JALAN-JALAN CARI MAKAN BERSAMA ANAK DI CARABAO DAN DANGA BAY

Sis Lin
4
JALAN-JALAN CARI MAKAN BERSAMA ANAK DI CARABAO DAN DANGA BAY | HUJUNG minggu baru ni, ketika majlis aqiqah cucu kesayangan Sis tu berlangsung pada hari Sabtu, anak sulung Sis yang di KL pun turut balik ke Johor meraikan. Kebetulan dia ada temujanji dengan bridal dan dais untuk majlis resepsinya nanti, so dapatlah kami semua berkumpul bersama, kecuali anak bujang tu bizii beno yaa.. 

Dan pada Ahad esok harinya, anak Sis ajak keluar makan lunch bersama dan mengajak adiknya,Yana sekali, Suami Sis dan menantu pula kebetulan kerja, so kami keluar berempat bersama tunangannya anak Sis. Pagi tu juga Yana ke KPJ untuk buat temujanji susulan slip disc dia tu, inshaallah Ahad ni Yana warded dan akan terima rawatan susulan tu, doakan moga Yana baik-baik aja ya. 

Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Anak Di Carabao Dan Danga Bay

Mulanya Ayahnya kata suruh datang Penggerang ajak makan di Warung Lobster tu, tapi anak-anak semua malas nak drive jejauh dan cuaca pulak langit masa tu gelap gelita, so kami decide makan di Carabao Thai Restaurant cawangan Stulang Laut. Yaa kat Johor ni ada dua Carabao, satu di Stulang Laut dan satu lagi Kampung Carabao di jalan Dato Abdullah Tahir, Taman Abad. Sama jer dua ni, tapi anak lebih suka makan di Stulang Laut ni. 

Kalau cawangan di Stulang Laut ni, Sis pertama kali pergi makan, tapi kalau di Kampung Carabao tu, dah dua kali Sis pergi, so kita cuba pulak di sini. Kata anak-anak dia lebih suka di sini sebab portion sepinggan dia banyak dan rasanya lebih sedap dari yang sana, entah laa, tekak memasing kan.. pada Sis sama jerr kalau dah nama pun Thai Cuisine. Takpe Sis cuba..

Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Anak Di Carabao Dan Danga Bay
Dia punya Ikan Stim Limau ni sangat-sangat sedap.. Sis sangat-sangat sukakannya.. love it gilerr..

Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Anak Di Carabao Dan Danga Bay
Ada Kacang Botol goreng belacan, TomYum Putih dan juga Sotong masak kari, macamtu laa menunya.. tapi TomYum dia, perghhh memang the best.. patut anak-anak suka makan sini dari yang sana. 

Ambik gambar pun tak nyempat hahaha duk kendung cucu tangan sebelah, sebelah lagi duk tangkap gambar, last-last suruh tunangnya anak amikkan gambar, jadilah ini hasilnya hahahahaha..jadilah buat bayangan korang kan, kalau yang dah biasa makan sini, mestilah tau kann portion dia macam mana. 

Memang ada beza hidangan di sini dengan yang lagi satu di sana tu. Nak jadi kes, masa birthday Sis makan di sana tu, memang sampai Sis tanya yaaa sepinggan sayur tu, 'Ini untuk makan 4 orang ke?', sebab sikit gilerr.. macam makan dua orang, tapi di sini, tak payah bagitau untuk makan berapa orang, tapi mereka hidangkan betul-betul portionnya banyak sepinggan.. 

Baik masakan ikan, tomyumnya, sayurnya, sotongnya, aduiii semua sedap, sampaikan anak siap cakap dengan Sis, 'Sedap kann Mak?' hahahaha, ye laaa sedap lazat enak dan puashati makan.. 

Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Anak Di Carabao Dan Danga Bay

Time makan tu hari hujan, so kitaorang lepak laa dulu duduk sembang. Sis sambil-sambil tu duk meratah laa ikan, sayur dan tomyum yang tak habis tu haaa.. Khalish pulak boleh pulak time makan dia bangun dari tidur, so anak Sis melayan laa dia dulu sebelum kami balik.

So far bawa Khalish ke mana-mana diam jer dia, elok baik jerr, belum ada meragam lagi.. Harap-harap sampai besar pun begitulah diamnya. Memang senang jaga dia, cukup susu, dia tidur, dan pastikan pampers dia kering, memang boleh rehat laa Mak Pak dia nak makan ke apa ke. 

Harga kami makan tu semua bersekali dengan air, dalam hampir RM200 kata anak, okaylah memang sangat okay yaa.. portion makan untuk 4 orang banyak, rasa pun sedap, tempat selesa, dan servis pun cepat.. puashati makan sini dari di sana hohohoho.. 

Jalan-Jalan Cari Makan Bersama Anak Di Carabao Dan Danga Bay

Lepas makan, anak bawa pi jalan-jalan ke Danga Bay Country Garden sana. Waa lama tak jalan ke sana, banyak betul perubahannya yaa.. meriah dengan orang ramai yang datang melepak dan makan minum di tepi pantai tu. 

Kitaorang pun duduk juga laa lepak sambil beli jagung bakar, kentang goreng dan minuman sambil layan ragam orang ramai yang duduk-duduk lepak bersama keluarga. Ada juga buaian di cafe tepi pantai tu. Best juga laa, kalau nak healing-healing kat situ.. 

Dah penat memasing dan Khalish pun sampai 'memberak' kat sana, kitaorang pun balik. Lagipun anak pun nak balik awal, sebab esoknya Isnin dia nak balik ke KL, so nak rest awal. Apa-apa pun terima kasih anak Mak, belanja Mak makan dan jalan-jalan cari makan tempat makan best di Johor.. alhamdulilah.. 


P/S : Okay dah, jom mula siapkan bahan dan memasak untuk menu berbuka puasa hari ini.. 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Haaa.. tapi yg kat Stulang ni tutup awal dari yg di sana. Yg di sana pulak susah nak parking. Tapi mmg tomyam dia terbaik sampai susah nak berhenti menghirupnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Kakk, memang sedap betul.. lupa nak amik gambar selepas makan, memang licin semua termasuk GiGi ikan hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!