BUFFET RAMADAN 2023 - 'CITARASA RAMADAN' AMANSARI RESIDENCE RESORT | TINGGAL satu hari sahaja lagi kita akan melangkah ke bulan Syawal, bulan yang penuh keberkatan dan keinsafan. Korang dah habis ganti puasa? Mudah-mudahan semuanya telah selesai ya. Jika belum jika berkemampuan, laksanakan sebaik mungkin, jika terlewat, tunaikanlah 'denda' yang telah di tetapkan'.
Mesti dalam beberapa minggu ni korang tercari-cari lagi tempat makan best di Johor yang adakan buffet ramadan kan? Mesti dah tak tau nak pilih dan makan di mana. Alaa bukannya nak pergi hari-hari, seminggu sekali atau sebulan dua kali pun jadilah kan, 'hadiah' kepada anak-anak dan keluarga sesekali tutup dapur dan ajak makan di luar.
Harga pula, ikutlah kemampuan masing-masing, jika nak yang banyak menunya dan 'muai' makannya, pilihlah yang harga lebih dari RM100, tapi jika rasa tak boleh nak bayar harga sedemikan, amik yang bawah harga RM100, pun ada juga. Lagipun takat nak makan berbuka aja, Sis yang berpengalaman pergi review makan sana sini, dah cukup berbaloi juga, banyak pilihan dan biasanya kita tidak akan rasa membazir tapi rasa berbaloi membayarnya.
Salah satunya Buffet Ramadan di Amansari Residence Resort yang terletak di Bandar Seri Alam, Johor ni. Dengan rumah Sis memang dekat sangat. Itu sebab tiap tahun memang Sis akan ke sini bawa family berbuka. Yang jadi tarikannya adalah Sup Gearbox yang sebesar paha kaki cucu Sis hahahaha..
Sis memang tertarik dengan station LIVE cooking dia di bahagian luar. Di situ ada Kambing Golek, Satay, Ikan Bakar dan juga seperiuk besar Sup Gearbox. Memang sangat-sangat menarikkkk..
Lauk-pauk juga banyak pilihan, antaranya ; Asam Pedas Tetel, Ayam Goreng Berempah, Lala Lemak Cili Api, Sambal Telur, Gulai Kambing, Gulai Paru, Pajeri Nanas, Sotong Masak Kicap dan banyak lagi laa.. Lebih dari 100 hidangan yang di sediakan sepanjang ramadan nanti.
BUkan itu sahaja, aneka Kerabu, Tauhu Sumbat, Salad dan juga Ulam-Ulaman pun ada di hidangkan. Sambal Belacan dan juga sambal-sambal seangkatan dengannya juga ada. Sis suka Sambal Mangga dia, sedap gilerrr.. makan cecah dengan GUlai Paru, meletop weyyyy..
Tapi hati agak terguris ketika makan Sambal Telurnya. Masa menceduk, terbau sambalnya, terus Sis teringat arwah Emak Sis, sama bau dan rasanya walau tidak tepat rasanya, tapi cukup mengimbau kenangan berbuka bersama arwah Emak huhuhu..
Selain lauk-pauk makan bersama nasi, ada juga station kuali pans Pasta dan juga Mee Goreng. Korang boleh order dan mereka akan masak panas-panas sedia terhidang. Juga station Goreng-Gorengan yang menjadi tumpuan semua, sebab ada Durian Goreng hehehehe.. Memang memasing itu laa di kautnya sebelum licin hahahaha..
Taknak nasi berlauk, Nasi Ayam pun ada. Aneka Bubur termasuk Bubur Lambuk juga di hidangkan. Nak makan Pulut Kuning? Pun adaa, boleh makan dengan Rendang Ayam atau SErunding Ayam/Daging. Tak lupa juga Lemang, dan ketupat nasi, juga ada..
Tak ketinggalan Roti John dan Murtabak Daging/Ayam, pun ada yaa.. sangat sedap roti johnnya.. ini kali korang boleh makan sepuas yang korang nak, tak payah berebut-rebut dengan anak yaa..
Pencuci mulut jangan cakap lerr, berderet Kuih-Muih Melayu dan juga Puding dan Manisan turut sama tersusun terhidang. Ais Batu Campur dan beraneka Air Balang juga ada. Dan tak lupa station kekanak yang jadi tumpuan Choc Mountain tu haaaa, tapi kali ni Sis perasan, bukan bebudak jerr teruja, Mak Pak pun sama juga celup-celup coklat di situ hahahaha..
Memang banyak laa makanan yang di sediakan, setakat harga yang di bayar tu, korang pasti pushati makan. Dewan pun luas dan besar, berhawa dingin. Kalau bawa baby tu, takde laa rimas dan sesak keluar masuk duduk bangun amik makanan, memang selesa.
Surau juga di sediakan. Dan sepanjang korang berbuka puasa di sini, korang juga akan di hiburkan dengan LIVE Band akustik yang menghiburkan. Cuma kalau boleh dendang lagu Ramadan dulu yaa, baru lagu Raya hahahaha..
Bukti hadir .. bersama team JDT Blogger
Istimewanya, korang tempah sekarang dan dapatkan 2 baucar secara PERCUMA dengan pembelian 10 baucar! Berbaloi-baloi .
Citarasa Ramadan
Amansari Residence Resort, Bandar Seri Alam.
🗓️ 27 Mac - 20 April 2023
🕡 6:30pm - 10:00pm
Harga Baucer ;
RM88 - Dewasa
RM48 - Kanak-kanak (6-11 tahun)
Untuk tempahan ;
Jom whatsapp di ; https://www.wasap.my/60127647488/BaucarRamadan2023 atau https://www.amansarihotels.com/arr/
LEBIH banyak gambar : facebook page akusislin
Video : IG REEL akusislin
Meriahnya menu hidangan sesedap
ردحذفYaa Wal, alhamdulilah.. banyak pilihan yang ada..
حذف