DUA EKOR KAMBING GOLEK DI MAJLIS AQIQAH CUCU | ALHAMDULILAH syukur kepada Allah, semuanya Allah permudahkan dan selamat di laksanakan majlis aqiqah cucu Sis di rumah besan (mertua Yana) pada Sabtu lepas. Dua ekor kambing golek di majlis aqiqah cucu sebagai tanda kesyukuran menunaikan sunnah kepada bayi yang baru lahir.
Menurut istilah hukum syarak aqiqah ialah “penyembelihan haiwan tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur atau memotong rambutnya dan diberi nama untuk anak itu.” Imam Syafi’e berpendapat melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad. Ini bersesuaian dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Maksud hadis riwayat Ahmad dan Tirmidzi)
Ibnu Al-Qayyim menegaskan bahawa aqiqah itu memelihara bayi tesebut daripada golongan syaitan dalam urusan dunia dan akhirat. Juga sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;
“Berserta anak itu ada aqiqah, maka alirkanlah darah untuknya, dan singkirkanlah sesuatu yang membahayakan daripadanya.” (Maksud hadis riwayat Tirmidzi)
Imam Malik menyatakan bahawa, hukum aqiqah ini adalah perintah yang tidak dapat diperselisihkan lagi. Imam Ibnu Qayyim pula menyabitkan aqiqah dengan nilai korban seekor kambing yang dikurniakan oleh Allah SWT sebagai ganti diri untuk Nabi Ismail AS.. Maka dengan itu, difahamkan bahawa penyembelihan aqiqah untuk anak yang dilahirkan berguna untuk melindungi bayi daripada gangguan syaitan.
Yang lebih utama untuk kadar aqiqah bagi seorang anak lelaki ialah dua ekor kambing dan untuk anak perempuan seekor kambing. Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah SAW telah membuat aqiqah untuk cucu Baginda SAW Saidina Hasan dan Husin RA, masing-masing seekor kibas.
Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).
Akan tetapi apabila anak sudah dewasa, maka ada para ulama’ menetapkan sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya. Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah untuk dirinya sendiri.
Meriah majlis aqiqah cucu Sis di rumah besan. Tak kisahlah kan di rumah besan ke di rumah Sis ke, janji niat dan tujuannya sampai. Majlis bermula dari jam 2pm, ada bacaan Yassin dan doa selamat sempena nak menyambut ramadan. Dan majlis jemputannya bermula dari jam 3.30pm hingga jam 6pm.
Memang Sis pun takde jemput sesiapa pun, sebab majlisnya pun di rumah besan kan. Jemput adik beradik dan kenalan anak-anak aja. Tu pun Sis datang agak lewat sikit sebab memenuhi jemputan kahwin adiknya blogger Nona tu di area yang sama. Kebetulan sekali jalan, jadi Sis dan Suami singgah laa.. tak elok orang dah jemput tapi tak datang kan. Makanan pun sedap.
Sampai di rumah besan, ramai dah tetamu yang datang. Anak Sis dari KL pun balik JB terus ke sana juga. Sampai-sampai jer, Sis apalagi, mata memang tertumpu pada kambing golek ajer laa, nampak sedap dan juicy betul. Walau dah berhari-hari dan selalu makan kambing golek di buffet ramadan tapi kambing golek aqiqah ni lain dari yang lain.
Alhamdulilah, semuanya dah selesai dan dipermudahkan. Cuaca pun elok, makanan pun cukup dan dapat bawa balik lagi dan Khalish pun baik diam aja tak meragam walau dalam ramai orang dan cuaca agak panas. Tapi Khalish siap tidur lagi dipangkuan Sis dengan lenanya hehehehe good boy cucu Nenek.
Buat Nona, terima kasih atas jemputannya dan makanan sedap Nona. Pengantin pun cantik dan berkat pun dapat juga bawa balik. Moga perkahwinan yang di bina bahagia dan berkekalan hingga ke Jannah. Next ko bila pulak Nonnn.. nak juga makan nasi minyak ko hahahahah.. *guwau jerr..
P/S : Hujung minggu yang penuh dengan kasih-sayang ❤ ...
alhamdulilllah....
ردحذفAlhamdulilah, syukur...
حذفcomelnya Yana slim aje lepas bersalin
ردحذفItulah, perut ajer belum kempis betul, sebab kesan operate tu masih terasa..
حذف