BELI KUALI BARU SEMPENA MENYAMBUT RAMADAN | ORANG lain nak dekat ramadan sibuk beli telekung laa, sejadah laa, tapi Sis tiap tahun inilah yang Sis beli sempena menyambut ramadan. Kalau tahun lepas beli periuk batu, ini kali beli kuali pulak hehehe.. Suami Sis dah geleng kepala hahahaha..
Kenapa beli kuali atau periuk? Yerr laa kalau telekung tu, Sis beli bebila jerr rasa nak beli, tak payah tunggu ramadan baru nak beli, memang sentiasa beli jerr kalau agak nak membeli, tapi kalau kuali periuk ni lain sikit aura dia kalau beli time ramadan, feel memasak time Sahur dan berbuka tu, dua kali ganda syokknya hahaha..
Sebab tiap kali ramadan, kita masak, sebagai blogger ni, asal masak jer nak bergambo, amik video, so aura feel mood memasak tu kenalah cipta yang best sikit, so nak naikkan mood tu, kita beli kuali baru sempena menyambut ramadan. Psttt syhhh, pinggan baru pun dah beli hahahaha..
Korang ada perangai macam Sis tak?
Senangnya dalam hati, dapat beli kuali baru hahahahaha.. Sis selalu tengok video IG Sheilarusly tu, geramm tengok dia masak guna kuali wok gini, apalagi, belek sana sini laaa nak juga beli. Akhirnya dapat juga.. rezeki pulak tu, dapat beli tengah sale, so harga sangat-sangat berbaloi-baloi.
Gadjet dapur ni, tak payah memahal, janji dapur ko berasap. Beli kuali periuk pinggan mangkuk memahal tu, kalau simpan dalam gobok, tak guna jugaa.. time masak, kuali hitam tu juga ko pakai kann (tu ayat arwah Mak Sis) hahahaha.. habis kena bebel..
So Sis amik pendekatan, Sis beli yang Sis rasa nak pakai dan guna. Jangan beli mahal sangat, nanti hitam, pecah ke apa ke, sayang nak buang, so beli harga yang boleh guna setahun dua, dah tak elok, ko campak jerr, beli baru lagi hahahaha..
Set atas ni 4 set adik badik RM150 jer..
Kuali yang ni lagi best guna oii, time mengoreng tu, perghh kepanasan dia tu menjadikan ikan atau ayam kita masak cantikk jer, tak lekat dan tak cepat hangus (pandai ler control api). Nak cuci pun senang dan tidak besar sangat size dia, sedang-sedang aja. Masak Sahur untuk dua tiga orang sesuai beno..
Kuali ni terbeli teracun tengok Chef Zamkamal tu haa memasak. Geramm jerr, ingat ke mahal beno, ye laa Chef selebriti pakai kan, mesti kita ingat mahal kan, rupe...alaaaa boleh sangat beli hahahaha.. cuma teringin color gold tu, tapi stok takde, last order je laa kuali hitam tapi tangkai gold, jadi laa.. tapi yang gold tu lawa gilerr arrrr... korang beli kat TikTok Zam Kamal tu hahahaha..
Yang ni hanya RM36.28sen hihihi..
So korang kalau nak beli, bolehlah beli yaa sebelum puasa, tak pun untuk raya pun boleh hahaha..
P/S : Harap-harap kerajinan memasak tu bertambah laa menu atas meja nanti yaa hahahaha...
semangat memasak ni sis..:)
ردحذفMudah-mudahan begitulah hahahaa
حذفkoli yang last tu segak pulakk.. emm cam berkenan hii
ردحذفYaaa best pakainyaa Wana, boleh beli di TikTok hehehe
حذفbaru la lagi bersemangat nak masak2 kan.. nice
ردحذفKannn, gadjet dapur pun kena baru juga sambut ramadan kan...
حذفterbaek.. baru la semangat nk masak. hehe
ردحذفYaaa Ejulz, semangat memasak..
حذفkuali hitam tu rabia berkenang sgt
ردحذفBeli Raviatul, berbaloi-baloi dapat 4 kuali dalam satu harga hehehe
حذف