DRAMA ANDAI ITU TAKDIRNYA BAKAL MENCUIT EMOSI SEORANG WANITA

Sis Lin
4
DRAMA ANDAI ITU TAKDIRNYA BAKAL MENCUIT EMOSI SEORANG WANITA | BACA tajuk memang lebih kurang sama dengan drama Andainya Takdir yang lama tu, heronya pun sama Syukri Yahya, tapi heroinnya lain dan jalan ceritanya pun berbeza. Kalau drama yang satu tu, isterinya seorang 'lurus bendol', tapi jika baca sinopsis drama Andai Itu Takdirnya yang akan di tayangkan malam ni, isterinya seorang yang tegas setelah kecewa dengan suaminya. 

Lakonan Syukri Yahya dan Hannah Delisha dalam Andai Itu Takdirnya akan mula di tayangkan pada malam ni di Astro Ria jam 10pm. Sis memang tunggu-tunggu cerita ni sebab ada Puteri Sarah. Lama tak tengok dia berlakon. Kena pulak jalan cerita ni, lebih kurang gak kisah si 'peNyondol' so kita tengokkkk. 

Andai Itu Takdirnya ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Jamal Khan, dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Hannah Delisha. Siri ini akan bersiaran di Slot MegaDrama, Astro Ria bermula 6 Mac 2023 menggantikan Akira Khan.

Drama Andai Itu Takdirnya Bakal Mencuit Emosi Seorang Wanita

Sinopsis Drama Andai Itu Takdirnya

Aleya yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya iaitu Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan penampilan yang menarik. Sebagai anak kepada seorang tokoh korporat, dia sudah biasa dengan gaya hidup kaya dan berbangga dengan kekayaan keluarganya. Dia mempunyai standard yang tinggi dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain. Tanpa disangka, berlaku satu kejadian yang menyatukan Syed Aizril dan Aleya.

Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai seorang isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ia mengubah hidupnya dan dia menyesali semua kesalahannya terhadap Aleya. Demi cinta dan anak-anak, Aleya menerima juga Syed Aizril dalam hidupnya. Aleya dan Syed Aizril hidup bahagia bersama anak-anak selepas mengharungi pelbagai rintangan dalam perkahwinan mereka.

Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Azreen yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana egonya. Patutkah Aleya beri peluang sekali lagi kepada Syed Aizril?

Pelakon Utama
Shukri Yahaya sebagai Syed Aizril
Hannah Delisha sebagai Aleya
Dayang Areeda sebagai Sharifah Emilin
Puteri Sarah Liyana sebagai Umairah
Idzham Ismail sebagai Ikram

Arghh suspen arr, nebes pulak nak tengok hahahaha.. 

Tapi kann... korang bayangkan 60 episod drama ni hahahaha.. memang tiap malam melanguk laa depan TV gayanya..kalau Suami Sis memang tak berani laa nak tengok dengan Sis, takut kang dia yang jadi tempat Sis lepaskan emosi amarah, hohohohoh ...


P/S : Moga emosi kewanitaan Sis terkawal tonton 60 episod drama ni hahahaha..

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Episod pertama pun dah memnag best. Harap drama nia tak bnyak sangat bercakap yang meleret tapi banyak main emosi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa so far episod satu ni okay, banyak cakap tapi ada penceritaannya..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!