MALAM NISFU SYAABAN TERMASUK DALAM MALAM MUSTAJAB DOA

Sis Lin
8
MALAM NISFU SYAABAN TERMASUK DALAM MALAM MUSTAJAB DOA | NISFU  Syaa’ban bererti setengah bulan Syaa’ban. Malam Nisfu Syaa’ban adalah malam 15 Syaa’ban, sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib 1444 Hijrah 1444 (Hijrah) / 2023 (Masihi) : 

1 Syaaban = 22 Februari
15 Syaaban = 8 Mac 

Malam Nisfu Sya’ban 2023M/ 1444H 7 Mac 2023, Hari Selasa Malam Rabu (sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib). Bulan Syaaban merupakan salah satu bulan yang mempunyai banyak kebaikannya. Oleh itu, diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w banyak melakukan puasa sunat dalam bulan Sya'ban berbanding dengan bulan-bulan lain. Ini sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a:

“Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa pada bulan tertentu selain Ramadan sepanjang tahun lebih banyak daripada puasanya dalam bulan Syaaban dan baginda bersabda: Lakukanlah amalan-amalan sunat yang kamu mampu kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak akan jemu sehingga kamu merasa jemu.

Baginda juga bersabda: “Amalan yang paling disukai di sisi Allah adalah dilakukan secara berterusan walaupun sedikit”. (H.R Muslim) (Sahih Muslim Bi Syarhi al-Nawawi: Jld 4 ms 218).


Nisfu Syaa’ban bermaksud separuh bulan Syaa’ban. Malam ini dikenali sebagai malam pengampunan dari Allah untuk seluruh makhlukNya. Kelebihan Dan Amalan Di Malam Nisfu Syaa’ban Tiada amalan khusus yang ditetapkan pada malam Nisfu Syaa’ban, namun kita boleh menghidupkan malam Nisfu Syaa’ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti solat taubat, doa, zikir, istighfar, baca Al-Quran, baca Yasin, sedekah dan berpuasa disiang hari nisfu Syaa’ban.

Ramadan semakin menghampiri dengan kehadiran Syaaban yang mulia. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah mengizinkan kita untuk berada dalam bulan ini. Syaaban  adalah bulan yang mempunyai peristiwa dan kelebihan penting tersendiri. Dalam kitab Madza fi Sya’ban karangan Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, beliau menyebutkan 3 peristiwa penting yang memberi kesan mendalam dalam kehidupan seorang Muslim.

Malam Nisfu Syaaban Termasuk Dalam Malam Mustajab Doa

1. PENURUNAN AYAT ANJURAN SELAWAT UNTUK RASULULLAH SAW 

Pada bulan Syaaban juga diturunkan ayat dianjurkan berselawat kepada Rasulullah SAW.  Firman Allah SWT: 

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: “Sungguh Allah dan para malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kalian untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”
(Surah Al-Ahzab: 56)

Ibnu Abi Shai al-Yamani mengatakan:
“Bulan Syaaban adalah bulan selawat, kerana pada bulan itulah ayat tentang anjuran selawat diturunkan. Pendapat ini dikuatkan oleh pendapat Imam Syihabuddin al-Qasthalani dalam al-Mawahib, serta Ibnu Hajar al-Asqalani yang mengatakan bahawa ayat itu diturunkan pada bulan Sya’ban tahun ke-2 Hijriyah.

Oleh itu, penurunan ayat tersebut menyebabkan sebahagian ulama menganjurkan kita semua agar memperbanyak selawat dan salam kepada Rasulullah SAW pada bulan mulia ini seumpama digalakkan untuk memperbanyak beristighfar pada bulan Rejab dan memperbanyak membaca al-Quran pada bulan Ramadan.

2. PERALIHAN KIBLAT DARI MASJIDIL AQSA KE MASJIDIL HARAM (KAABAH)

Peralihan kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram terjadi dalam bulan Syaaban. Menurut Imam al-Qurthubi sewaktu menafsirkan dalam kitab al-Jami’ li Ahkāmil Qur’an dengan mengambil pendapat Abu Hatim al-Basti, mengatakan bahawa Allah memerintahkan Nabi Muhammad SAW untuk mengalihkan kiblat pada malam Selasa bulan Syaaban yang bertepatan dengan malam nisfu Syaaban.

Peralihan kiblat ini merupakan suatu hal yang sangat ditunggu-tunggu oleh Nabi Muhammad SAW, bahkan diceritakan bahawa Rasulullah SAW berdiri menghadap ke langit setiap hari menunggu wahyu turun perihal peralihan kiblat. Firman Allah SWT:

قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةً تَرْضَاهَا فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ 
Maksudnya: “Sungguh Kami melihat wajahmu kerap menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkanmu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram.”
(Surah al-Baqarah: 144)

3. PENYERAHAN HITUNGAN KESELURUHAN AMAL KEPADA ALLAH SWT 

Salah satu sebab yang menjadikan bulan Syaaban ini menjadi utama adalah kerana semua amal kita diserahkan kepada Allah SWT.

Usamah Ibnu Zaid r.a. bertanya kepada Rasulullah SAW: 

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَمْ أَرَكَ تَصُومُ شَهْرًا مِنْ الشُّهُورِ مَا تَصُومُ مِنْ شَعْبَانَ قَالَ ذَلِكَ شَهْرٌ يَغْفُلُ النَّاسُ عَنْهُ بَيْنَ رَجَبٍ وَرَمَضَانَ وَهُوَ شَهْرٌ تُرْفَعُ فِيهِ الْأَعْمَالُ إِلَى رَبِّ الْعَالَمِينَ فَأُحِبُّ أَنْ يُرْفَعَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ

Maksudnya: “Wahai Rasulullah, mengapa saya melihat engkau tidak berpuasa pada mana-mana bulan seperti engkau berpuasa dalam bulan Syaaban. Baginda menjawab: Di antara Rejab dengan Ramadan, bulan Syaaban merupakan bulan yang kebanyakan manusia lalai. Ia juga merupakan bulan yang mana amalan diangkat kepada Tuhan pentadir alam dan saya suka amalan diangkat dalam keadaan saya berpuasa. (HR al-Nasa’i, hadis hasan)

Penyerahan amal yang dimaksudkan dalam hal ini adalah penyerahan seluruh ringkasan amal kita secara penuh, walaupun menurut Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki, ada beberapa waktu tertentu yang menjadi waktu penyerahan amal kepada Allah selain bulan Sya’ban, iaitu setiap siang, malam, setiap minggu.

Malam Nisfu Syaaban Termasuk Dalam Malam Mustajab Doa

Ada juga beberapa amal yang diserahkan langsung kepada Allah tanpa menunggu waktu-waktu tersebut, iaitu catatan amal solat 5 waktu. Bulan Syaaban juga terdapat kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri antaranya:

1. MALAM NISFU SYAABAN TERMASUK DALAM MALAM MUSTAJAB DOA  

Antara kelebihan Syaaban, Allah SWT telah mengkhususkan satu malam yang ditawarkan pengampunan daripada-Nya dan dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Hal ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Tabarani: 

Daripada Mu’az Jabal r.a. daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: 

يطَّلِعُ اللهُ إلى خلقِه في ليلةِ النِّصفِ مِن شعبانَ فيغفرُ لجميعِ خلقِه إلَّا لمشركٍ أو مشاحنٍ
Maksudnya: “Allah SWT menjenguk hambanya pada malam Nisfu Syaaban dan mengampuni semua makhluknya kecuali orang yang mensyirikkan Allah dan orang yang masih bersengketa dan bertelagah.” (HR Ibnu Hibban, hadis sahih)

Imam al Syafi'i berkata:

بَلَغَنَا أَنَّهُ كَانَ يُقَالُ: إِنَّ ٱلدُّعَآءَ يُسْتَجَابُ فِي خَمْسِ لَيَالٍ، فِي لَيْلَةِ ٱلْجُمُعَةِ، وَلَيْلَةِ ٱلْأَضْحَىٰ، وَلَيْلَةِ ٱلْفِطْرِ، وَأَوَّلِ لَيْلَةٍ مِنْ رَجَبٍ، وَلَيْلَةِ ٱلنِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ
Maksudnya: “Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada 5 malam;  malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.”

2. KELEBIHAN BERPUASA SUNAT DALAM BULAN SYAABAN 

Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan bahawa Rasulullah SAW melengkapkan puasa penuh sebulan di dalam Ramadan dan sangat banyak sekali berpuasa dalam Syaaban, iaitu:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ فَمَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَكْمَلَ صِيَامَ شَهْرٍ إِلَّا رَمَضَانَ وَمَا رَأَيْتُهُ أَكْثَرَ صِيَامًا مِنْهُ فِي شَعْبَانَ

Maksudnya: “Rasulullah SAW ada masa berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak mahu berbuka. Ada masa Rasulullah SAW tidak berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak mahu berpuasa. Saya tidak pernah melihat Rasulullah SAW berpuasa lebih banyak daripada Ramadan melainkan pada bulan Syaaban.” (HR al-Bukhari, hadis sahih)

Malam Nisfu Syaaban Termasuk Dalam Malam Mustajab Doa

Kita disunnahkan supaya memperbayakkan puasa sunnah di dalam bulan Syaaban berbanding bulan-bulan selainnya. Walaupun dibenarkan untuk berpuasa penuh sebagai persediaan menghadapi Ramadan yang bakal tiba, akan tetapi berdasarkan pendapat yang lebih tepat, kita tidak dianjurkan untuk melakukan sedemikian.

Semoga dengan persediaan ilmu yang kita lakukan ini, ia sebagai bentuk persediaan Allah SWT memberikan kesempatan dan rezeki kepada kita untuk menikmati keistimewaan Ramadan serta memperoleh kebaikan daripadanya. Allahumma aamiin. 

Justeru, wajarlah kita sebagai umat Islam merebut peluang yang Allah SWT kurniakan kepada kita dengan memperbanyakkan amalan bermanfaat seperti:

1. Melakukan puasa sunat, solat sunat dan qiyamullail
2. Memohon keampunan daripada Allah SWT dengan cara beristighfar, berselawat dan berzikir
3. Saling maaf memaafkan antara satu sama lain
4. Membaca al-Quran dan bersedekah
5. Mengukuhkan hubungan silaturahim sesama umat Islam
6. Mengusahakan perdamaian dan penyatuan antara kita
7. Menjalinkan hubungan silaturahim dengan orang bukan Islam
8. Beristiqamah dalam melaksanakan amal ibadah dan kebajikan

Daripada Anas bin Malik, sabda Nabi Muhammad SAW:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبٌ، قَالَ: اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ
Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW apabila memasuki bulan Rejab, beliau berdoa ‘Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban, dan berkatilah kami di bulan Ramadan.” (HR Ahmad)

Semoga dengan persediaan ilmu yang kita lakukan ini, Allah SWT memberikan kesempatan dan rezeki kepada kita untuk menikmati keistimewaan Ramadan serta memperoleh kebaikan daripadanya. Allahumma aamiin ..


P/S : Korang dah habis ke ganti puasa tu? 
Tags

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Terima kasih share tentang amalan bulan Syaaban ni :)

    ReplyDelete
  2. Selamat tahun baru sis..semoga segala amalan kita diterima & mendapat rahmat Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah moga segala amalam kita di terima olehNya...

      Delete
  3. Semoga amalan kita semua diterima Allah...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!