Lagipun ada ketikanya, apa yang di mainkan dalam lakonan drama tu, memang ada dalam kehidupan realitinya, so kita sebagai penonton, amik ikhtibar mana yang baik jer, yang buruk, kita cermin diri kita dan jadikan pengajaran. Tak semua drama tu memaparkan semua jahat, ada benda yang boleh menjadikan kita fikir banyak kali dan muhasabah diri.
Bagi korang yang memamg tak suka layan emosi, haa eloklah jangan tengok drama sebegini atau drama-drama lain juga, sebab kang silap-silap darah naik, dan boleh mendatangkan amarah pulak. Jenis tak boleh kontrol, tak memasal Laki sendiri jadi tempat luahan kann.. Hurmm kalau Suami Sis, dia tau Sis tengok drama camni, dia cepat-cepat menjauhkan diri dan buat hal sendiri, takut kang ada jadi bahan 'point' Sis nak lepaskan marah hahahaha..
Semalam bermulanya episod 1 drama Sekali Aku Bahagia ni. Sis sampai masak awal-awal sebab nak duduk depan tv nengok drama ni. Nasib baik semalam hanya masak Nasi Lemak Sambal Tumis Udang aja, so simple aja menu berbuka puasa semalam petang.
Sis tulis tajuk sedemikian sebab memang ada benarnya perkataan 'perampas' tu, sebab baca sinopsisnya, begitulah yang berlaku. Walaupun keduanya tidak mengetahui status sebenar suaminya, tapi bila dah berkahwin, isteri kedua dapat tau dia bermadu, ehhh kau pulak konon taknak bermadu, sedangkan sebelum tu pun isteri pertama tu langsung tak tau yang suaminya dah berkahwin lain dan hidup bermadu sama.. then suruh suaminya ceraikan isteri pertamanya.
Tapi yang jadi geram hati ni pada jantan tu! Dasar nak berbini dia, semua nak berahsia, selfish gile!! .. tu baru membaca sinopsis tu, belum lagi tengok dramanya..
Dengan lakonan Nabila Huda dan Ummi Nazeera tu, Sis dapat bayangkan macam mana lakonan mereka nanti. Takpe, kita tengok sejauh mana kesudahannya.. moga semuanya berpihak pada yang benar..
Sinopsis Drama Sekali aku Bahagia
Aireen dan Naufal adalah adik-beradik. Aireen jatuh cinta dengan Muaz, pekerja di kedai abangnya. Selama mana bekerja di sana, Aireen iaitu adik kepada Naufal telah tertarik dan jatuh hati kepada Muaz tanpa mengetahui yang dia merupakan seorang suami orang. Ini kerana Muaz telah merahsiakan status perkahwinannya demi survival ditempat kerjanya. Walaupun sudah berkahwin dengan Rania, Muaz telah menikahi Aireen tanpa memberitahu status perkahwinannya.
Konflik bermula apabila Aireen mendapat tahu tentang rumah tangga Muaz dan Rania yang sudah pun mempunyai seorang anak perempuan. Rania tidak sedar akan kecurangan suaminya. Keadaan menjadi lebih rumit kerana Aireen tidak mahu bermadu dan hanya mahu memiliki Muaz untuk diri sendiri. Rania pula kini harus bangkit dan berjuang demi masa depan anaknya.
Pelakon ;
Ummi Nazeera sebagai Rania Farahain
Nabila Huda sebagai Aireen
Keith Foo sebagai Muaz
Azhan Rani sebagai Naufal
Qistina Raisah sebagai Eli
Duerra Mitilda sebagai Delisha
Danish Iskandar sebagai Andre
Danish Hazriq sebagai Firas
Meor Mohd sebagai Lan
Nik Ramly Rejab sebagai Kamil
Ayu Azlina sebagai Milah
Drama 15 episod Sekali Aku Bahagia ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Pali Yahya, dibintangi oleh, Ummi Nazeera, Nabila Huda dan Keith Foo. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Sakura, TV3 bermula 28 Mac 2023 setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 6.00 petang menerusi slot Sakura di TV3 atau korang boleh juga tonton secara online di watch.tonton.com.my .
P/S : UPDATE : Alhamdulilah, Yana dah discharge dan pulang ke rumahnya. Sis cuti jaga cucu 3 minggu sebab Yana dapat MC berehat.. terima kasih semua..
Malas nak layan drama Melayu kang tak pasal2 dapat dosa kering je masa bulan puasa haha!
ReplyDeleteHahahaha yerr emosi betul nengok.. tapi permulaan drama tidak laa emosi..
Deleteyang salah tu sebenarnya laki dia, geram pula kita. malas nak layan drama pasal curang ni buat sakit hati je..hahaha
ReplyDeleteItu laaa, dah bertahun kawin dah berbini dua, pun nak berahsia.. tak sabar tunggu apa sebenarnya ceritanya..
DeleteKita mcm ada tengok kat TT, babak Azhan Rani belasah Ummi tu, kenapa? Adik dia kan dalam cete tu bila baca sinopsis sis ni.
ReplyDeleteAah Kak, dia adik badik berdua.. Ummi? Nabila Huda ke Kak?
DeleteTak sempat nak tengok lagi.. asyik baca sinopsis je lagi hikhik
ReplyDeleteTu laaa baca sinopsis je dah geramm..
DeleteSakit hati... fuh, terror boleh sorok eh
ReplyDeletedah kawen dua...Lama jugak tu baru kantoi.. huhu
Yaaa viral drama ni Non.. engko tengok ke tak?
Delete