RESEPI APAM CHEESE YANG PALING MUDAH

Sis Lin
0
RESEPI APAM CHEESE YANG PALING MUDAH | SEMALAM ternampak resepi apam ni di facebook, nampak sedap betullah, tapi nak membuatnya, fikir dua tiga kali. Satu takut tak menjadi, satu lagi nak kena tungu timing semua anak-anak ada baru boleh buat, kalau tak, sapa aja nak makannya kalau buat.. takkan nak buat 6/7 ketul? Baik beli jerr hahahaha.. 

Sis kalau bab apam comel gini, ishhh seriau gakk, sebab pengalaman buat apam polkadot tu cukup mendewasakan menguji kesabaran Sis ui.. Sepanjang buatnya jangan siapa yang kacau di dapur, memang kena kukus dengan Sis kang hahahaha.. sebab terlalu fokus dan teliti membuatnya, kang dah bancuh, penat-penat mengukus, pastu tak jadi.. kan ke kecewaaaa.. last-last, cari jerr orang buat, kita order, tapi bila dah order seRba tak kena. Ada yang keras, inti secoet dan ada tu, tak gebu naik punn, mendatar je apamnya bila sampai hahahahaha.. 

So siapa nak mencubanya sila.. one day Sis nak cuba buat gak laa.. germm, terliur nengok..

Resepi Apam Cheese Yang Paling Mudah

Resepi Apam Cheese 

Bahan-Bahan :
  • 2 biji telur gred A atau B
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu kecil ovelete
  • 1 cawan susu cair
  • 2 keping cheddar cheese
  • 2 cawan tepung naik sendiri
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • *Masak susu cair dan cheddar cheese. Guna api sederhana hingga cheese larut. Ketepikan.

Cara Masak :
  1. Pukul gula telur ovelete dan esen vanila hingga putih gebu.
  2. Masukan susu cair yang dimasak bersama cheese tadi. Baru masukan tepung. Ayak tepung dulu yer. Gaul rata.
  3. Boleh masukkan dalam cup. Guna sudu jer. 
  4. Kukus api sederhana 8-9 minit. Pastikan air kukusan mendidih dahulu.

Selamat mencuba!
Kredit: Eiyjan Aziean


P/S : Esok kalau rajin nak buat apam tembam macam Cik Mat Gebu tu buat haa hahahaha.. 

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!