BUFFET RAMADAN 2023 - 'RENTAK SELERA' HARD ROCK HOTEL DESARU COAST | KALAU sebut aja area tempat tu Desaru, mesti rata-rata akan kata, 'Jauhnya'.. Yaa memang jauh, kalau dari tempat Sis Pasir Gudang nak ke Desaru makan masa dalam setengah jam menaiki kereta jika tidak banyak kereta atas jalan. Tapi jika banyak kereta dan keadaan jalanraya slow, hampir juga sejam. Kelajuan berdasarkan pemanduan memasing la.
Bagi Sis, area Desaru tu dah agak 'biasa' bagi Sis, sebab Suami Sis pun kerja ulang-alik dari Pasir Gudang ke Penggerang. Kadang tu selalu juga ikut Suami jadi driver dia or teman dia ke Penggerang untuk hantar barang kerja, so Sis dah biasa dengan keadaan jalan di sana. Dan bila dapat undangan Media Preview Buffet Ramadan di Hard Rock Hotel Desaru Coast ni, memang Sis tak tolak sebab dah datang berbuka di sini berkali-kali dan suka kepelbagaian menu-menu yang di hidangkan, semuanya sedap.
Bertemakan masakan menu kampung Johor, tahun ini Executive Chef Halim Chek Lah akan mempersembahkan lebih dari 200 menu hidangan untuk menu berbuka puasa kali ni. Dan kali ni Sis datang ke sini memang agak teruja, sebab hampir 90% kaunter makanan baik di dalam atau di luar, semua penuh dengan hidangan yang menyelerakan.
Antara hidangan yang bakal menjadi pilihan adalah; Signature Biryani, Kambing Golek, Lamb Shank, Ayam Bakar Madu Tiga, Kacang Pool, Tacos/Quesadillas, Asam Pedas Ekor, Puyuh Masak Lemak, Chilli Crab, Mac n Cheese dan banyak lagi!. Korang boleh bayangkan tak macam mana Sis masa mula nak makan, duk pusing-pusing blur kejap nak mulakan dengan menu apa, sebab semua nampak sedap.
Dari masakan kampung hingga ke menu-menu Western juga tersedia. Masakan India dan Chinese Food juga ada di hidangkan. Cuma Laksa Johor tak kelihatan, bila Sis tanya pada Chef Halim, katanya akan ada di hidangkan tapi pada hari-hari tertentu sahaja (tak habis-habis dengan Laksa Johor kau ya Sis) ..
Banyak juga makanan yang Sis cuba pada haritu, kalau nak merasa semua memang tidaklah, ajer mabuk nak makan hampir 200 makanan oii.. Pesan Sis pada korang, walaupun kita bayar dengan harga buffet, tapi janganlah melampau sangat ceduk makan berpinggan, letak atas meja then bergambar, sudahnya makanan tu semua tak di makan, ishhh memang membazir je kann..
Korang ada tak kawan korang macamtu?
Nak makan, ceduk makan satu-satu, makan pelan-pelan, makanan tu semua banyak, di sini pun mereka siap topup makanan jika hidangan habis, so korang janganlah terlalu gelojoh nak makan. Ini adalah sikap orang ramai ketika berbuka puasa atau makan buffet ermmm..
Bukan sahaja hidangan buffet di sajikan, malah ada juga LIVE action Cooking di luar restoran juga. Live station ini akan disediakan oleh Chef-Chef yang berbeza dan di ketuai oleh Chef Halim itu sendiri.
Antara menunya adalah;
- Dapur Tempayan (Chef Qasim) - Chicken Tandoori, Roti Naan, Murtabak, Roti Canai dan Kacang Pool
- Kuali Terbalik (Chef Khairul) - Fried Kway Teow dan Signature Mee Goreng Mamak
- Telaga Warisan (Johnny & Friends) - Aneka Air Balang
- Biryani & Panggangan Membara (Chef Imraan & Chef Erman) - Signature Biryani, Kambing Golek, Lamb Shank dan Ayam Bakar Madu Tiga
- Belanga Panas (Chef Qasim) - Bubur Lambuk dan Sup Kawah
Pertama kali juga Sis mencuba minum Air Bunga Telang tu, takde rasa apa pun, hanya rasa air mineral biasa, cuma banyak khasiat juga kalau minum air bunga telang ni. Tapi paling Sis suka, Teh Tarik dia, perghhh power kaw-kaw, terbaekkkkk..
Station Kuih_Muih dan Buah-buahan juga banyak pilihan. Seafood On Ice juga ada, aneka Kerabu dan Salad juga ada, Rojak Buah dan Rojak ala Singapura pun ada, Ulam-Ulaman juga banyak pilihan, dan tak lupa masakan Pasta dan juga Roti Nan Tandori, pun ado.. Menu-menu yang mereka hidangkan akan di sediakan berbeza-beza setiap hari mengikut pusingan harian sepanjang ramadan. So jangan korang datang harini ada, esok takde, ko nak meroyan pulak, cepukk kang..
Bukti hadir hahaha..
So korang kalau sukakannya dan ingin mencuba, sila buat tempahan sekarang. Cepat sebelum FULLhouse. Dan sepanjang ramadan nanti, akan ada LIVE Band yang akan menghiburkan korang. Kata Chef, time berbuka puasa nanti lagi happening wooo.. Pstt, korang jangan lupa minta Lamb Shank tu, sedap gilerrr...
Rentak Selera Dinner Buffet
Bermula dari 24 March - 22 April 2023
Dari jam 6.30pm - 10pm
Harga Biasa ;
(Pembelian dari 24 Mac - 22 April 2023)
RM138 Dewasa
RM69 Kanak-Kanak
Harga pembelian awal (Early Bird) ;
(Pembelian dari 1 - 23 Mac 2023)
RM128 Dewasa
RM64 Kanak-Kanak
Tawaran Istimewa Book & Dine ;
(Hanya dari 24 - 31 Mac 2023)
RM88 Dewasa
RM44 Kanak-Kanak
Tempahan Berkumpulan ;
10% OFF Normal Price
(Minimum 30 pax)
Untuk tempahan dan pertanyaan, hubungi:
Call +607-838 8888
WhatsApp wa.me/60127388247
Email fnb.reservation@hrhdesaru.com
LEBIH banyak gambar : facebook page akusislin
Video REEL : IG akusislin
P/S : Puashati sangat makan sini, pergi jejauh pun, snagat ebrbaloi-baloi..
wah..memang meriah menunya..mcm2 ada.
ReplyDeleteSangatt... memang berbaloi bayar dan dapat makan gini kannn..
Delete