DAH 5 HARI RAMADAN AKU SAHUR MINUM AIR RENDAMAN KURMA | DAH 5 hari ramadan, korang still okay tak tu bangun sahur? Masih tak fail bangun ahur ke? atau ada yang dah terlajak tak bangun sahur atau juga yang bangun tapi tak tekan suis periuk nasi? Hehehe kejadian bangun sahur banyak berlaku begini kann hahahaha.. so far Sis belum alaminya..
Alhamdulilah sepanjang 5 hari ramadan, Sis masih boleh sedar dan bangun memasak untuk Suami dan anak bujang. Cuma pagi tadi agak struggle jugalah nak bangun sebab mula dari malam tadi Sis menjaga Cucu Sis di rumah, so dah tentu laa mata ni kurang tidur lenanya. But Khalish sangat baik, merengek bangun lapar susu dan pampers basah aja, lepas dah kenyang dan tukar pampersnya, sia sambung tidur semula..
So bila bangun pagi tadi, mata agak kelat-kelat jerr nak bukak, tak mengantuk tapi rasa berat betul, macam baru je tidur, ehh tau-tau nak bangun sahur huhuhu.. tapi syukurlah dapat juga masak untuk menu bersahur pagi tadi..
Sis buat cuma 3 biji kurma sahaja secawan tu |
Sis masak simple aja pagi tadi.. lebihan sayur kobis lemak putih semalam, Sis hangatkan then goreng telur dadar juga gorengkan ayam drummet untuk anak bujang. Untuk Suami Sis panaskan semula pajeri terung yang ada seketul tu, sayang kalau tak di makan kan.. nasib Suami tak cerewet.
Tapi tu laa, selera makan sahur Sis tak berapa nak ada. Dah 5 hari ramadan Sis sahur minum air rendaman kurma dan makan buah pisang atau buah kiwi (yang ada stok) aja.. nasi belum mau nak telan.. paling tak pun meratah lauk-pauk yang baki-baki Suami dan anak makan..
Sampaikan Suami pun tegur, 'Tak lapar ke, nanti sakit perut'.. tapi alhamdulilah, so far perut bekerjasama dan okay je ni.. kenyang jerr bertahan sampai buka puasa.. harap okay laa.. Pagi tadi je ada makan Bubur mcD, anak bujang belikan.. sayang pulak nak simpan dalam peti ais, so pagi tadi perabiskannya..
Tapi kalau korang nak sedap lagi minum air kurma ni untuk tahan lapar, korang boleh cuba resepi Susu Kurma ni.. pun sedap .. banyak khasiatnya minum air kurma ketika bersahur, korang google sendiri hahahaha..
P/S : Bilalah nak dapat makan Bubur Lambuk Mesjid Bulatan (depan rumah Mak) ni.. sedapnyaaa..
Kadang berangan gak nak minum air rendaman kurma ni, tapi sedar2 dah sahur pun.. tak dibuatnya pun, hahaha.
ردحذفHahaha Kak Seri sama macam kawan kita, pun cakap gitu.. dah siap buat, sekali dah makan nasi, lupa nak minum hahahaha
حذفkurus la raya nanti. kita ni pulak dok berangan nak ratah sayur je tapi asyik masak sedap2 dah ter join sekali hahaha!
ردحذفKurus tu tak Karni, tapi cuba nak bertahan lapar huhuhu..
حذفsalam ramadhan., minum air kurma je gerenti kurus cikkak nih., hehe
ردحذفSalam ramadan Wak.. entah laa, kurus tu bonus, janji tak lapar..
حذفwahhh.. makin slim la raya nanti...
ردحذفHahaha slim perut jerr Mia..
حذفaku makan oat dengan kurma je kalo sahur..tapi berapa hari ni banyak lauk pauk lebih lepas berbuka..rasa sayang pulak..tu yang terpaksa jugak makan sikit-sikit..
ردحذفOoo aku oat memang tak makan, so tu laa minuman aku tiap sahur.. kenyang ko sampai petang..
حذف