KHASIAT MAKAN PERIA BAGUS UNTUK MENURUNKAN TAHAP GULA DALAM DARAH

Sis Lin
2
KHASIAT MAKAN PERIA BAGUS UNTUK MENURUNKAN TAHAP GULA DALAM DARAH | SIS orangnya memang suka makan peria ni, dari zaman sekolah, kalau arwah Emak masak, memang Emak tau sangat kena masak lebih, kalau tak memang berebut laa.. Peria memang pahit, tapi yang pahit tu laa ubat. Sis pun tak tau macam mana Sis boleh suka dan boleh makan peria ni. 

Dalam family Sis, cuma Sis, arwah Emak dan arwah Abah juga arwah Atuk jer laa yang pandai makan. Adik-adik lain semua memang menolak kalau ada masakan peria ni. Yang menurun Sis, anak Sis,Yana, dia suka makan. Suami pun tak berapa gemar tapi kalau peria dah di goreng macam kerepek ni dia makan pulak, tu yang Sis beli sampai dua botol dengan kawan Sis. 

Korang ingat kan, Sis pernah share dengan korang mengenai Snek Berpantang dari Suraya Mothercare tu, dan anak Sis juga masa bersalin baru ni, pun amik juga pakej berpantang dengannya. Now mereka keluarkan snek berpantang edisi botol macam ni yang sesuai untuk makan sebagai kudap-kudap sambil tengok tv atau pun time moreh ni.. Alhamdulilah peria goreng mereka tak begitu pahit dan rasanya crispy dan sedap. 

Korang boleh cuba, sebotol RM28 sebesar tu, COD seleuruh Johor. Kalau pos Sis tak tau.. korang boleh ke facebook page surayamothercare untuk bertanya okay.. Sebelum tu, meh kita baca khasiat makan peria ni okay.. 

Khasiat Makan Peria Bagus Untuk Menurunkan Tahap Gula Dalam Darah
Sedap dan tidak pahit

Khasiat Makan Peria Bagus Untuk Menurunkan Tahap Gula Dalam Darah

Peria digunakan terutamanya sebagai terapi alternatif untuk menurunkan tahap gula dalam darah pada pesakit dengan diabetes. Ia adalah sayur yang hebat dan popular untuk mengatasi masalah kencing manis melalui ubat alternatif. Peria juga digunakan secara meluas untuk membantu menurunkan tahap kolesterol yang tinggi.

Jika dilihat, sebenarnya peria ada dua jenis. Satu jenis bentuknya panjang dengan warna hijau muda dan satu jenis lagi juga dikenali dengan  nama ‘peria katak’  iaitu yang lebih kecil saiznya dan berwarna hijau tua.

Antara dua jenis ini, peria katak lebih pahit rasanya berbanding peria panjang. Pun begitu, jika kena dengan cara masakannya, pahit peria ini boleh dikurangkan dan bertukar menjadi menu yang boleh membangkitkan selera. Cukup Istimewa!

1.    Baik Untuk Pesakit Kencing Manis
Jus buah peria sesuai dijadikan sebagai menu harian bagi pesakit diabetes. Memandangkan buah peria mengandungi insulin yang mampu mengawal gula di dalam darah.

2.    Sejukkan Badan
Air rebusan peria boleh digunakan untuk menyejukkan bahagian dalaman tubuh. Sesuai juga diambil ketika musim panas.

3.    Atasi Masalah Pernafasan
Campurkan jus peria katak dengan madu untuk tujuan menjaga kesihatan paru-paru. Ia juga boleh diamalkan dengan minum setiap hari untuk merawat masalah lelah. Mengikut Pakar perubatan Cina, dengan menggunakan air rebusan peria dapat  merawat penyakit lelah dan haid yang terlewat.

4.    Menggalakkan Penghasilan Susu
Jika ingin banyakkan lagi penghasilan susu badan, anda hanya perlu rebus peria dan jadikan sebagai ulaman bersama dengan nasi.

5.   Atasi Masalah Haid
Bagi wanita yang mengalami masalah haid yang lama akibat darah yang keluar sedikit-sedikit, bolehlah mengambil peria sepanjang tempoh haid. Walau bagaimanapun, buah peria tidak digalakkan diambil oleh golongan ibu mengandung kerana boleh mengecutkan uterus dan menggalakkan kelahiran bayi pra-matang.

6.   Cantikkan kulit
Peria juga dikatakan berkesan dalam penjagaan kecantikan kulit. Peria dapat membantu menghalang jerawat tumbuh pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah.

Khasiat Makan Peria Bagus Untuk Menurunkan Tahap Gula Dalam Darah
Sebotol besar tu hanya sebotol RM28 sahaja..

7.   Tambah Tenaga Untuk Wanita Berpantang
Begitu juga bagi wanita yang baru bersalin, disyorkan mengamalkan makan peria sepanjang waktu berpantang. Lebih-lebih lagi apabila sudah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan anak. Peria akan dapat mengembalikan tenaga untuk ibu kembali aktif dan sihat.

8.   Merawat Buasir
Daun peria cukup berkesan untuk merawat penyakit buasir. Caranya mudah, ambil rebusan daun peria dan campurkan dalam segelas susu. Amalkan minum air ini setiap pagi. Manakala akarnya pula jika dihancurkan boleh digunakan untuk disapukan di tempat buasir.

9.   Mengurangkan Masalah Mata
Jika anda perhatikan, antara isi peria dan biji peria terdapat satu bahagian yang berwarna kuning oren. Di situlah terdapatnya beta-karotena yang baik untuk mata.

10.   Neutralkan Darah
Jika menghadapi masalah darah kotor seperti bisul, kudis buta, rasa gatal dan lain-lain masalah kulit.  Amalkan mengambil segelas jus peria yang dicampurkan bersama dengan satu sudu kecil jus limau.

11.   Baik Untuk Perut
Peria sememangnya agen pencernaan yang bagus dan membantu menghalang daripada terjadinya sembelit kerana peria mengandungi selulosa yang merupakan sumber serat terbaik.

12.   Bantu Turunkan Berat Badan
Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk tingkatkan metabolisme badan. Oleh itu turut berfungsi dalam membantu menurunkan berat badan jika diamalkan.

Sebenarnya ada banyak lagi snek berpantang lain dari Suraya Mothercare ni. Dan ada juga jual siap pakej sekotak satu set untuk ibu bersalin. Yang tak berpantang pun boleh makan, banyak khasiatnya.. kita amalkan laa, mudah-mudahan dengan izin dariNya, kesihatan kita pun okay.. kita usaha kann.. 


P/S : Harini nak buat Cekodok Udang.. teringin beno tekak ni...

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!