OLE-OLE DARI KELANTAN, KUIH GELEMBUNG BUAYA

Sis Lin
0
OLE-OLE DARI KELANTAN, KUIH GELEMBUNG BUAYA | KORANG pernah makan Kuih Gelembung Buaya ni? Atau korang baru je tawu nama kuih ni? Untuk Sis memang agak biasa makan sebab kuih ni selalunya di beri ole-ole dari Kelantan oleh sahabat baik Suami Sis. Asal dia balik Kelantan jer, mesti dia bagi ole-ole ni. Sis suka makannya hehehe.. 

Bagi korang yang tak tau mengenai kuih Gelembung Buaya ni, kuih ini adalah kuih tradisi masyarakat Kelantan yang berwarna hijau dan jingga yang dikenali sebagai gelembung buaya kerana teksturnya yang mempunyai garisan seakan-akan kulit reptilia tersebut. Bunyinya agak menggerunkan tapi bila korang menjamah dan rasa kuih tradisi masyarakat Kelantan ini pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja.

Ole-Ole Dari Kelantan, Kuih Gelembung Buaya

Sis pernah tengok dalam Majalah 3 kot rasanya, cara membuat kuih gelembung buaya ni. Semasa proses memasak kuih tersebut, ianya akan mengeluarkan buih seakan-akan gelembung buaya yang sedang bernafas di dalam air. Dan proses penghasilan kuih gelembung buaya mengambil masa kira-kira enam jam. Setiap lapisan gelembung buaya perlu disiapkan satu per-satu mengikut warna sebelum kedua-duanya digabungkan.

Biaaanya kuih gelembung buaya ini mendapat permintaan tinggi khususnya pada bulan Ramadan dan musim perayaan. Sebab tu kalau korang pergi beraya rumah orang Pantai Timur, mesti ada kuih gelembung buaya ni. Kalau kita tak tau, kita ingat kuih lepat atau bingka hehehe.. 

Tekstur gelembung buaya ini lembut, mudah ditelan serta rasa lemak manis yang sekata menjadikan ia sesuai untuk dijadikan manisan time berbuka puasa. Bazar Ramadan area rumah Sis dulu pernah jual, Suami beli nak cuba, tapi entahlah tak kena kat tekak pulak, tak sama macam yang kawan Suami beri ni haa.. mungkin resepinya dah tak ori seperti resepi Kelantan. Ye laa kalau dah jual di Johor kan, mesti ada lari sikit rasanya. 

Ole-Ole Dari Kelantan, Kuih Gelembung Buaya

Ada sesetengah orang buat, dia balut macam mini dodol tiga segi tu, ada yang dalam bekas daun, tapi banyaknya jual macam yang Sis pegang tu laa.. Rasa sama jer, cuma cara pembungkusannya jer berbeza. Harga Sis tak tau pulak berapa, sebab orang bagi kan, takkan nak tanya harga. 

Di Bazar Ramadan jual pun lama dah dulu, tak ingat berapa ringgit jual. Tapi sekarang dah agak susah laa nak jumpa di Johor ni, kecuali kalau kedai yang menjual makanan menu orang Kelantan. Pun susah nak jumpa gakk.. hehehehe.. nak makan kena laa pi Kelantan yaa.. 

Korang cubalah laa, tapi yang tak suka manis, rasanya mesti tak berapa gemar makannya.. Yer laa orang Kelantan suka makan manis-manis kann... sebab itu laa orang Johor ada manis jugaa hahahaha (apa kaitan daaaa)... 


P/S : Hujan sepanjang hari harini... sejuk betul cuaca, kopiO dah dua cawan bancuh adoiii.. 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!