CUCU AKU DAH SEMAKIN SIHAT DAN MEMBESAR | PEJAM celik cepatnya masa berlalu, kejap sangat membesarnya, tau-tau dah dua bulan dah cucu Sis. Rasa macam baru jer habis menjaga ibunya berpantang, tengok-tengok dah semakin bijak dan bermacam ragam dah Khalish.
Buat masa ni masih lagi Sis menjaganya. Yana hantar pagi dan tak sampai pun ke petang hari Sis menjaganya, paling lewat pun dalam jam 3pm macamtu Yana dah amik Khalish balik. Sabtu Ahad Sis off menjaganya. Cuma minggu ni je laa Yana dan Khalish stay rumah Sis dari Khamis lepas sampai laa pagi ni baru mereka balik rumahnya.
Memantu Sis pergi Krabi, Yana pulak masih belum berani nak duduk rumah sengorang tanpa Suaminya, so Ayahnya mengajak jerr stay sini. Suami pun bizi dengan kerjanya di Penggerang, so bila Yana dan Khalish ada, ada laa Sis peneman di rumah selain anak bujang, pun bizi mcam Ayahnya juga..
Cucu Sis dah dua bulan 9 Mac baru ni, dan berat dia dah mencecah 5.52kg dah, kuss semangat.. memang rasa semangat badannya bila dukung. Yana pun kalau dukung lelama pun terasa sakit dan sengal tangan. Maybe sebab Ibunya badan kecikl, so tangan pun tak berapa nak berisi hahahaha..
Lain laa Neneknya ni, lengan jer dah macam batang pisang hahahahaha.. tapi alhamdulilah cucu membesar dengan sihat dan moga sentiasa sihat selalu. Menyusu kuat, tidur lagi kuat, lepas susu boleh terus tidur dengan mudahnya. Cuma baru ni Ibunya masuk Khalish dalam buai supaya anaknya tidur lebih lama sikit, so Ibunya dapat buat kerja rumah.
Padahal Khalish tu boleh jer tidur di tilam macam biasa. Dukung dodoikan kemudian Khalish akan tidur. Tapi tu dengan Sis laa.. hahahaha dengan Ibunya memang Ibunya kurang sabar mendodoikan, makanya sumbat dalam buai lerr hehehehe..
Ada yang tanya, Khalish minum susu apa?
Buat masa ni, Khalish serasi dengan susu Frisolac ni. Takde kembung perut, muntah atau cirit birit mahupun najis keras. Elok jerr KHalish minum. Mulanya Yana hanya testing jer sebab susu ni dapat FREE tiap kali pergi check-up bayi. Sebelum bersalin dapat dua tin Klinik bagi, kemudian check sebulan dapat lagi, baru ni check dua bulan pun Klinik bagi la. Murah rezeki Khalish.
Doktor kata tak ramai bayi yang sesuai susu ni, so Khalish bernasib baik. Tapi harga pun boleh tahan mahal wooo.. kerja keras laa Ayah dan Ibu Khalish membeli susu yaa.. Yana dia takde rezeki nak susu badan ke anaknya sepenuhnya, dapat bagi dan pam masa waktu berpantang aja, selepas tu kering dah susunya.
Tu laa kalau Ibunya tak suka makan sayur dan minum susu.. ermmmm.. sejenis penakut makan ubat pun yaa.. anak nombor dua memang camtu kan hehehehe.. Now Khalish dah balik rumahnya, sunyi terus rumah Sis... esok pagi baru Yana hantar lagi.. tengah takde cucu ni laa Sis settlekan semua kerja dan bukak 'opis' jap.. hehehehe..
P/S : Macam nak pi hunting kopi jer petang ni.. kat mana sedap ekkk..
Seronok nya la hai.. ada baby. Leh peluk2..kiss2...meriah ... alhamdulillah
ردحذفAlhamdulilah Mummy.. seronok walau kadang tu letih melayan, tapi terhibur hehehehe
حذفCucu sorang
ردحذفJadi kesayangan datuk dan datinnyalah.
Lainlah wak cucu dah melambak
Begitulah Wak.. entah bila nak nambah lagi, biorlah lambat sikit hehehe
حذف