BUFFET RAMADAN 2023 - 'SAJIAN DAPUR AYAHANDA' TUNAMAYA BEACH & SPA RESORT DESARU | BAGI orang Johor, yang agak jarang ke area Desaru sana, mesti juga tertanya-tanya, di mana letaknya Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru ni kan? Rata-rata memang akan bertanya dengan Sis, sebab salah satu tarikan mereka bertanya adalah resortnya betul depan laut. Di Johor ni kalau nak hotel atau resort depan laut, memang di Desaru laa tempatnya.
Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru ni terletak di jalan menghala ke public Pantai Desaru. Korang akan jumpa Lotus Desaru dahulu kemudian baru akan berjumpa dengan Tunamaya ni. Kalau korang jalan-jalan sampai dah terjumpa pantai Desaru, maknanya korang dah terlepas hehehehe..
Dan baru-baru ni Sis menginap di sini buat kali ketiga selama 2 Hari 1 Malam bersama Suami Sis, dan berkesempatan memenuhi jemputan media preview untuk Buffet Ramadan mereka di Pawana Restaurant Tunamaya Beach & Spa Resort ni. Agak lama tak ke sini, takde banyak perubahan, cuma masa Sis stay sini, angin dan ombak sangat kuat, jadi takut Sis di buatnya..
[Baca Juga] :
Tahun ini bertemakan Sajian Dapur Ayahanda, di ketuai oleh Chef Faris bersama team kulinarinya menyajikan sajian 7 Kawah 7 Chef sebagai highlight menu sempena ramadan nanti. Masa mula tu dengar agak excited okay juga, sampai 7 kawah, Sis ingatkan akan ada 7 Chef, tapi tidakk, hanya 7 kawah sahaja, tapi Chefnya satu jerr hehehehe.. menarikkannn..
Sis bole katakan, tahun ni Tunamaya punya menu-menu buffet ramadan sangat terbaik! Banyak menu kegemaran Sis yang mereka hidangkan. Terutama Rendang Burung Puyuh tu, sedap betul! Boleh di katakan banyak menu yang Sis suka makan. Laksa Penang dia pekat dan rasa pun sedap meletop!. Tak lupa juga Sotong Kangkung, uii terus terbayang makan di Dataran Bandaraya tu ...
Antara sajian 7 Kawah 7 Chef yang di hidangkan pada haritu adalah ;
- Ayam Masak Merah
- Ketam Masak Lemak
- Pucuk Manis Labu Kuning
- Rendang Burung Puyuh
- Kepah Masak Nyonya
- Daging Masak Hitam Manis
- Nasi Putih
Menu-menu ini akan bertukar pada setiap hari tapi masa Sis datang untuk mencubanya, Rendang Burung Puyuh tu memang sangat lazat okay.. dia masak sekor-sekor, memang puasa makan. Isinya pun lembut dan rasa rendang tu Johor sangat hehehehe.. thanks Chef..
Dan tak lupa, korang jangan lupa mencuba Sup Tulang Gearboxnya, rasa supnya sangat sedap, macam Mak-Mak kita masak, serius cakap.. Sis sukakannya.
Selain itu ada juga sajian Nasi Arab yang di makan bersama menu Kambing. Pun sedap juga, kena tekak Sis memakannya. Sebenarnya banyak yang Sis cuba makan malam tu, sebab jika di lihat tak banyak pilihan tapi menu-menu yang di hidangkan semua sedap. Korang yang memang suka makan jenis simple-simple ala-ala masakan di rumah tapi mengenyangkan, sangat sesuai laa datang di sini.
Laksa Penang juga ada. Memula taknak cuba, bila dah cuba semangkuk, makk aii sedap pulak hahahaha.. semeja Sis semua pun makan juga, pun memasing kata sedap. Air tangan Chef Faris memang the best.. Sangat puashati.
Pilihan kuih-muih tidak berapa banyak, tapi takat nak makan memang boleh sangat. Ada juga aneka jenis Kerabu, Ulam-Ulaman, dan juga Bubur Lambuk dan Bubur Cha-Cha pada malam tu. Yang menjadi perhatian kami adalah Buah Tembikai tu, ya rabbi, ini pestime Sis makan buah tembikai yang rasa begitu manis sekali. Tengok warnanya aja dah tau akan kemanisannya, lagikan rasa, lazattt..
Pilihan minuman panas dan sejuk juga ada di sediakan. Boleh Sis katakan, ianya sangat bersesuaian untuk makan bersama keluarga santai-santai di sini dan berbaloi dengan harganya.
Bukti hadir ... hahahahaha
Seronok tau makan menghadap pantai, terdengar-dengar ombak memukul pantai. Angin sepoi-sepoi aja di luar sambil menikmati menu berbuka puasa. Jomlah berbuka puasa di sini. Inilah antara tempat makan best di Johor untuk buffet ramdan di Johor ni.
Sajian Dapur Ayahanda
📌Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru
📅 24 March - 19 April 2023
⏰️ 6.30pm - 10.00pm
Harga Pembelian Awal (Early Bird) ;
(Pembelian sebelum 20 Mar 2023)
RM88 Dewasa
RM58Kanak-Kanak
Harga Biasa ;
(Pembelian selepas 20 Mar 2023)
RM98 Dewasa
RM68 Kanak-Kanak
Untuk tempahan ;
📞 017 7727620 (Chef Faris)
For group/company booking, please contact +6012 881 8267 (Ms. Hani) or email sales.dtbsr@careluxuryhotels.com
LEBIH banyak gambar : facebook page akusislin
Video REEL : IG akusislin
Rendang puyuh? wowww... menariknya. Selalu puyuh ni makan yang goreng kunyit aje. Nasi arab dan kambing lagi... wahhh... sedap sedap semuanya
ردحذفYaaa sangat sedap Yan rendang burung puyuh tu..
حذف