BUFFET RAMADAN 2023 - 'CITARASA MUHIBBAH' HOTEL GRANADA JOHOR BAHRU | MAKAN di Hotel Granada ni membuatkan Sis mengamit kenangan masa lampau. Baik dari masakannya mahupun tempatnya. Pertamanya ketika makan di sini, lauk-pauk yang di hidangkan memang mengingatkan kembali air tangan arwah Emak Sis. Walau rasa tidak langsung sama, tapi menu itu memang menu yang selalu Emak Sis masak.
Sambal Udang Petai dan Sayur Lemak Nangka tu sangat mengingatkan Sis kepada arwah Emak. Kalau dulu bila ada je nangka berbuah di belakang rumah, Emak mesti masak dan akan panggil Sis datang makan ke rumahnya, aduii sebak tetiba.. Al-Fatehah buat Emak. Dan satu lagi yang membuat Sis throwback kembali bila ke sini adalah Hotel Granada ni terletak berdekatan dengan Taman Bukit Indah.
Hampir lebih 8 tahun dahulu Sis menetap di Taman Bukit Indah ni. Terlalu banyak kenangan di sana. Dari sebelum Hotel ni siap sepenuhnya Sis dah tinggal di sana. Betul berdepan dengan AEON Taman Bukit Indah tu, di situlah Sis dan jiran-jiran lama merangkap Mak-Mak Geng suka melepak menunggu anak sekolah sambil cari makan.. memang indah kenangan lama.
Bertemakan Citarasa Muhibbah, Hotel Granada Johor Bahru menghidangkan lebih dari 150 jenis hidangan masakan bercirikan masakan tradisi dengan pelbagai citarasa asli dari bahan-bahan rempah ratus masakan melayu. Tapi korang jangan konpius yaa, masa Sis datang makan di sini, ianya berlangsung di ruang Ballroom mereka tapi nanti masa korang datang berbuka puasa di sini ketika ramadan, buffet ramadannya akan berlangsung di Olla Restaurant di tingkat bawah aras lobby.
So nanti, Kambing Golek dan jenis-jenis hidangan BBQ, akan di bakar panas-panas di LIVE station di ruang luar Olla Restaurant. Memang lebih meriah dan betul suasana ramadan sebab Sis dah pernah berbuka puasa di sini beberapa kali ikut team company Suami.
Antara hidangan yang bakal di sajikan adalah; Ikan Gulai Darat, Sambal Udang Petai, Siput Sedut Lemak Cili Api, Asam Pedas Pari, Nangka Muda masak Opor, Kari Kambing, Kambing Golek, Laksa Johor, aneka Sup, Goreng-Gorengan dan banyak lagi! Durian Goreng juga ada!
Nampak memang tak banyak tapi semuanya semuanya pilihan menu yang Sis suka, lebih-lebih lagi menu siput sedut dan sambal udang petai tu, memang penuh sepinggan Sis makan. Cuma sayur nangka tu aja kurang memuaskan tekak Sis, sebab nangka yang di masak tu, hampir masak, bukan nangka muda.. maybe nanti bulan ramadan kalau ada menu ni, mesti lebih sedap.. makan pulak dengan sambal udang tu, perghh sedap uiii..
Untuk pilihan pencuci mulut juga ada di sediakan hinggakan memasing tak tau rupanya ada hidangan Durian Goreng pada masa tu, bila nanpak kawan makan, laaa baru tawu, bila nak amik, alamakkk sudah tukar popia goreng pulakk hahahaha.. ye laa kena lain-lain juga kann, konsep dia, siapa cepat dia dapat makan durian goreng hahahahaha..
Tapi pilihan hidangan Kerabu dia Sis suka, sebab ada Kerabu Taugeh, sedap pulakk tu.. Kerabu Mangga pun sedap, dan paling Sis suka, Sup Ayam Berempah dia, fulamakk sekali hirup terasa betul rempah sup dia, sedap... hirup pepanas, ishh Sis suka laa, daging pun lembut dan banyakk, licin semangkuk Sis makan hehehehe..
Bukti hadirrr
Haritu kengkawan Sis yang hadir sama, semua kata sedap dan not bad menu-menunya, padanlah dengan harga, yang penting buffet, sebab buffet ni makan tanpa had dan juga tanpa was-was. Sebab Olla Restaurant sudah pun mendapat pengiktirafan sebagai restoran HALAL. so makanlah kau tanpa was-was.
Bermula dari 25 March - 16 April 2023
Dari jam 7pm - 10pm
Harga Biasa ;
RM99 Dewasa
RM79 Kanak-Kanak
Harga pembelian awal (Early Bird) ;
(Sah pembelian dari 22 Jan - 22 Mac)
RM79 Dewasa
RM59 Kanak-Kanak
📌 Olla Restaurant, Hotel Granada Bukit Indah, Johor Bahru
📞 Tempah sekarang +6017 799 8413 or Whatsapp at https://wa.link/q1z8ne
🖥 For group booking sales.hgjb@careluxuryhotels.com
☎️ +6017 818 8047 (Rohan) | +6017 772 7358 (Mohd Adi) | +6012 772 7534 (Ruhila)
LEBIH banyak gambar : facebook akusislin
Video REEL : IG akusislin
P/ : Bila pergi food review bawa 'nitizen' (bukan kalangan media), bagusnya, komen mereka sangat-sangat jujur yaaa hahahaha..
dapnya lemak nangka tu..fav ..yum yum
ReplyDeleteSedap, cukup lemak, cuma tu laa nangkanya pulak macam dah masak rasanya..
Delete