BUFFET RAMADAN 2023 - 'BAZAR MAKAN-MAKAN' OPERO HOTEL JOHOR BAHRU | DALAM banyak-banyak #buffetramadan yang sebelum-sebelum ni Sis pergi, boleh di katakan, di sinilah yang Sis rasa ianya terlalu 'mewah' gaya orang 'have-have' okay. Sebab menu hidangannya menggunakan bahan dan daging premium yang berkualiti tinggi.
Sis sendiri peminat makanan daging/steak atau apa saja menu western, agak teruja melihat deretan menu-menu yang di sediakan. Antaranya USDA Prime Rib Eye & Striplion Steak, Angus Rib Eye, Homemade Sausages dan Lamb Chop. Jika korang peminat steak, USDA Prime Ribeye, Angus Rib Eye dan Striploin Steak semuanya akan mengiurkan tekak korang!.
Setiap potongan dipilih dengan teliti dan dimasak mengikut tahap kematangan yang korang inginkan untuk menghasilkan sekeping daging yang juicy, lembut dan sangat sedap! Uishh Sis dah rasa, memang sedap, puas makan berpinggan-pinggan (Sis le tu) hihihi..
Opera Hotel Southkey Johor Bahru tahun ini akan mengadakan Buffet Ramadan bertemakan Bazaar Makan-Makan yang akan menampilkan lebih dari 400 hidangan dan 8 khemah marquee, di mana setiap satu menawarkan suasana unik dan pelbagai hidangan premium.
Dengarnya, buffet ini adalah satu-satunya di Johor Bahru yang menyajikan hidangan yang dibuat dengan bahan-bahan gred premium sahaja, untuk memastikan setiap hidangan disediakan dengan teliti dengan bahan-bahannya berkualiti tinggi. So berbaloilah kalau korang datang makan di sini ya!
Kalau nak makan di kedai mau beratus-ratus tapi dapat sepinggan dalam satu hidangan, tapi jika korang inginkan kepuasan, haa datanglah makan di bulan ramadan nanti dan korang boleh makan kesemua menu-menu ini dengan satu harga makan tanpa had, berbaloi-baloi rasa.
Selain kaunter Roast Rack, ada juga kaunter menu highlight pilihan yang bole korang jadikan hidangan pembuka antaranya; Lamb Quzi. Ocean's Bounty, Barbeque Pit, Rojak Round Up, Arabian Delights, Malaysian Delights, Cold Appetizer, Kerabu Kitchen, Dimsum Delights, Ketupat Lemang & Serunding, juga beraneka lauk-pauk yang ada.
Di sini jsngan kata kuih-muih aja, tapi beraneka jenis kek potong juga ada termasuk Shushi dan Bubur. Memang rambang mata pusing-pusing nak ceduk makanan. Yang pasti dari mata kasar terlihat sedap, begitu nikmat rasa bila masuk ke dalam mulut, alhamdulilah ...
Yang menarik dan surprisenya, sedang duduk syok menikmati makanan, tiba-tiba di umumkan ketibaan Shaheizy Sam dan wifenya Samtilla masuk ke ruang makan kami, ehhhhhh... ada artis undangan rupanya.. apa yang Sis tahu, mereka berdua ini akn menjadi ambassador buffet ramadan di Opero Hotel ini nanti. So bagi korang yang nak bertemu dan bergambar dengan mereka, pastikan datang berbuka puasa di sini nanti ya.. jangan lepaskan peluang ini.
Bukti hadir ... hahahaha
Bazar Makan-Makan at Opero Hotel Southkey
📍Grand Florius Ballroom
📅 24 March - 18 April 2023
⏰️ 6.30pm - 10.00pm
Harga pembelian ;
RM188 Dewasa
RM168 Warga Emas
RM88 Kanak-Kanak
Untuk tempahan ;
📲 +6011 3680 0899 (Amirah) https://operohotel1.wasap.my
📲 +6016 840 0899 (Grace) https://operohotel2.wasap.my
📲 +6016 511 0899 (Syakirah) https://operohotel3.wasap.my
📲 +6010 887 0899 (Suhana) https://operohotel4.wasap.my
LEBIH banyak gambar : facebook page akusislin
Video REEL : IG akusislin
P/S: Terasa kepuasan bila makan di sini..
Mewah menu2nya sis.. ;)
ردحذفSangat sedap.. puashati makan sini..
حذفthanks bawa kita sekali. nanti ajak lagi
ردحذفHehehe sama-sama kasih Leya.. hadiah besday ko hehehe
حذف