MENU SAHUR MAKAN ASAM PEDAS IKAN DAN TELUR MATA KICAP | BUKAN main lagi ekk, pepagi masak Asam Pedas Ikan Kembong hahaha... tidakkk, asam pedas tu adalah lauk menu semalam Sis masak. Sis masak 4 ekor ikan kembong besar makan tengahari semalam dan bakinya tu laa buat mkakan Sahur. Tu pun kalau korang perasan, dua ekor tu dah tanggal ekornya gara-gara anak bujang cedok makan. Tang ekor dia amik, tang sebelah kepalanya dia tinggalkannya, ermm..
So korang macam mana puasa Sahur pertama ni? Okay tak bangun paginya? Sis macam biasa, jam 4am dah kunci jam bangun Sahur. Sebab memang bangun awal gitu nak masak nasi pepanas. Jarang sekali Sis masak nasi malamnya, kalau ada pun jika menu Sahur tu nak buat nasi goreng, haa so malam tu Sis masak nasi sesiap, tapi kalau makan nasi berlauk untuk Sahur, Sis masak nasi time bangun pagi tu.
Pagi tadi pun nak masak sayur tak jadi, sebab ada ulam raja tu. Bila tanya, memasing semua taknak, so Sis gorengkan telur mata dan tumiskan bawang dan lada, letak kicap terus curah atas telur mata, pun sodap.. nanti nak try pulak telur mata kicap versi Khairul Aming tu, pun nampak sedap, pedas-pedas manjahhh katanya..
Awal-awal gini rajin laa kan nak masak itu ini, nanti lelama sejenis ajerr lauk atas meja kan.. silap-silap, secawan air panas jer, memasing dah tak larat nak mengunyah pepagi hahahaha.. tapi, macam mana sekalipun Sis tetap masak uii, anak bujang Sis memang orangnya nak kena makan nasi pagi-pagi time Sahur, kalau takkk di kejutkan atau masak bersahur, boleh jadi masam muka huhuhu..
Tak kisahlah lauk apa, janji kena bangun Sahur dan makan nasi. Biasanya dan banyaknya, di hujung-hujung tu memang Sis buat nasi goreng aja. Asal nampak nasi semalam tu tak habis, dari sayang dan kejung dalam peti ais, Sis akan buat nasi goreng. Pelbagaikan laa, kejap versi kampung, versi cina, dan paling anak bujang suka, nasi goreng versi seafood, perghh bertambah-tambah dia makan..
Then lepas Sahur, membelek bekas kotak Tupperware yang Sis beli baru ni, lupa aja nak membukanya. Taunya dalam tu ada kurma. Bila di buka ooo yaa laa ada kurma sebungkus. Sis buka dan masukkan jerr dalam tupperware tu supaya senang nak menyimpan dan tak bersemut.
Tapi nice sangat sebab kurmanya di bungkus sebiji-biji begitu.. Di tulis kurma premium, kemain besar kurmanya. Habit Sis selepas dah terkena makan kurma ada anak lipas dan ulat, so apa-apa kurma sekalipun, sebelum makan Sis akan pastikan Sis basuh dan kopek dulu kurmanya, uishh ingat-ingat serammm oii kurma ada ulat dan lipas erkkkk..
So petang ni nak makan berbuka puasa apa ya? Korang dah ada idea memasak ke atau berbuka di luar bersama family? Yang masih mencari tempat nak berbuka puasa, bolehlah belek posting #buffetramadan ni haa.. situ banyak Sis kongsikan.
P/S : Harini hari cuti umum negeri Johor, Sis takut nak berbuka di luar sesak dan penuh sana sini, so ingat nak masak dan berbuka di rumah aja.. ermmm ..
salam ramadhan sis..selamat berpuasa, menarik idea telur kicap tu..leh tiru...
ردحذفsama la..MA pun jenis kena bgn sahur..makan sikit pun x pe, janji kena makan
Salam ramadan Mummy..
حذفYaa awal-awal dah telur kicap, lelama nanti, telur tanpa kicap hahahaha
sedap dan lengkap menu sahur akak tu
ردحذفItu laa Dana, sayur jer tak masak sebab dah ada ulam raja..
حذفsahur ada lauk telur mata kicap tu pun dh cukup
ردحذفKannn memang lauk paling lalu keras walau mata kuyu...
حذفPtg ni hujan sejuk2 je cuaca kat sini rasa nak makan yg pedas2 manjahh. End up masak asam pedas tak cukup sifat hahaha! Tgh tunggu Jun balik sbb pesan bunga kantan. Nasib baik ada daun kesum dalam peti sejuk.
ردحذفSini panas gilerr Karni, sampai bukak ekon dekat hall ni manjang .. sedap tuu lauk asam pedas untuk berbuka..
حذف