DUGAAN BILA NAK UPDATE BLOG SEMUA GAMBAR MAKANAN | DARI dulu hingga sekarang, asal nak masuk gambar-gambar buffet ramadan, diri sendiri yang kecur terliur, ada ketika tu kan, sendiri cakap, 'alaaa kenapa tak makan ni ekk, sedap ni' hahahaha.. benghong betul laa kann.. masa lauk tu depan mata taknak pulak di makan, bila dah berlalu, baru nak ingat-ingat, begitulah kehidupan, ada taknak hargai, dah takde baru terhegeh-hegeh dekat, podahhh..
Inilah dugaan bila nak update blog, semua gambar makanan, nak taknak kerja kena di teruskan, kena siapkan, dah makan sedap, orang belanja, bawak +1 pulak, so kenalah 'give and take', kita permudahkan urusan orang, inshaallah akan ada rezeki yang Allah turunkan dari orang lain kepada kita. Selalu pesan pada diri, buat sesuatu kerja kena ikhlas, jika merungut ajaa manjang, setakat tu laa rezeki, atau memang susah laa rezeki nak datang.. tu pesan orang tua.
Tak kisahlah pekerjaan apa sekalipun, niat dan tujuan kena selari dengan apa yang kita buat dan harapkan. Ikhlas dalam perbuatan, dan bersyukur dengan segala nikmat, inshaallah berganda-ganda rezeki dan pahalanya.
Macam Sis sendiri jer contohnya, ikutkan hati buat apa susah-susah ke sana sini pergi event, ada tu bukan berbayar pun, free jer pun, tapi bila fikir balik, pergi buffet ramadan tu, bantu orang lain, tak kisah laa pihak mana pun, sekepala pihak berkenaan dah bayarkan, siap bawak +1 lagi, kadang +1 orang lain tak jadi datang, siap minta lagi, kita bawak kawan kita, sebab taknak meja dan kursi tu kosong, ada ketikanya diri jadi segan, tapi tak apalah, kita tau nak membalasnya dengan cara kita.
So Sis sebagai blogger/media, Sis buat yang terbaik dan semampunya untuk mereka sebagai balasan dah belanja makan. Tak minta apa pun, at least mereka ada juga pandang kerja kita, thats why mereka invite kita, sebab mereka percayakan kita, so kita buktikan, kita boleh buat dan ikhlas bantu mereka. Esok-esok memang muka kita jer laa dia akan invite makan tiap tahun tak sudah-sudah.. sebagai ganjaran, mereka bagi baucer dan bawa pulak family datang berbuka sekali, alhamdulilah..
Ada orang bende ni dia anggap remeh, dan ada orang buat muka kalau kata 'free free' ni, terpulang, hak memasing kann.. masing-masing ada pendirian memasing, lagi satu kalau Sis pergi berbayar pun, takkan nak KECOH sekampung! pihak-pihak berkenaan pun kalau korang tolak permintaan mereka pun, mereka takde kisah pun, mereka boleh teruskan.. tapi kita laa sebagai blogger, sekali kau tolak, memang akan datang memang takde laa dia invite sebab dia rasa kita tak berminat.
Ada rezeki jika korang minta bayaran mereka ada budget mereka bagi, tapi jika takde, memang takde, even hotel lima bintang pun panggil media, free-free je dik nonn.. so kalau rasa BERBALOI pergi, jika tak, tolak jer cara baik.. cuma kalau ko bukan sebagai blogger/media, mampu ke kau nak keluar masuk makan tiap bulan di hotel lima bintang tuu.. tu jee Sis rasakan untuk diri Sis.. so Sis amik peluang itu..
Sambil tu dapat kenal ramai kenalan media dari seluruh pelusuk. Haa time tu laa kita lebarkan networking kita, hulur kad memasing, then sesilap akan datang mereka pun cari kita sebab nak bagi job.. haa gituuu kekdahnya..
Jujurnya memang itulah yang Sis buat untuk menaikkan nama blog Sis ni. Dari orang tak kisah siapa Sis, now sekali tak gi event sana sini orang tanya 'mana Sis Lin' kakakakaka (puji diri sendiri).. tahniah buat diri sendiri, usaha anda berjaya. Yang penting, ikhlas dalam setiap perbuatan.
Ehh dah.. panjang pulak membebel, dari bebel pasal gambar makanan, lain pulak bebelnya hahaha, ada kerja tak siap ni kang.. okay bye..
P/S : Tepuk dada tanya selera.. nak atau taknak..
Semuanya bergantung dgn blogger ... Ada org tak kisah job free dapat makan pun rezeki.. Mcm sy pula jenis introvert mmg kurg gemar ke event hahaha.. even nak post muka sendiri di media sosial pun kurg.. lebih suka kerja2 belakang tabir.. Bagi sy kalau rasa berbaloi utk diri sendiri.. then just go.. kalau tak tolak je cara baik.. mmg byak je job yg free .. tp tgok jugalah kalau rasa benda free tu berbaloi okay saja.. Kalau free tak dapat apa lagi sedih haha
ردحذفYaaa Nurul, terpulang hak memasing samaada nak pergi atau tidak, rasa berbaloi boleh pergi, jika tidak boleh tolak, nak mengharap dapat sesuatu tu memang 50%, so dari 'meminta' baiklah jika tak berbaloi tolak aja.. mudah je kan..
حذفFree tapi dpt makan kat hotel siap dpt baucer makanan lagi, bagi saya berbaloi sgt2.
ردحذفBiasa gitulah Karni di JB ni, pergi review banyak free, ada juga berbayar (tapi kami diam),nanti biasanya time ramadan di jemputnya makan lagi..
حذف