SEJARAH BERMULA BAZAR KAMPONG GELAM
Terkenal sebagai kejiranan Melayu-Islam Singapura, asal-usul Melayu Kampong Gelam boleh dijejakike zaman penjajah sekitar 1820an apabila kawasan tersebut diperuntukkan kepada masyarakat Melayu, Arab dan Bugis di bawah titah perintah Sultan Melayu. Walaupun kemasukan beramai-ramai masyarakat pendatang mengubah wajah “kampung” atau “kompaun” Melayu menjadi sebuah masyarakat yang lebih majmuk, kawasan tersebut mengekalkan kepentingannya sebagai pusat kegiatan Melayu-Islam atas sebab sejarah dan khazanah budayanya.
Tersergam Masjid Sultan – Masjid terpenting Singapura yang telah diwartakan sebagai tugu bersejarah pada 1975 – sebagai pusat tumpuan Bazar Kampung Gelam bermula sejak 1960an lagi, para pengunjung untuk menunaikan solat, menjamu selera selepas berpuasa dan membeli-belah persiapan Raya berlatarkan persembahan seni etnik.
SIRI CAHAYA RAMADAN
Walaupun Bazar Kampung Gelam menjadi tumpuan selama puluhan tahun, edisi sejak 2021 menampakkan kembalinya kemeriahan dari zaman keemasan 60an, menyerlahkan unsur yang membentuk identiti semasanya sebagai tempat pertembungan serba moden dengan tradisi.
Berasaskan kejayaan lelaran sebelumnya dan GLAMboyant – pengaktifan presint F1 Kampong Gelam selama 10 hari – sambutan tahun ini dijangka menjadi pengaktifan terbesar dalam matlamat berterusan One Kampong Gelam untuk menyemarakkan minat yang memacu langkah serta kemajuan perniagaan.
Raikan Cahaya Ramadan menggabungkan bazar Ramadan yang klasik dengan pertunjukan cahaya yang menakjubkan dan senarai persembahan menarik yang berkemuncak dengan kutipan amal selama 10 hari - menjadi penutup tirai yang sesuai untuk bulan suci untuk cenderung bermuhasabah diri, berkorban dan hidup bermasyarakat.
AKTIVITI UNTUK PENGUNJUNG
Merentasi daerah-daerah utama selama 33 hari dari 15 Mac hingga 16 April 2023, Eid Glam boleh diringkaskan sebagai lima tonggak pengalaman – makanan, runcit, cahaya, hiburan dan komuniti.
MAKANAN - HARIAN
Tersusun di sepanjang jalan Baghdad Street, Kandahar Street dan tepat di muka pintu Sultan Gate, pengunjung boleh menikmati barisan juadah terbesar di Kampong Gelam dengan sehingga 86 gerai. Menampilkan gabungan trak makanan menarik, gril luar dan ruang mezanin 2 tingkat untuk menjamu selera, nantikan pelbagai santapan kegemaran tradisional seperti Kuih Raya, sate, makanan laut tempatan dan snek goreng, di samping makanan popular – tinggal pilih sahaja sama ada ingin duduk di luar atau di tingkat mezanin untuk memerhati pengunjung yang berpusu-pusu.
RUNCIT - HARIAN
Dengan kedudukan strategik di antara zon F&B ialah 23 gerai runcit yang menjual seni moden, kraf tradisional dan pakaian oleh artis atau artis bebas untuk mempamerkan pelbagai kreativiti yang boleh dibawa pulang.
*Nota: Kedua-dua barisan makanan dan runcit akan diumumkan kelak melalui sosial Kampong Gelam lebih dekat ke tarikh sambutan https://www.instagram.com/visitkamponggelam/
CAHAYA: PERTUNJUKAN LAMPU UNJURAN - JUMAAT HINGGA AHAD
Kini di tahun ketiga siri Cahaya Ramadan One Kampong Gelam, cahaya lampu unjuran kembali menceriakan kawasan perayaan. Ia menerangi muka bangunan ikonik Masjid Sultan, para pengunjung yang lalu-lalang boleh menyaksikannya dari jauh atau mengabadikan unjuran mengasyikkan yang menyusuri perkembangan seni dan budaya Kampong Gelam, dalam foto.
CAHAYA: PERTUNJUKAN LAMPU UDARA – JUMAAT & SABTU
Berlegar di awang-awangan tapak acara (Sultan Gate) ialah pameran cahaya udara yang menggunakan layang-layang LED dikawal dron dengan pencahayaan berwarna terang untuk mempesonakan penonton. Arca lampu mikro pula menceriakan suasana sebagai tanda jalinan yang semakin erat antara manusia dan bulan Ramadan.
Turut memeriahkan suasana, pengunjung juga akan melihat gerbang Raikan Cahaya menyambut mereka ke kawasan acara, dengan kerdipan lampu kelip-kelip di sepanjang laluan utama dan sebagai layar latar berwarna-warni di setiap selekoh.
HIBURAN
Bazar Ramadan tidak lengkap tanpa hiburan. Dengan pentas utama di tepi tempat letak kereta Baghdad Street, pengunjung boleh berehat sambil didendang persembahan langsung muzik dengan barisan penyanyi, tarian tradisional dan moden serta dialog lansung yang serba membina.
*Nota: Butiran lanjut mengenai barisan akan diumumkan kelak pada tarikh terdekat
KOMUNITI: IFTAR BERAMAI-RAMAI DI ARAB STREET - 1 APRIL SAHAJA
Iftar adalah jamuan berbuka puasa yang mengakhiri puasa seharian umat Islam setiap hari di sepanjang bulan Ramadan. Ibadah yang menggabungkan kesyukuran mendapat rezeki makanan dengan kesedaran rohani, Iftar atau berbuka puasa, diamalkan secara berkumpulan dengan niat berkongsi keberkatan Ramadan – samaada di rumah dengan keluarga atau rakan-rakan, atau dengan teman beribadah selepas solat Isya.
Dalam usaha menggalakkan masyarakat untuk berhimpun dan berkongsi makanan mereka, One Kampong Gelam akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa Beramai-ramai pada 1 April 2023 di sepanjang Arab Street di mana para hadirin boleh menempah meja terlebih dahulu untuk Iftar sendiri, atau sebagai sedekah untuk penerima manfaat Baitul Mal Masjid Sultan dan GRC Jalan Besar.
KOMUNITI: KUTIPAN AMAL – 7 HINGGA 16 APRIL, 4PM – 8PM
Bersempena dengan Qiyamullail (solat malam) sepanjang sepuluh hari terakhir Ramadan, pasukan One Kampong Gelam akan bekerjasama dengan rakan-rakan dari Helwa's Gourmet dan Enniche untuk menguruskan pusat pengumpulan di 45 Sultan Gate di mana pengunjung boleh menyumbangkan pakaian pasca-kesayangan, makanan tahan lama dan bahan keperluan rumahtangga. Semua barangan akan disatukan, kemudian diagihkan kepada mereka memerlukan bantuan di penghujung Ramadan tepat pada masanya untuk turut menyambut perayaan dengan meriah.
Raikan Cahaya Ramadan ialah sambutan yang diterajui oleh One Kampong Gelam dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Singapura. Ia diadakan selama tempoh 33 hari dari 15 Mac - 16 April 2023, untuk mendapatkan maklumat terkini, para pengunjung dijemput melayari laman sosial rasmi OKG di https://www.instagram.com/visitkamponggelam/.
P/S : Di sini kalau time ramadan memang meriah woo... duluuuuu pernah pergi sekali.. bertahun dah tak ke sana.. bestnya kannnn..
Lama tak ke Singapore... Tahun ni jika diizinkan nak try lah rasa suasana puasa kat sana... especially nak ke bazar ramadan kat sana
ReplyDeleteKann Leya, meriah bazar Kampong Gelam ni tauu.. kalau pergi nanti up yaaa
DeleteWah...meriah sungguh...
ReplyDeleteSini memang meriah setiap tahun Mummy...
Delete