LEPAK MAKAN SENGSORANG DI CAFE NENEK. | IKUTKAN bukanlah nak sangat lepak sengsorang, ishh Sis orangnya suka berteman, tak kiralah Suami, anak ataupun kawan kalau nak pergi makan atau lepak, yang kenal Sis mesti tau Sis orangnya macam mana. Tapi sebab pada hari kejadian tu kebetulan Sis ada urusan yang nak di settlekan, so malas lerr nak mengajak sesiapa, takut lama pulak ikut menunggu, rupa sekejap beno mengurusnya hahahaha..
Then settle aja urusan Sis, blurr kejap, 'Nak pergi mana ek?', tengok jam awal lagi, dan kebetulan juga pada haritu Yana tak hantar Khalish, so Sis apalagi, pepagi lerr nak keluar urus semua hal, then dapatlah singgah sana sini 'Me Time' sengsorang.
Mulanya settlekan dulu urusan penting Sis, kemudian Sis terus ke Holiday Plaza buat manicure dan pedicure. Ye laa pada haritu adalah Hari Wanita Sedunia, memang herlok sangatlah kan Sis luangkan masa dengan diri sendiri dan melayan diri. Bahagia tu kan pada kita, so apa yang kira rasa happy, kita buat.
Lama juga seisi menicure dan pedicure tu, sampai perut dah lapar. Sambil tu fikir nak makan kat mana nanti. Tapi Sis memang teringin sangat nak pergi Cafe Nenek tu dan kebetulan pun dekat dengan Holiday Plaza, so tanpa fikir lagi, lepas siap meni dan pedi, Sis terus waze ke Cafe Nenek.
Cafe Nenek Fusion ni terletak di Taman Kebun Teh, ikut waze aja pasti sampai tapi... satu masaalah besar bila ke sini adalah mencari parking. Memang dua kali juga Sis pusing-pusing situ sampailah jumpa parking kosong tepi jalan. Tak kisahlah, janji dapat juga pergi.
Dari pintu masuk Cafe Nenek ni, woww sangat mata memandang, dekorasi dia simple jer gaya ala-ala Baba Nyonya Melaka, tapi konsep klasik moden. Sis suka sangat. Kebetulan tidaklah ramai sangat orang, jadi dapatlah Sis duduk di tepi penjuru menhadap keluasan Cafe Nenek ni, tenang jerr ko duduk berdepan dengan pokok entah apa namanya hahahaha..
Kelakarnya kan, niat tujuan Sis ke sini hanya berkenan sangat tengok Kopi Ais dia tu tau. Nampak ada kengkawan Sis dah sampai sini dan rata-rata semua order air signature dri Cafe Nenek ni. Sis pun cubalah, sekali uishhhh sedapnyaaa, betul-betul kawww kopi ais dia weyyyyyy.. Sis peminat kopi memang teruja betul menikmatinya, rasa nak sedut senafas, tapi kang Uncle sebelah tu terjegil biji mata pulak nengok.. hahahaha..
Tapi bila air kopi sampai, Sis ternampak staff dia bawa sepinggan Nasi Lemak dengan kemain cantikk lagi deko atas pinggan siap ada bunga orkid. Di sebabkan memang lapar, so Sis minta budak tu menunya. Boleh tahan sedap pulak menu-menu yang ada. Tekak baca kalau boleh semua nak cuba. Mee Kari pun nampak sedap,
Terus Sis minta staff dia menu.
Tak banyak sangat pilihan tapi pilihan yang ada ni sangat menjadi pilihan pengunjung di sini. Salah satunya yang Sis makan tu haa, 1991 Nasi Lemak Rendang Mutton, haa gituuu.. portion pun besar dan banyak, rasa pun sedap. Sis suka sambalnya, sedap.. Rendang dagingnya juga, semua sedaplah sepinggan tu, sampai licin Sis makan hehehe..
Sis ada juga order Petal Bun tu, satu hidangan ada dua ketul. dia ala-ala macan pau jer, tapi kemain lawa deko atas pinggan yaaa, siap ada gold.. (malas nak up gambonya) hahahahaha.. Tengah layan mata melilar sana sini, tiba-tiba lintas staff ni dia bawa pulak Cendul.. fulamakkkk cantikk dan nampak sedap. Cantik sebab hidangan Cendol tu dalam tempurung dan di hias juga atasnya dengan bunga orkid. Menarik sungguh laa..
Harga pun tak berapa mahal, tapi mahal dia pun, Sis puashati makan dan lepak makan sengsorang di Cafe Nenek ni.. korang bila lagi? Mai lerrr..
Nenek.Fusion
82, Jalan Kemunting,
Taman Kebun Teh,
80250 Johor Bahru, Johor
[Dine-in · Kerbside pickup · Delivery]
Buka dari jam 9.30am - 6pm
Isnin TUTUP .
P/S : Sesekali lepak sorang-sorang best juga yaa.. healing gituuu hahahaha..
tau ikut hari tu ek...Boleh makan kat kafe nenek hahahha
ردحذفJom petang ni jommmm hahahaha
حذف