BUFFET RAMADAN 2023 - 'SAJIAN DARI DAPUR AYAHANDA' FRASER PLACE PUTERI HARBOUR JOHOR

Sis Lin
2
BUFFET RAMADAN 2023 - 'SAJIAN DARI DAPUR AYAHANDA' FRASER PLACE PUTERI HARBOUR JOHOR | BERTEMAKAN ‘Sajian Dari Dapur Ayahanda’, tahun ini Fraser Place Puteri Harbour, Johor Bahru akan mengadakan #buffetramadan dengan lebih dari 200 hidangan dan ada certain menu-menu tu yang bagi Sis sangat unik dan ‘rare’ sekali yang bakal di hidangkan pada bulan Ramadan nanti!. 

Kalau korang jenis suka makan makanan laut jenis kulit cengkerang, memang sesuai laa korang datang makan di sini nanti. Sis sendiri pun agak teruja bila Chef Daniel Lowe menerangkan satu-persatu jenis masakan dalam kawah tu, dan Sis lihat ada di hidangkan ; Belut Chili Terung Pipit, Siput Gonggong Sambal Mangga, Belangkas Sambal Telur, Siput Sedut Batang Keladi, Kulit Lembu Sambal Taun, Mentarang, dan pelbagai exotic shell yang ada!.

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Dapur Ayahanda' Fraser Place Puteri Harbour Johor

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Dapur Ayahanda' Fraser Place Puteri Harbour Johor

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Dapur Ayahanda' Fraser Place Puteri Harbour Johor

Pertama kali ni kalau Sis buka puasa ada menu-menu begini, biasa kalau Sis nak makan, kena pergi kedai Seafood dan harganya korang tau-tau aja laa kann.. Tapi di sini, kalau korang datang makan time ramadan nanti, korang boleh mencuba ke semuanya tanpa had makan, janji jangan membazir. 

Masa datang ke sini, Sis bawa Yana dan Cucu Sis, apalagi si Yana tu, dapat makanan kegemaran dia, semua dia rasa, kira dia jadi testimoni untuk rasa semua makanan hahahaha.. Bagus juga kaan, takkan laa Sis nak makan semua, so bila ada geng makan, dapatlah bertukar pendapat mengenai rasa. So far semua menu-menunya sedap dan boleh makan sepenuhnya. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Dapur Ayahanda' Fraser Place Puteri Harbour Johor

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Dapur Ayahanda' Fraser Place Puteri Harbour Johor

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Dapur Ayahanda' Fraser Place Puteri Harbour Johor

Selain tu, kalau di sini highlight dia adalah Kambing dan Ayam Golek mereka. Sis dapat rasakan kelainannya rasa kambing dan ayam golek tu. Ayamnya lembut juicy sekali, tak kering perapan bakarnya, begitu juga kambingnya, di makan dengan sos lada hitamnya, sangat memuaskan tekak makan sepinggan. 

Juga ada menu-menu berlauk lain seperti ;Rendang Burung Puyuh, Kerabu Kaki Ayam, Kerabu Daging, Kerabu Ikan Bilis dan bermacam-macam lagi kerabu. Tak lupa juga Seafood On Ice dan banyak lagi! Cuma lupa nak tanya pulak, nanti akan ada Oyster ke tidak ekkk.. sebab di sini juga laa Sis makan Oyster kemain besar sizenya uiii hahahaha.. masuk mulut penuh sampai rasa nak terbelahakkk hahahaha.. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Dapur Ayahanda' Fraser Place Puteri Harbour Johor

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Dapur Ayahanda' Fraser Place Puteri Harbour Johor

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Dapur Ayahanda' Fraser Place Puteri Harbour Johor

 Bagi peminat Shawarma, sini pun ada juga. Di masak dan di buat panas-panas lagi. Kemain beratur kalau nak mengambil dan menunggunya yaa.. tapi memang sedap, walau ada rasa yang kurang, tapi 'bolehlah kata Yana' hahahahaha.. 

Pencuci mulut dia pun banyak tersusun, Agar-Agar ada, buah-buahan, puding, koktail buah, Ais Batu Campur, juga Kuih-Muih tradisional yang sedap betul. Dapat Sis makan Kuih Pulut Inti tu seketul, culik bawa balik hahahaha sedap.. tau cekut lebih hahahahaha *naya Pak Maun kalau baca.. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Dapur Ayahanda' Fraser Place Puteri Harbour Johor

Buffet Ramadan 2023 - 'Sajian Dapur Ayahanda' Fraser Place Puteri Harbour Johor

Bukti hadirrr ... bersama hantu durian ni hahahahaha

Malam tu juga ada juga makan malam bersama anak-anak tahfiz MATAZ Johor. Gembira anak-anak dah dapat duit raya hehehe.. Tapi... malam tu paling di serbu ramai adalah port makan Durian Fresh. Perghh sana sini buffet ramadan ada durian ekk.. cuma kat sini di letaknya di luar lobby sana, supaya tidaklah dalam hotel tu berbau kan. Durian pulak import dari Thailand, makan seulas perghh pahit dia tu sampai berulang-ulang ulas ku bedal hahahahaha.. 

Sedap weyyy puashati makan. Korang jangan lepaskan peluang ini dan boleh mula buat tempahan dengan harga pembelian awal. Sangat brbaloi-baloi... 

Sajian Dari Dapur Ayahanda
📍 Swatches Restaurant, Fraser Place Puteri Harbour
🗓️ 27 Mac - 20 April 2023
🕡 6:30pm - 10:00pm

Harga Pembelian Awal (Early Bird) ; 
(Di jual sehingga 26 Mac 2023)
RM128 Dewasa
*Selagi baucer masih ada. 

Harga Biasa ; 
RM158 Dewasa
RM88 Kanak-kanak  (6-12 tahun) & Warga Emas (60 tahun ke atas)

Harga tertakluk kepada 6% SST

Untuk tempahan dan pertanyaan:
📞 6013 778 6821 / https://wa.link/vsrtes

LEBIH banyak gambar : facebook page akusislin 
Video REEL : IG akusislin


P/S : Malam tu cucu dah buat hal, kalau tak lama lagi Nenek stay luar tu makan duiran, ishhh kacauu arrr hahahahaha...

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Alhamdulilah, semua sedap Wak, rasa macam balik kampung Sabak hehehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!