KACAK BERGAYA DI PAGI RAYA BERSAMA KURTA KACAX | KORANG dah sesiap ke membeli-belah baju raya? Atau masih lagi survey nak tunggu harga jatuh di penghujung ramadan nanti? Jujurnya kalau Sis memang tak dan laa nak tunggu hujung-hujung ramadan tu. Satu sebab memang akan sesak, dan satu lagi mestilah size dan design banyak dah habis dan stok baju dah susut. Dah berapa kali kena dah bila beli last minit tu.
Kalau baju perempuan okay lagi, sana sini banyak aja masih jual dan size pun kira okay lagi kalau mencari, tapi kalau baju lelaki, memang kena awal. Kebanyakkannya size laa yang jadi masaalah nanti. Kadang tinggal size besar aja dan size M/L selalunya habis cepat. Tahun lepas dah kena juga, masa nak beli baju anak bujang tu, size M warna yang kita nak tu, dah habis stok, so nak taknak, bertukarlah ke warna lain yang ada size hahaha..
Untuk tahun ni, Sis prepare sesiap belikan untuk Suami, anak bujang juga menantu awal-awal supaya size ada. Tapi kali ni beli yang sama juga, mana lagi kalau tak ke Butik KACAX di Plaza Angsana Mall sana. Memang tiap tahun Sis sekeluarga untuk baju kurta lelaki akan beli situ jer. Tahun ni belikan sekali untuk menantu juga. Beli awal, so size pun masih banyak.
Semalam tengahari kebetulan Yana dan menantu dah habis kerja, Sis ajak mereka ke Plaza Angsana sebab terbaca di facebook page KACAX, mereka dah masuk stok design baru. Cantik-cantik pulak Sis nengok, so bagitau Yana ajak dia ke sana survey-survey, tapi tak sangka dalam nak survey, terus je beli, kebetulan warna dan size ada.
Sis suka beli kurta Kacax ni sebab kualiti kain dia. Kainnya tidak panas, tak terlalu tebal, ironless dan satu lagi pada jahitan dia, sangat kemas dan design size dia tu memang cantik orang lelaki pakai, fit size dan kalau pakai tu takde laa nampak gedoboh bajunya. Pilihan design kali ni memang cantik, warna pun buat masa ini banyak pilihan lagi tu.
Sebut lerr nak warna apa, size apa semua masih ada. Bukan kurta aja ada, tapi Baju Melayu beserta Sampin juga ada di jual di Butik Kacax ni. Butang baju juga ada, so tak payah korang nak ke sana sini dah, tu sebab Sis suka membeli di sini. Staff pun ramah melayan karenah kami yang datang semalam, maklumlah kan, nak test size satu persatu hihihi..
Menantu sis pertama kali dia nak pakai kurta Kacax ni, yang gelihatinya dia amik design Kurta HUGO sebab berkenan dengan butang bajunya. Sebab memula dia nak amik Kurta ANDRO, tapi berkenan dengan HUGO. Yaa memang butang baju kurta Kacax ni special sikit, sebab butangnya yang unik di perbuat dari tempurung kelapa, so kalau tengok memang nampak ala-ala kayu gitu, nice kan..
Untuk tahun ni Butik Kacax memang banyak design baru, baik kurta mahupun baju melayu. Warna dia semua cantik-cantik. Baju Melayu Mantera dia sangat eksklusif okay, premium style design, dan material dia sangat sejuk. Warna semua cantik, Sis berkenan betul warna merah dia. Nanti nak beli juga baju melayu di sini aja untuk majlis resepsi anak Sis nanti, inshaallah.
Bagi korang yang tak suka pakai plain, korang boleh juga sesekali bergaya lain dari yang lain dengan design Kurta LUTHERN, Kurta LEONEL, Kurta LEVIN atau Kurta ARDEN, Kurta LINEA, tu semua kurta TERBARU TERKINI dan design dia bercorak. Memang nampak elegant sangat kalau jejaka yang memakainya. Ikutlah kann taste memasing, ada yang suka, ada yang suka plain, so terpulang, di Kacax semuanya ada.
Dan lagi satu, setiap kurta atau baju melayu yang terjual, semuanya ada sekali bersama dengan baju anak-anak, so senanglah kalau korang nak membeli dalam satu kedai aja. Baju Emaknya takde ke? Ada, korang boleh singgah ke selang satu kedai Kacax, ada Butik Jamilah hahahaha.. situ semua baju perempuan. Kacax dan Jamilah adalah di bawah satu owner (founder dia Suami Isteri).
Harga pun mampu beli dan miliki. Harga ikut design dan baju apa yang korang pilih. Tidak terlalu murah (menjaga kualiti) dan tidak terlalu mahal (bukan harga kayangan), so jangan risau, melangkah masuk ke Butik Kacax, automatik si 'jantan' akan jadi kacak hahahaha..
Sepanjang ramadan ni, kalau korang ke Plaza Angsana, Butik Kacax dan juga Butik Jamilah ada buka booth ramadan di Level 2 (level pentas), dan korang boleh membeli di situ, kalau malas ke tingkat 3 laa kan. Baik bawah atau atas, sama jerr, korang boleh pilih warna, design dan size, staff mereka akan bantu pembelian korang. Jangan malu bertanya, nanti melopong tak dapat baju raya.
Akan datang, baju cucu pun beli di Kacax juga .. |
So jangan tunggu lagi, stok tengah banyak, pilihan warna, design dan size pun ada, korang pergilah ke Plaza Angsana Johor sana dan cari Butik Kacax yaa.. semestinya KACAX "Ultimate difference", Lambang jejaka unik, kemuncak perbezaan, kepuasan jadi nyata!.. tak cuba mana tau kacak ke tak kacak kannnn..
Lokasi Butik & Booth Kacax
Butik KACAX , Level 3
Booth KACAX Level 2
Lokasi Butik & Booth Jamilah
Butik JAMILAH Level 3 (sederet Butik Kacax)
Booth JAMILAH Level 2
Buka dari jam : 10.00am - 10.00pm
No untuk di hubungi : 019-7341 037 / 019-7351 037
Untuk membeli secara online : wasap.my/60197341037/kurtaKACAX
Segala info dan pertanyaan, korang boleh ke FB, IG dan juga Tiktok KACAX .
LEBIH banyak gambar : facebook pages akusislin
Video REEL : IG akusislin
P/S : Tahun ni baju raya perempuan banyak design sulam-sulam ekk.. cantikk pulak, macam retro.
cantik kaler pink salmon tu!
ReplyDeleteHehehe baju raya Laki aku hahahaha
Delete