BUFFET RAMADAN 2023 - 'SEAFOOD BUFFET SANTAPAN BARA' RESTORAN BARA STULANG LAUT JOHOR

Sis Lin
0
BUFFET RAMADAN 2023 - 'SEAFOOD BUFFET SANTAPAN BARA' RESTORAN BARA STULANG LAUT JOHOR | YANG suka makan makanan laut, haa Sis memang rekemen betul korang datang sini makan berbuka puasa nanti. Bukan makanan laut sahaja di hidangkan, malah Kambing Golek dan Ikan Bakar juga ada. Masak atas bara, makan membara.. hahahaha.. 

Yaa betul, memang ada Kambing Golek di sini. Tapi tetap mengekalkan tema makanan laut dalam setiap hidangannya. Sis dah pergi mencubanya baru ni, sebab itu Sis rekemen sangat kat korang yang nak makan buffet harga bawah RM100 tapi dapat makan makanan yang banyak pilihan, so marilah ke sini yaaa..

Jika korang biasa lalu lalang area Stulang Laut Johor tu, memang korang akan perasan laa restoran ni. Walau baru 5 bulan beroperasi sepenuhnya, tapi kunjungan orang ramai memang dah jadi pelanggan tetap dah datang makan sini, sebab menu-menu yang mereka sediakan, semuanya sedap. Cuma kali ni sempena bulan ramadan, mereka sajikan makan secara buffet di sini. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Seafood Buffet Santapan Bara' Restoran Bara Stulang Laut Johor

Buffet Ramadan 2023 - 'Seafood Buffet Santapan Bara' Restoran Bara Stulang Laut Johor

Buffet Ramadan 2023 - 'Seafood Buffet Santapan Bara' Restoran Bara Stulang Laut Johor

Sempena bulan ramadan, Restoran Bara Stulang Laut Johor, memperkenalkan buffet makan malam berbuka puasa bertemakan ‘Seafood Buffet Santapan Bara’ dengan hidangan istimewa bermula 24 Mac ini. 

Buffet yang akan menghidangkan makanan laut segar "dari laut ke dapur Bara" ini menyajikan pelbagai juadah berkonsepkan seafood seperti Ikan Pari Bakar, Udang Masak Lemak, Siput Sedut Masak Black Pepper, Kupang Stim Halia, Sotong Masak Sambal, Ayam Goreng Berempah dan semestinya Kambing Golek, Daging Pelembang dan macam-macam lagi. (Menu bertukar setiap hari).

Korang kena cuba masakan ketam dia tu dan juga kupang, perghh power sedap betul.. juga ikan bakar dan sambal mint sauce dia.. licin sepinggan makan..  

Buffet Ramadan 2023 - 'Seafood Buffet Santapan Bara' Restoran Bara Stulang Laut Johor

Buffet Ramadan 2023 - 'Seafood Buffet Santapan Bara' Restoran Bara Stulang Laut Johor

Buffet Ramadan 2023 - 'Seafood Buffet Santapan Bara' Restoran Bara Stulang Laut Johor

Korang boleh nikmatinya sepuasnya tanpa had dan duduk makan di situ dari jam 7pm hingga 10pm. Ruang kedainya juga selesa, lapang dan berkonsepkan 'outdoor', tapi ada juga meja dalam kedai jika korang nak duduk di bawah bumbung. Tapi Sis lebih suka makan duduk di luar menikmati angin sepoi-sepoi laut. Makan pulak kambing bakarnya, nikmatttt.. 

Untuk kemudahan Surau juga ada di sediakan di belakang restoran, tapi konsep khemah macamtu, bukan bilik. Di asingkan antara surau lelaki dan perempuan. Cuma Sis suggestkan jika boleh, korang amiklah air sembahyang sesiap dari rumah, supaya senang dan mudah untuk korang terus solat tanpa pergi ke tandas. Sebab tandasnya kongsi lelaki perempuan, harap korang faham laa. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Seafood Buffet Santapan Bara' Restoran Bara Stulang Laut Johor

Buffet Ramadan 2023 - 'Seafood Buffet Santapan Bara' Restoran Bara Stulang Laut Johor

Buffet Ramadan 2023 - 'Seafood Buffet Santapan Bara' Restoran Bara Stulang Laut Johor
Belakang sana yang nampak khemah tu, itulah suraunya

So far apa yang Sis dah cuba menu-menunya semua, semuanya memang sedap-sedap, nama pun makanan laut kan, so alhamdulilah seafoodnya semua fresh dan masakannya memang kena laa cara dan gaya memasaknya. 

Tak lupa juga ada air balang 7 jenis, aneka pencuci mulut dan pelbagai kuih-muih melayu. Tak lupa juga aneka bubur dan minuman panas. Sangat puashati, harga pun berbaloi, makanan sedap, view suasana malam berdepan Pantai Stulang pun cantikk! Jomm laa bawa family korang ke sini ya! 

Dari 17/3 - 23/3 (esok last booking awal) ni ada HARGA PROMOSI ISTIMEWA cuma RM51.00 (dewasa) RM34.00 (kanak-kanak 6-12 tahun / warga emas 60 tahun ke atas). Masih sempat lagi ni korang nak beli baucer pembelian wal, cepat sebelum fullhouse. 

Buffet Ramadan 2023 - 'Seafood Buffet Santapan Bara' Restoran Bara Stulang Laut Johor
Bukti hadir ... bersama team Media Johor yang hadir ..


Restoran Bara Stulang JB
🗓 24 Mac - 22 April 2023 
⏰ 7:00pm hingga 9:30pm

Harga baucer ; 
- RM59.90 Dewasa
- RM39.90 Kanak-Kanak 6-12tahun / Warga Emas 60thn ke atas) 

Untuk tempahan awal, korang boleh hubungi nombor dibawah, cepat sebelum fullhouse!! . 

☎️ o14 - 722 4205 (Eixal) 017 - 755 2049 (Whatsapp)
Waze: Restoran Bara Ikan Bakar
Maps: Bara Ikan Bakar
* Tempat Solat Disediakan

LEBIH banyak gambar : facebook pages akusislin
Video REEL : IG akusislin 


P/S : Salah satu tempat berbuka puasa yang masuk list aku nanti bersama family hehehehe.. 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!