MENU MAKAN TENGAHARI DI HARI JUMAAT | IKUTKAN malas juga nak masak harini, siapa jerr nak makan, tapi tiba-tiba Yana call katanya dia balik awal dan nak singgah kedai Acheh nak beli ayam. Sis tanya nak buat apa beli ayam, dia kata nak suruh masakkan Ayam Lemak Cili Api. Tu mesti dah rindu masakan Emaknya tu kan hehehehe..
Tapi sebab harini pun Sis ada rajin sikit, so okaylah kita masakkan dia harini. Yana siap beli sayur Kangkung juga, tu mesti nak minta masak Kangkung Belacan juga tu hehehe.. dah faham sangat menu-menunya tu. Yana dah dua hari bermalam di rumah Sis dan akan bermalam sampai hari Isnin. Menantu Sis ada company trip ke Krabi hingga Ahad, so Yana dan Cucu Sis stay sini.
Semalam cucu Sis genap dua bulan dan semalam teman Yana bawa ke klinik check-up dan injek anaknya. Bagus Khalish tak nangis kena injek, tapi harini badan ada dedor sikit, but still okay. Good boy Khalish.
Siap dah masak untuk menu makan tengahari di hari Jumaat hari ini. Alhamdulilah... rasa satu kepuasan pulak dapat memasak harini setelah agak lama juga Sis memasak. Takde siapa nak makan, so malas nak masak weii. Takat kalau Sis seorang, baik beli ajerr lerr.. kan ada menu Rahmah hehehehe..
Harini sikit rajin, so Sis gorengkan setengah masak ayamnya dulu kemudian tumis bahan-bahan, renehkan kentang sampai empuk, barulah masukkan santan dan juga ayam. Last sekali bila dah mendidih baru Sis masukkan nanas dalam tin kecil sebagai perasa tambahan. Kebetulan adik haritu bagi nanas dalam tin banyak, kita guna je laa kan..
Nampak sedap pulak yaaa.. Sis belum makan lagi. Ingat malas pulak nak makan nasi sebab malam kang entah camne, TERpergi pulak event malam ni, ishhh ni geng #buffetramadan punya pasal lerr ni meracun kita adoiii... tak memasal pulak stress fikir nak pakai baju apa hahahahaha..
Tapi takpe laaa, harini pun free and easy jerr, Yana dah balik awal, so dapatlah Sis kemas-kemas rumah dulu dan settlekan cuci dapur, so kalau keluar kang, lega sikit mata memandang balik rumah. Kejap lagi lepas Zuhur baru nak makan jamah sikit laa.. Yana memang dia nak makan, siap jerit dah lapar bila terbau masakan tengah tumis hahahaha tak menyabauuu..
Apa-apa pun, korang jaga diri dan selamat berhujung minggu yaa..
P/S : Malam tadi boleh pulak mimpi rumah banjir, Sis sampai mendayung sampan mencari makanan aduiiii..
Good boy Khalish tak nangis masa injek ye. Mungkin byk lemak kat peha tu yg tak rasa apa hehe.
ReplyDeleteTu laaa, alhamdulilah Khalish so far baik-baik aja Karni..
Delete