JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK BAGI NEGERI JOHOR 2023/1444H | TINGGAL beberapa hari sahaja lagi kita akan sambut bulan Ramadan, bulan yang penuh barakah dan keinsafah. Korang dah habis ganti puasa ke? Alhamdulilah jika sudah, jangan sampai lupa yang, akan berganda-ganda nanti qada puasa dan fidyahnya.
Puasa adalah ibadat yang memupuk kesuburan rohani dan jasmani, juga sebagai latihan bagi diri dan jiwa untuk melentur nafsu agar tidak melampui batas. Ramadan adalah bulan anugerah Ilahi bagi orang yang ingin mendapatkan anugerah ini. Rugilah bagi mereka yang tidak menyanjung kesempatan untuk mendapatkan kurniaan ini.
Jadual Waktu Buka Puasa Dan Imsak Ramadan 2023 Negeri Johor
Semoga lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bulan Ramadan tahun 1444H / 2023M yang disertakan dapat memudahkan umat Islam di negeri Johor membuat semakan masa yang ideal untuk bersahur sebelum memasuki waktu Subuh selain dapat berbuka Puasa pada waktu yang tepat.
Tarikh 1 Ramadan dan tarikh melihat anak bulan Syawal tertakluk pada pengisytiharan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia. Hari Nuzul Al-Quran jatuh pada 8 April bersamaan 17 Ramadan.
Zon 2 : Daerah Johor Bahru, Kulai, Kota Tinggi, Mersing dan pulau-pulau yang berdekatan
Oleh kerana Sis berada di Zon 2, Sis kongsikan waktu berbuka puasa dan imsak bagi Negeri Johor Zon 2, jika korang yang berada di Johor dan berada di Zon lain, korang bolehlah semak di SINI ya.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana dengan limpah kurnianya, kita dipanjangkan usia untuk berada di awal Ramadhan. Inilah yang sering kita doakan :
“ Ya Allah berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”
Kita juga bersyukur kerana inshaallah jika dengan izinNya, tahun ini kita dapat bersama lagi dalam majlis solat terawih, salah satu sunnah yang amat diberatkan di bulan Ramadhan. Semoga Allah memanjangkan umur kita bagi memperoleh segala keberkatan Ramadhan dan mengekalkan kita dengan iltizam dan komitment kepada solat terawih.
Sebelum ini, ibadah puasa dilaksanakan sedikit berbeza susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan wabak COVID-19 sekaligus menghadkan pergerakan rakyat Malaysia. Tidak terkecuali, pembayaran zakat fitrah yang hanya boleh dibayar secara atas talian/ online.
Puasa mampu menyucikan diri daripada sifat mazmumah seperti tamak, sombong dan hasad dengki. Apabila seseorang itu berpuasa, ia mampu membersihkan jiwa yang kotor dan secara tidak langsung menerapkan sifat rendah diri terhadap orang lain dalam diri. Puasa juga mendidik jiwa dengan sifat belas ihsan terhadap orang lain yang hidup susah dan kurang bernasib baik. Dengan itu, kita akan merasai penderitaan hidup mereka yang hidup serba kekurangan.
P/S : Korang masih ingat tahun lepas kita raya dalam keadaan kelam kabut? Bila di ingat-ingat, kelakar punya, geramm pun ada hahahaha..
wah...dah mula dah... kat radio pun dah mula dah iklan yusuff taiyub
ReplyDeleteBisikan mengoda hahahahah.. selamat berpuasa Mummy ..
Delete