BUFFET RAMADAN 2023 - 'SELERA MUARA, PASTI TERASA' MUARA SETAMBOAT & GRILL SENIBONG COVE

Sis Lin
2
BUFFET RAMADAN 2023 - 'SELERA MUARA, PASTI TERASA' MUARA SETAMBOAT & GRILL SENIBONG COVE | SIAPA cakap kalau makan setamboat ni takde buffet ramadan? Ada yaaa, lagi advance pun yaa. Bukan setakat makan steamboat, grill pun ada, warung ala bazar ramdan pun ada, siap ada kambing golek, kau ngase? Mesti ngase lapar kan hahahaha.. 

Ini dah kali ketiga Sis datang ke sini makan steamboat, sekali datang ketika tempat ni baru aja di buka dan Sis datang buat media preview promosi, kedua kalinya Sis datang bersama family Sis dan ketiga kalinya, Sis datang baru ni untuk media preview sempena ramadan bersama geng-geng JDT Blogger Sis. Memang di sini kalau korang nak datang, datang ramai-ramai, barulah puas order hidangan steamboat sebab steamboat dia FREE FLOW. 

Jujurnya jika korang seorang yang suka makan santai-santai dan nak makan dalam keadaan lebih tenang, suasana keliling yang sejuk mata memandang atau nak tempat yang open air di kelilingi dengan laut, haa Sis syorkan korang makan di sini. Sebab di Muara Steamboat & Grill ni ada menyediakan ruang makan terbuka di luar, di dalam ataupun bilik khas tertutup (VIP room). Ikut pilihan memasing. 

Buffet Ramadan 2023 - Selera Muara, Pasti Terasa' Muara Steamboat & Grill Senibong Cove

Buffet Ramadan 2023 - Selera Muara, Pasti Terasa' Muara Steamboat & Grill Senibong Cove

Buffet Ramadan 2023 - Selera Muara, Pasti Terasa' Muara Steamboat & Grill Senibong Cove

Untuk bulan ramadan ni lagi istimewa, bertemakan Selera Muara, Pasti Terasa, selain mereka menyediakan steamboat & grill tanpa had hidangan, mereka juga menyediakan hampir 26 warung LIVE cooking action & makan panas-panas!!. Dah macam bazar ramadan yaa. Mana taknya menu-menu warungnya semuanya yang menu paling top ketika berbuka. 

Antaranya seperti; Kambing Golek Kambingstation Jb, Ayam percik, Mee goreng Mamak, Seafood bakar, Ikan Bakar, Apam Balik, Rojak Buah, aneka jenis Kerabu, Otak-Otak, Satay, Roti John, Air Khatira, Cendol, Teh Tarik, Kopi Mesin Barista, aneka Buah-buahan juga pilihan Kuih-Muih. 

Baru ni ada yang bertanya Sis, halal ke tempat makan ni sebab kata kawan Sis, masa nak menuju ke kedai makannya, ternampak banyak bar-bar dan cafe clubbing kelilingnya, so mereka rasa was-was, ermmm tu mesti tak baca posting Sis sebelum ni kan. Buat pengetahuan korang laa, Muara Steamboat & Grill di Senibong Cove ni adalah satu-satunya restoran steamboat yang mendapat kelulusan sijil HALAL JAKIM, so korang jangan was-was untuk datang makan di sini. Di sini pun siap ada di sediakan surau untuk lelaki dan perempuan. 

Buffet Ramadan 2023 - Selera Muara, Pasti Terasa' Muara Steamboat & Grill Senibong Cove

Buffet Ramadan 2023 - Selera Muara, Pasti Terasa' Muara Steamboat & Grill Senibong Cove

Buffet Ramadan 2023 - Selera Muara, Pasti Terasa' Muara Steamboat & Grill Senibong Cove

Masa makan di sini, yang menjadi perhatian Sis adalah Kambing Goleknya, sebab ini pertama kali Sis makan kambing golek yang betul-betul macam pergi kenduri aqiqah, sebab mereka akan beri sekali coleslow dan juga kentang lecek. Biasakan kalau makan kambing golek mesti gan sos blackpepper kan, tapi yang ni takk.. tradisi betul cara menghidang kambing goleknya, Sis suka.. 

Juga Mee Goreng Mamak tu, perghh walaupun agak sedikit pedas, tapi sedap betul terasa mee gorengnya.. dan tak lupa yang mesti korang cuba sebab di Johor takde yaa kalau nak cari, DUM Biryani tu, jarang-jarang sekali Sis makan nasi ketika pergi food review, tapi kali ni sepinggan tu Sis makan habis hehehe sedap betul.. harap one day owner dia bukalah satu cawangan di Johor ya.. 

Lain-lain pun Sis cuba juga, tapi kena control sikit sebab nak makan steamboat hahahaha.. Sis orangnya memang suka steamboat, sebab suka hirup makan pepanas, haritu makan pun, macam gaya Sis sorang aja perabiskannya, lelain semua banyak makan menu bazar tu haa.. ishhhh.. sayang kan kalu tak habis, so Sis bedal hahahaha.. 

Buffet Ramadan 2023 - Selera Muara, Pasti Terasa' Muara Steamboat & Grill Senibong Cove

Buffet Ramadan 2023 - Selera Muara, Pasti Terasa' Muara Steamboat & Grill Senibong Cove

Buffet Ramadan 2023 - Selera Muara, Pasti Terasa' Muara Steamboat & Grill Senibong Cove

Dan sepanjang korang berbuka puaa di sini pun nanti, korang akan di hiburkan dengan LIVE Band, so sesambil makan nanti, ada lah hiburan yaa.. cuma kalau boleh sound mic tu kena slow sikitlah, ada masa telingan rasa nak terkatup hahahaha.. sebab nak bercakap dengan orang sebelah pun kena jerit hahahaha.. adeiii ..

Cuma nak pesan satu, silalah buat tempahan awal kalau boleh paling kurang 3 hari sebelum, sebab di sini sentiasa fullhouse. Kadang tu kata oqnernya, ramai kalangan VIP datang booking situ, so memang fullhouse selalu. Dah booking, korang datang awal, boleh tengok sunset di tepi restoran, cantikk sangatt kalau nak berOOTD. 

Buffet Ramadan 2023 - Selera Muara, Pasti Terasa' Muara Steamboat & Grill Senibong Cove

Bukti hadirrr .. sunset di petang hari, cantikk kannn..

Eh jap nak terangkan sekali lagi. Harga di bawah tu, korang bayar, sekali makan steamboat & grill juga makan semua yang tersedia di warung-warung bazar di sediakan tu, bukanlah bayar hanya untuk setamboat aja, tidakkkk, tapi untuk semua, faham?. steamboat tu pun korang boleh tambah lagi dan lagi dan lagi tanpa perlu tambah duit, cuma jangan membazir. 

Apalagi, ayuh! Buat tempahan sekarang!. Nak tengok lagi gambo lain, klik facebook akusislin di bawah tuuu ...

Selera Muara, Pasti Terasa
📌 Muara Steamboat & Grill, Senibong Cove
📅 23 March - 21 April 2023
⏰️ 6.30pm - 10.30pm

Harga Biasa ;
RM138 Dewasa
RM98 Warga Emas (>60 tahun)
RM68 Kanak-Kanak (6 - 11 tahun)

Untuk tempahan : 
☎️ +6019 446 1665
🕌 Ruang solat disediakan
*tempahan awal amat digalakkan. 

LEBIH banyak gambar : facebook page akusislin
Video REEL : IG akusislin 


P/S : Suami dah cakap, kita buka puasa di sini nanti sebab Sis tunjuk gambar kambing tu hahahaha.. 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!