BUFFET RAMADAN 2023 - 'CITARASA DUA BENUA' THE WESTIN DESARU COAST RESORT

Sis Lin
2
BUFFET RAMADAN 2023 - 'CITARASA DUA BENUA' THE WESTIN DESARU COAST RESORT | ANTARA satu tempat buffet ramadan yang Sis nantikan jemputannya. Banyak sebab suka datang ke sini, dan salah satu sebabnya, Sis suka akan suasana sekelilingnya dan juga pengalaman pernah menginap di sini selama dua hari satu malam, memang boleh di katakan, keselesaannya berada di The Westin Desaru Coast Resort ini adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang terlalu sibuk dan inginkan ketenangan untuk berehat. 

Ini adalah tahun kedua Sis memenuhi jemputan media preview buffet ramadan di sini. Kalau tahun lepas mereka adakan di bilik Conference Hall mereka tapi tahun ini mereka akan adakan buffet ramadan di restoran Seasonal Tastes yang lebih open air dan lebih nyaman suasananya. Sebab bukan sahaja makan di dalam restoran, tapi di luar juga ada di sediakan meja makan yang bersebelahan dengan swimming pool, so mesti angin sepoi-sepoi kan kalau duduk di luar. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Dua Benua' The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Dua Benua' The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Dua Benua' The Westin Desaru Coast Resort

Bertemakan Citarasa Dua Benua, kali ini The Westin Desaru Coast Resort memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Chef Jaffery untuk mengetuai dapur masakan dan menyediakan menu-menu bersama team kulinarinya untuk menampilkan hidangan kegemaran tempatan yang lazat lagi nostalgia dengan pelbagai hidangan Mediterranean pada bulan ramadan nanti. 

Tahun ini, Seasonal tastes menyajikan pelbagai hidangan daripada campuran tradisional Malaysia yang asli kepada hidangan restoran yang berinspirasikan Mediterranean yang akan menguji selera korang dan korang akan rasa berada di dunia masakan yang luar biasa. Gituuuu.. yaa betul, memang begitulah perasaan Sis tatkala melihat hidangan yang di sediakan, sangat menakjubkan yaaa..

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Dua Benua' The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Dua Benua' The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Dua Benua' The Westin Desaru Coast Resort

Pilihan hidangan Timur Tengah termasuk meze panas dan sejuk menjadi pilihan hidangan yang dihidangkan sebagai pembuka selera seperti Falafel, Kibbeh, Tabbouleh, Hummus, Baba Ganoush, Salad Fattoush, Dolmas, Halloumi Bakar dan Ful Medames. Tak lupa juga pilihan hidangan utama yang menarik termasuk Chicken Shish Tawook, Lamb Moussaka, Kharoof Mahshi, Ayam Shwarma, Sotong Mentega Bawang Putih Bakar, Ayam Kabsah, Kambing Seluruh Harissa yang diperap dan akan di bakar di LIVE station luar. 

Melengkapkan menu buffet ramadan yang menjadi pilihan popular Malaysia, semestinya Lemang, Ketupat, Sate Lembu dan Ayam, Rendang Daging Minang, Daging Masak Merah, Udang Sambal Petai, Ayam Masak Pongteh, Laksa Johor, Assam Laksa, Ikan Bakar dan Sup Daging Berempah juga ada. Bukan itu sahaja, sepanjang ramadan, mereka juga akan menyajikan hidangan masakan Cina, serta ciri bahagian masakan asli India yang disediakan oleh Chef Rajendra Singh yang berasal dari India.

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Dua Benua' The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Dua Benua' The Westin Desaru Coast Resort

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Dua Benua' The Westin Desaru Coast Resort

Itu yang dapat Sis makan Laksa Johor di sini. Rasa dan bahan juga kuah sangat ngam, puashati juga makan semangkuk licin tanpa kongsi dengan orang sebelah hahahaha.. Korang kan jangan lupa makan dia punya Red Velvet Cake tu, sedap gilerr.. juga waffle dia, jarang-jarang Sis suka makan waffle yaaa, tapi di sini Sis makan sekeping habis, sedap hehehehe.. 

Akhir sekali, tidak lupa juga bahagian yang paling di sukai ramai, pencuci mulut! Maniskan rongga mulut korang dengan hidangan yang paling lazat seperti, Baklavas, Muhallabiyeh, Balah El Sham, Umm Ali, Basbousa hingga Kuih- Muih Melayu, Dodol, Bubur Kacang Jagung, aneka kek dan Ais Krim Turki dan banyak lagi... tak tersebut satu-satu..Yang pasti sangat-sangat puashati datang jejauh makan di sini, tapi hidangannya sangat-sangat memuaskan hati. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Citarasa Dua Benua' The Westin Desaru Coast Resort

Bukti hadir tepi kolam renang .. hahahaha

Pembelian early bird tu masih di buka ya, so siapa cepat dia dapat. Tak rugi datang jejauh makan sini, percayalah... Yang bawa anak-anak tu bebaik, jangan fokus makan, tau-tau kang anak terjun kolam renang, bikin haru kang kekekeke.. bebudak kann, nampak kolam macam kita dapat emas, ada yang tak senang Mak Ayah kau nak kunyah kambing hahahahaha.. adeiii ... 

Citarasa Dua Benua 
Bermula dari 27 March - 21 April
Dari jam 7pm - 10pm 

Harga Biasa ; 
RM128 Dewasa 
RM64 Kanak-Kanak
(Sah pembelian dari 27 Mac onwards)

Harga pembelian awal (Early Bird) ; 
RM98 Dewasa
RM49 Kanak-Kanak
(Sah pembelian dari 1 Mac - 26 Mac)

📌 Seasonal Tastes 
📞 +607 838 3333, 
📲 +60 19-755 0283 
📩 at sales.desaru@westin.com. 

Beli 10 baucer FREE 1 baucer.
Sah untuk pembelian kedua-dua tawaran Early Bird dan harga biasa.

LEBIH banyak gambar : facebook pages akusislin
Video REEL : IG akusislin 


P/S : Sepanjang Sis pergi review buffet ramadan, jujurnya Sis letak rating makan di sini no dua antara semua.. sekian ... 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. meriahnya makanan die dan nampak sedap-sedap semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah memang semua sedap-sedap.. tengok gambar padan dengan rasa..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!