PERTAMA KALI BERSUA MUKA DENGAN KAK YATIE KITCHEN

Sis Lin
2
PERTAMA KALI BERSUA MUKA DENGAN KAK YATIE KITCHEN | COMEL orangnya, pipi gebu dan manis senyuman, ada lesung pipit, dan paling Sis suka, Kak Yatie sangat humble dan peramah orangnya. Tak sangka boleh berkawan dengannnya melalui DM di IG, masa tu ada hal yang nak Kak Yatie minta Sis bantu dan kemudian terus berchating di wahtsapp dan friend di facebook, dan akhirnya kami bersua muka face to face dan berpeluk sama, alhamdulilah. 

Dari masa arwah Emak Sis ada memang dah kenali Kak Yatie ni, Emak suka juga tengok-tengok resepi dia dan mencubanya. Masa tu tak silap, Kak Yatie belum ada koleksi buku resepinya. Sis pula memang suka mengumpul buku resepi dari Chef-Chef selebriti. Koleksi buku resepi Kak Hanieliza pun semua Sis ada. Ada sesetengah resepi tu Sis p[un dah mencuba. 

Untuk koleksi buku Kak Yatie ni, Sis ada edisi 1 sampai edisi 4 aja, buku terbarunya edisi 5 Sis belum beli. Nak jadi rezeki masa bertemu Kak Yatie di Four Point by Sheraton Desaru sempena Media Preview Buffet Ramadan kolaborasi Kak Yatie dengan Four Point tu, di sanalah Sis dapat berjumpa Kak Yatie dan Kak Yatie menghadiahkan Sis senaskah buku resepi terbarunya edisi 5, alhamdulilah rezeki. 

Pertama Kali Bersua Muka Dengan Kak Yatie Kitchen

Mulanya Sis memang tak janji nak datang review di sini, salah satu sebab kena hari Ahad. Yaa hari Ahad biasanya hari Sis 'dating' dengan Suami, memang Sis tak kan amik apa-apa event, tapi bila Sis cuba tanya Suami dan mengajak dia ikut Sis sekali, alhamdulilah Suami setuju dan kata okay hehehehe.. so jauh-jauh pergi balik pun ada Suami menemani, gituuu.. 

Lagipun Kak Yatie dah wahtsapp awal-awal bagitau dan pesan, 'Nanti datang Lin, tak datang akak merajuk' hahahahaha sabo je laaa baca ayat Kak Yatie.. 

Pertama kali bersua muka dengan Kak Yatie Kitchen ni tapi macam dah lama sangat berkawan. Kak Yatie mudah mesra dengan orang dan pemalu juga orangnya. Tapi memang cute sangat orangnya, suka betul tengok wajahnya. Rezeki kami semua dapatlah lihat LIVE in action Kak Yatie masak petang tu. Dapat merasa Cucur Durian dan Cucur Udang air tangan Yatie Kitchen. 

Pertama Kali Bersua Muka Dengan Kak Yatie Kitchen

Comel kann.. 

Pertama Kali Bersua Muka Dengan Kak Yatie Kitchen

Terima kasih Kak Yatie untuk buku resepinya.. Moga Kak Yatie terus berjaya dalam kerjaya, di murahkan rezeki dan sentiasa dalam lindungan Allah swt.. Sayang akak.. 

Korang yang nak berjumpa dan merasai menu-menu dari buku resepi Kak Yatie, bolehlah datang berbuka puasa di Foour Point by Sheraton Desaru nanti ya.. details lanjut akan Sis upload dalam posting seterusnya.. rajin-rajin laa korang scroll nanti.. maklumlah banyak turn nak kena posting heheheh


P/S: Nak try buat Dendeng Daging resepi Kak Yatie, haritu makan, sedap betul..

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. alhamdulillah...rezeki dpt cukupkan koleksi ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Mummy, buku edisi 5 ni hadiah dari Kak Yatie hehehe..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!