JATUH CINTA PANDANG PERTAMA AKU TENGOK PROTON X90

Sis Lin
10
JATUH CINTA PANDANG PERTAMA AKU TENGOK PROTON X90 | BUKANLAH sebab anak Sis,Yana kerja sebagai SA Proton, tetiber ehh nak up pasal posting proton then nak promo SA anak, tapi jujurnya masa Yana tunjuk aja Sis gambar Proton X90 ni, ehhh terus jatuh cinta Sis, lagi pulak warna biru dia tu, perghh mengancam betul..

Tapi... proton X50 tetap di hati hahahaha.. walaupun belum lagi 'sampai' tapi kesabaran menunggunya pasti akan buat Sis gembira. Tapi ehhh belum lagi yang tu sampai, keluar pulak yang ini, adeuiiiiii... 7 seater pulak tu, kemain cantik bergaya dan elegant gituuu.. 

Masa mula Sis tunjuk Suami gambar proton X90 ni, Suami pun agak terkejut gak, siap cakap, '7 seater ke?' hehehe.. yaaaa proton X90 adalah SUV tiga baris tempat duduk merangkap model hibrid ringan pertama daripada Proton. 

Jatuh Cinta Pandang Pertama Aku Tengok Proton X90

Jatuh Cinta Pandang Pertama Aku Tengok Proton X90

Kalau korang tau, proton hanya memiliki 1 model yang mampu memuatkan 7 penumpang dalam satu masa iaitu Proton Exora dan masih dijual pada hari ini. Dilancarkan pada tahun 2009, Exora sudah memasuki tahun ke 14 pengeluaran dan masih tiada tanda pengganti Exora akan dilancarkan.

Kata Yana, Proton X90 merupakan model ketiga di dalam siri X Proton, dan bakal ditawarkan dalam empat varian utama iaitu Standard, Executive, Premium dan juga Flagship. Sis tengok gambar yang Premium perghhh hebat sungguh arr.. dah macam kereta import standard high klass gituuu.. 

Antara perubahan rekaan yang dibawakan termasuklah struktur jeriji yang diinspirasikan daripada corak songket serta busur Ethereal yang telah direka semula, diikuti dengan silhouette berotot yang boleh dilihat pada bahagian sisi SUV ini.

X90 merupakan sebuah SUV dengan 3 baris tempat duduk, lebih besar daripada X50 yang berada dalam segmen B dan juga lebih besar daripada X70 yang berada dalam segmen C. Besar kemungkinan X90 berada dalam segmen D, sama seperti Mazda CX-8 dan juga Hyundai Santa Fe.

Jatuh Cinta Pandang Pertama Aku Tengok Proton X90

Jatuh Cinta Pandang Pertama Aku Tengok Proton X90

Dari segi kuasa, Proton X90 membawakan trenkuasa hibrid ringan iaitu sistem EMS 48 Voltan yang terdiri daripada enjin 1.5 liter, motor elektrik Belt-Starter Generator (BSG) 48 Volt, Bateri Lithium-ion 48 Volt, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Brek Pemulihan dan juga Sistem Kawalan Modul Hibrid.
 
Secara keseluruhan, ia mampu menjana kuasa setinggi 190 PS dan 300 Nm, di mana sistem EMS 48V itu tadi mampu menyediakan kuasa tambahan 13 PS/45 Nm yang mampu menyumbang kepada penjimatan bahan api.

Sistem transmisi adalah jenis klac berkembar tujuh nisbah kelajuan yang telah dioptimasikan untuk pengalaman pemanduan yang lebih dinamik. Antara ciri lain yang dimuatkan termasuklah skrin kluster digital LCD 10 inci, skrin infohibur 12.3 inci, serta ciri keselamatan baharu seperti Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Amaran Pelanggaran Belakang (RCW), serta sistem informasi papan tanda trafik (TSI).

Jatuh Cinta Pandang Pertama Aku Tengok Proton X90

Jatuh Cinta Pandang Pertama Aku Tengok Proton X90

Ciri moden lain, berdasarkan model X50, besar kemungkinan X90 menerima pelbagai ciri mewah lain seperti sistem parkir automatik, bumbung panaromik, sistem arahan suara Hi Proton, lampu depan dan belakang dengan teknologi LED.

Harga bagi pasaran Filipina, X90 dijual dengan harga pengenalan RM 103,820 bagi varian terendah dan varian tertinggi ditawarkan dengan harga 114,131. Mungkin harga untuk pasaran Malaysia akan menjadi lebih tinggi jika lebih banyak pelbagai ciri moden ditambah terutama ciri mild hybrid. Anggaran harganya akan menjangkau sehingga RM 140,000 bagi varian premium

Proton bakal mengadakan sesi pra-tonton untuk para pelanggan yang berminat melihat dengan lebih dekat X90 ini bermula 8 April 2023 di semua show room di seluruh Malaysia. 

Korang nak bertanya atau buat pembelian atau tempahan kereta proton, boleh hubungi ; 
Yana untuk pertanyaan lanjut :  www.wasap.my/601121691127/protonraya


P/S : Nanti kereta besar snagat pun, siapa jer nak naik, paling tak kang, aku laki bini je hahahaha

إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ni tmbh lagi harga la eh.... ok kita kuis kuis kaki je la dl :p

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha menabung Ret, boleh beli besau bawak Uyummm

      حذف
  2. Kita pejam mata sbb taknak tergoda hehe. Setakat ni Exora masih lagi berjasa, sejak upgrade faux leather seat dgn pasang CarPlay rasa macam drive kereta baru pulak padahal kereta tu beli sebelum Khadeeja lahir lagi 🤭

    ردحذف
    الردود
    1. Haa sama dengan adik Sis laa, dia pakai exora dah lama tuu.. sayang katanya ..

      حذف
  3. Lawo betullahhh 🤩 Canggih betullah 🤩 Manntabb!

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!