawi Goreng Campur sebagai tambahan menu berbuka puasa semalam. Yaa macam tak kena pulak takde menu pedas sikit kan, tapi tetap tak pedas juga hahahaha..
Anak sampai cakap, banyaknya Mak masak, tapi dalam kata banyak, alhamdulilah, habis juga semua, siap anak bawak balik buat bekal dia bersahur. So takde laa rasa membazir ke apa ke kan, makan cukup dan memasing kenyang dan puas makan.
Itu pun ada juga menu lain sebagai 'moreh' lepas solat, menantu beli Kebab Daging dan kuih-muih, anak bujang beli Roti John dan Yana beli minuman-minuman. Sis hanya buat air panas TehO jer semalam.. kuss semangat banyak-banyak camtu pun habis semua. Sebab beli dengan kuantiti yang cukup-cukup makan, alhamdulilah ..
So harini menu apa? Ikutkan ada jemputan berbuka puasa #buffetramadan petang ni, tapi terpaksa cancel atas sebab yang tak dapat di elakkan.. takde rezeki harini.. so ingat nak goreng Mee Mamak, dan buat Tomyum Seafood sikit.. inshaallah ..
P/S : Malam tadi mimpi 'buruk'... astaghfiruallah .
Ayam masak lemak nenas tu uncle tak pernah cuba....
ReplyDeleteNanti boleh cuba yaa Uncle ..
Delete