JOM BERBUKA PUASA DENGAN SET HIDANG BLESSED & PROSPERITY MENU DI WAN LI CHINESE RESTAURANT

Sis Lin
4
JOM BERBUKA PUASA DENGAN SET HIDANG BLESSED & PROSPERITY MENU DI WAN LI CHINESE RESTAURANT | SEMPENA sepanjang Ramadan, selain buffet ramadan, juga jika korang suka makan makanan Cina dan berhidang, korang bolehlah ke Wan Li Chinese Restaurant at Renaissance Johor Bahru Hotel untuk berbuka puasa bulan Ramadan nanti. Walaupun restaurantnya lebih kepada Chinese Cuisine, tapi masih pada bulan ramadan ini, korang boleh juga boleh menikmati masakan dan menu tradisi Melayu.

Baru-baru ini Sis pergi mencubanya untuk makan tengahari di sana bersama kengkawan. Ye laa sebagai blogger ni, sebelum nak rekemen kat pembaca dan follower, kita kenalah mencubanya dulu kan. Samaada okay atau tidak atau berbaloi dengan apa yang mereka war-warkan. Kang kalau tak kena dengan gaya, hakakkk juga korang salahkan yaa.. 

Jom Berbuka Puasa Dengan Set Hidang Blessed & Prosperity Menu Di Wan Li Chinese Restaurant
With Sunah Sakura 

Menu-menu di atas yang Sis cuba adalah set Prosperity Menu yang harganya RM2188 untuk 10 orang per-table. Mesti korang terbeliak mata ternganga baca kan? Memang mahal tapi dengan portion yang di sediakan, dan memudahkan lagi kita duduk makan berhidang macamtu, bagi Sis berbaloilah. Yaa memang berbaloi-baloi sangat!!. Datang dalam 10 orang, bagi-bagi membayar, rasanya sama jerr dengan harga buffet ramadan Renaissance tu haa, cuma jenis hidang begini tidaklah banyak pilihan.  

Untuk set hidang ramadan ini, ada 2 set yang mereka hidangkan untuk berbuka puasa nanti. Blessed Set Menu dan juga Prosperity Set Menu. Dua set ini menu-menunya hampir semua sama, beza hanya pada harganya sahaja juga kiraan pax yang korang datang makan bersama, tapi masih mengekalkan citarasa menu cina dan melayu yang sama. 

Okay mari kita lihat sambil menelan air liur menu-menu set Prosperity yang Sis makan tu yaa.. sudah bersediakah korang? hehehehe.. 

Jom Berbuka Puasa Dengan Set Hidang Blessed & Prosperity Menu Di Wan Li Chinese Restaurant
Fragrant Seafood Fried Rice with Dried Shrimp Sauce

Jom Berbuka Puasa Dengan Set Hidang Blessed & Prosperity Menu Di Wan Li Chinese Restaurant
Steamed Sea Grouper with Portuguese Style

Jom Berbuka Puasa Dengan Set Hidang Blessed & Prosperity Menu Di Wan Li Chinese Restaurant
Mala De-Shelled Prawn

Jom Berbuka Puasa Dengan Set Hidang Blessed & Prosperity Menu Di Wan Li Chinese Restaurant
Signature Roasted Free Range Chicken

Jom Berbuka Puasa Dengan Set Hidang Blessed & Prosperity Menu Di Wan Li Chinese Restaurant
Chilled Japanese Baby Squid with Plum

Jom Berbuka Puasa Dengan Set Hidang Blessed & Prosperity Menu Di Wan Li Chinese Restaurant
Braised Broccoli with US Scallop

Jom Berbuka Puasa Dengan Set Hidang Blessed & Prosperity Menu Di Wan Li Chinese Restaurant
Chili Pepper Fish Skin

Jom Berbuka Puasa Dengan Set Hidang Blessed & Prosperity Menu Di Wan Li Chinese Restaurant
Dried Scallop & Seafood Soup

Amacam? Ada terliur tak? Yaaa menu-menu di atas antara menu utama sebagai hidangan panas yang akan di keluarkan paling awal bila korang sampai duduk di meja. Kira pembuka selera berbuka puasa laa. Kemudian nanti akan menyusul pulak menu-menu lain lagi.. kasi kenyang dulu makan menu yang 'berat' dulu.. tapi tak lupa, mereka juga ada menyediakan 4 jenis Kurma sebagai membatal puasa. 

Dalam set (ikut pilihan) ada Steamed Sea Grouper with Portuguese Style, Mala De-Shelled Prawn, Signature Roasted Free Range Chicken, Chilled Japanese Baby Squid with Plum, Chili Pepper Fish Skin, Boiled Fish Maw, Dried Scallop & Seafood Soup, Braised Broccoli with US Scallop juga Fragrant Seafood Fried Rice with Dried Shrimp Sauce. 

Sis paling suka masakan ikan tu haa, dia punya sos portugese dia memang membuatkan Sis makan sampai ke GiGi ikan Sis korek hahahaha.. cuma agak segan juga nak ratah kasi habis, sebab makan dengan GM Renaissance hahahaha.. Cuba kalau makan time berbuka puasa, mau hilang tulang ikan tu aku kejekan huahuahua.. 

Jom Berbuka Puasa Dengan Set Hidang Blessed & Prosperity Menu Di Wan Li Chinese Restaurant
 4 Jenis Kurma Premiun

Jom Berbuka Puasa Dengan Set Hidang Blessed & Prosperity Menu Di Wan Li Chinese Restaurant
Indonesian Gado-Gado

Jom Berbuka Puasa Dengan Set Hidang Blessed & Prosperity Menu Di Wan Li Chinese Restaurant
Crispy Durian Tempura

Jom Berbuka Puasa Dengan Set Hidang Blessed & Prosperity Menu Di Wan Li Chinese Restaurant
Assorted Malay Kuih


Menu-menu tu jerr, tengok pun dah cukup megenyangkan kannn.. tapi masih ada lagi menu lain yang turut sama dalam set tu. Selain 4 Jenis Kurma Premiun, ada juga Indonesian Gado-Gado, Crispy Durian Tempura, Seasonal Fruits Platter, Assorted Malay Kuih, Fish Crackers, dan FREE flow Orange Cordial (macam air majlis orang kawin). 

Indonesian Gado-Gado tu boleh tahan sedap, cuma tekak Sis ni rasa agak kurang rasa 'cekur' sikit, biasa kalau menu Indonesian ni lebih rasa cekur, lagi sedap, tapi okaylah, kuahnya pun pedas-pedas manjah, Sis suka laa.. Boleh di katakan semua Sis rasa dan mencuba, termasuk semua jenis Kuih-Muih tu haa, semua sedap, tak sangka Renaissance Johor Bahru ni ada Chef perempuan yang pandai membuat kuih-muih, yaaa mereka buat sendiri dari dapur mereka yaa, bukan order luar.. 

Jom Berbuka Puasa Dengan Set Hidang Blessed & Prosperity Menu Di Wan Li Chinese Restaurant

Jom Berbuka Puasa Dengan Set Hidang Blessed & Prosperity Menu Di Wan Li Chinese Restaurant

Bagi korang yang rasa boleh pergi makan di sini dan nak makan secara privacy dan tidak dalam keadaan sesak dan berebut, bolehlah datang ke sini yaa..  Better sebelum datang, korang booking dulu sehari sebelum atau pagi pada hari kejadian. Sebab menurut kata Chefnya, mereka kena prepare ikan-ikan dan semua bahan mentah secara fresh bagi menjaga kualiti masakan. Taknak last minit booking, nanti masak pun kelam kabut, harap korang faham. 

Korang pernah makan ayam goreng dengan cecah asam? Haa nak cuba, sila datang sini hehehe ..

Wan Li Chinese Restaurant
at Renaissance Johor Bahru Hotel (level Lobby)

Harga set Wan Li Blessed menu; 
RM1188 untuk 6 orang 
RM1888 untuk 10 orang

Harga set Wan Li Prosperity menu: 
RM1388 untuk 6 orang
RM2188 untuk 10 orang

Bermula dari ;
23 Mac - 21 April 2023
Dari jam 7pm - 10pm 

Untuk tempahan meja ;
(Di galakkan tempah awal sehari)

📧 henry.lee@renaissancehotels.com
📱 wa.me/60127719056

LEBIH banyak gambar ; facebook page akusislin
Video REEL ; IG akusislin 


P/S : Sepanjang jadi blogger, inilah food review harga TERmahal aku makan yaa.. bersyukur atas nikmat Allah, alhamdulilah .. 

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Terliuuur langsung kak 😄😄🤤. Semua kliatan sedaap👍. kalo dihitung2 memang terlihat mahal, tapi itu cukup utk 10 orang. Jadi kalo sharing cost pun masing2 hanya 218. Masih oke lah yaaa... Harga menu set buka puasa di hotel Indonesia pun rata2 segitu juga.

    Menu ikan nya saya teringin sangat nak coba 😄

    ردحذف
    الردود
    1. Iyaaa semua sedap-sedap Fanny, berbaloi dengan harganya tuh..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!