HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR

Sis Lin
4
HARI KEPUTERAAN DYMM SULTAN JOHOR | SEMALAM dengarnya di Johor sana sini jalanraya sesak dan jem, baik di highway mahupun di mana-mana jalanraya. Ini di sebabkan bermula hari ini Johor cuti panjang sehingga hari Ahad bersempena cuti menyambut Ramadan hari ini dan juga hari ini adalah hari keputeraan Sultan Johor. Cuti 4 hari ko, maunya tak jem hehehe..

Rata-rata semua orang amik kesempatan balik ke kampung menyambut puasa bersama keluarga. Mana yang ada kampung memang seronoklah kan. Macam Sis ni alaaa Kampung Melayu aja, tu pun sejak arwah Mak dah takde, dah jarang ke sana. Yang ada hanya adik Sis yang masih lagi tinggal di rumah Mak tu.. tu pun dia yang selalu datang ke rumah Sis hehehe.. 

So korang, macam mana dengan permulaan Ramadan harini? Ada yang terlajak bangun Sahur ke?


Berita sebelumnya, Kerajaan negeri telah bersetuju mengisytiharkan tarikh 26 Mac ini (Ahad) sebagai Hari Kelepasan Am sekiranya awal Ramadan jatuh pada Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor pada 23 Mac ini. Ini kerana ia berlaku pertindihan Hari Kelepasan Am pada tarikh 23 Mac itu. Oleh yang demikian, kerajaan Negeri bersetuju membuat gantian cuti bagi Hari Kelepasan Am yang berlaku serentak itu kepada 26 Mac ini (Ahad).

Daulat Tuanku. Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta'zim.

 

Semoga Allah lanjutkan usia Tuanku. Allah peliharakan Sultan .. 



P/S : Alhamdulilah.. ermm petang ni berbuka puasa di mana ya? ... 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Perrggghhhh... Syok tu... Cuti 4 hari... Gila lama... Ok..nak pindah Johor la...cuti 4 hari gak... Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa Leya, kebetulan kann cuti bertindih hehehehe

      Delete
  2. Salam Ramadhan Sislin. Masak apa sahur pagi tadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadan juga buat Karni..
      Pagi tadi sahur asam pedas ikan dan telur mata kicap jer..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!