BUFFET RAMADAN 2023 - 'CITARASA 4 JUADAH' FOUR POINTS BY SHERATON DESARU | INI tahun jom bawa orang tersayang korang untuk menikmati juadah berbuka puasa tradisional Malaysia terbaik dari keempat-empat penjuru citarasa Utara, Selatan, Timur dan Barat yang digabungkan semua sekali dalam satu tema.
Bertemakan Citarasa 4 Juadah, Four Points by Sheraton Desaru bakal menghidang lebih dari 200 hidangan buffet ramadan menu-menu local kegemaran rakyat Malaysia dan pasti ianya akan membangkitkan selera korang ketika berbuka puasa. Tahun ini adalah tahun kedua Sis mencuba menu-menu hidangan mereka di media preview buffet ramadan baru-baru ni.
[Baca Juga] :
Masa Sis ke sini, Sis dah nampak dah banyak sekali hidangan yang di sajikan kali ini, dan yang paling istimewanya, tahun ini Four Points by Sheraton Desaru berkolaborasi bersama Yatie Kitchen seorang Chef Selebriti yang sinonim dengan taglinenya 'Terbukti Sedap & Comfirm Jadi' yang akan turut sama berkongsi resepi-resepi dari buku masakannya dan akan di realisasikan oleh Chef Zulkifli Sulong bersama team kulinarinya untuk memasak dan menghidangkan menu-menu dari buku resepi Yatie Kitchen.
Sis pun turut berpelung mencuba masakan yang di hidangkan pada masa tu iaitu Dendeng Daging, Cucur Udang dan Cucur Durian, perghh memang sedap Dendeng Daging tu, Cucur-Cucurnya juga mantap sekali, makan pepanas air tangan Yatie Kitchen, maunya tak sedap kannn.. Hidangan dari menu resepi Yatie Kitchen yang akan ada di hidangkan, antaranya; Sambal Tempoyak with Ikan Goreng Garing, Varuval Chicken, Daging Dendeng dan Pais Tempoyak Cili Api Ikan Siakap Bakar. Uii kecur membacanya kann hehehehe.. peminat tempoyak jangan lepaskan peluang ini.
Juga menu-menu yang akan di hidangkan dalam Citarasa 4 Juadah adalah; Nasi Kerabu, Nasi Ambeng, Sup Utara, Nasi Daging Utara, Nasi Biryani, Assam Laksa, Nyonya Laksa, Nasi Kerabu, Mee KolokNasi Ambang, Kambing Golek, Laksa Johor dan banyak lagi. Nak sebut pun banyak sekali, yang penting semua memang menyelerakan. Menu-menunya juga akan bertukar-tukar pada setiap hari. So nanti korang datang jangan pulak marah kalau menu dalam gambar Sis takde di hidangkan yaaa..
Kali ni Sis tertarik dan suka dengan citarasa hidangan Kambing Golek mereka bersama kuah percik, ishh memang sedap sangat.. Juga Laksa Utara yang Sis makan semangkuk licin. Walau nanti akan ada Laksa Johor pada hari tertentu, tapi untuk tidak mengecewakan tekak nak makan Laksa Johor, kita makan Laksa Utara, pun sedap uii.. terasa betul kuahnya..
Yang menarik perhatian Sis adalah deretan pencuci mulut mereka, kuss semangat, kemain banyak tersusun sampai Kak yatie kata, 'bertambah manis senyuman Lin', hahahahaha.. Memang banyak dengan pelbagai Kuih-Muih Melayu, juga aneka French Pastries, termasuk ABC dan juga Roti Jala cecah makan dengan Serawa Durian, nikmatttt..
Sepanjang korang berbuka puasa di sini juga, korang akan di sajikan dengan persembahan Gamelan dari adik-adik SMK Bandar Penawar. Takde laa rasa sunyi sangat kan time makan tu nanti.
Dan jika korang tak sempat nak datang berbuka puasa di hotel atau ada tetamu datang ke rumah, korang juga boleh buat tempahan takeaway Juadah Bersama dalambentuk set untuk 3 orang makan dengan 7 jenis juadah masakan dengan harga hanya RM88nett per-set. Haa bagus kann, so agak terlewat nak masak untuk tetamu atau malas nak keluar makan lama di hotel, korang boleh order dan bawa pulang makan di rumah jer..
Bukti hadirrrr hahahahaha..
Juga Four Points by Sheraton Desaru turut menjual traditional Eid Cookies untuk di hadiahkan kepada kengkawan atau yang tersayang atau sesiapa sahaja sempena Hari raya nanti dengan harga RM108nett per-box, yang mana dalam setiap set-box tu ada 6 jenis biskut antaranya; Pineapple Tart, Cocunut, Cashew, Almond Oreo, Matcha Pumpkin Seed dan juga Suji. Menarik juga kann..
So apalagi, buat tempahan sekarang sebelum fullhouse. Untuk berbuka puasa bersama Yatie Kitchen, korang boleh buat tempahan untuk berbuka pada 1 April & juga 8 April. Cepat booking.. hahahaha Ayuh! Buat tempahan sekarang!.
Citarasa 4 Juadah
📌 Four Point by Sheraton Desaru
📅 24 March - 21 April 2023
⏰️ 6.30pm - 10.00pm
Harga Pembelian Awal (Early Bird) ;
RM88 Dewasa
RM44 Kanak-Kanak / Warga Emas
Harga Biasa ;
RM138 Dewasa
RM69 Kanak-Kanak / Warga Emas
Tempahan berkumpulan ;
Buy 10 Free 1
*applicable for 10 adults only
Lihat Menu here: https://anyflip.com/pcnxe/qdrz/
Untuk tempahan ;
📞 +𝟔𝟎𝟏𝟕 𝟐𝟑𝟗 𝟗𝟏𝟔𝟑
LEBIH banyak gambar : facebook akusislin
Video REEL : IG akusislin
P/S: Aishh tak sabar nak makan Laksa Johor bulan ramadan nanti, mesti sana sini banyak terhidang kannn.. yehaaaa...
Wahhh....Meriahnya tengok kambing golek tu... Yummy!!
ردحذفHehehe kann, lain dri lain, makan dengan kuah percik...
حذف