SELAMAT BERPUASA DAN SALAM RAMADAN 2023M/1444H | TINGGAL beberapa jam sahaja lagi inshaallah kita akan melangkah masuk ke bulan penuh keberkatan yaitu bulan Ramadan. Sudahkah korang bersedia zahir dan batin?. Ikutkan memang bukan bersedia lagi tapi berdebar menantikannya. Mana taknya bulan inilah segala ujian dan dugaan Allah akan beri pada setiap hambanya yang berpuasa.
Dan bulan ini jugalah bulan yang penuh keinsafan dan inilah masanya kita amik peluang sehabis baik untuk kita 'topup' dan bolot segala peluang dan masa yang ada untuk kita kaut semua amalan dan kita simpan buat bekalan di akhirat kelak. Siapa yang tak rebut peluang ini, memang satu kerugian buatnya.
Yang penting khusyuk, istiqomah dan berserah pada setiap ibadah yang kita lakukan, inshaallah dengan izinNya, peluang untuk kita ketemu Lailatul qadar memang tak mustahil. Banyakkan berdoa dan yakin pada segala doa yang kita pohon dan mohon, Allah makbulkan, mungkin bukan ramadan kali ini, tapi mana tau, panjang umur, bertemu lagi ramadan akan datang.
Tahun ini Johor cuti panjang sempena menyambut ramdan. Ini di sebabkan jika ramadan jatuh pada hari esok, bersamaan dengan cuti Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor, makanya cuti sambut ramadan akan di gantikan pada hari Ahad, so Johor cuti bermula esok (Khamis) sehingga Ahad.. dapatlah korang sambut puasa di kampung yaa..
Sis macam biasa laaa, sambut puasa di rumah aja. Anak-anak pun yang ada hanya anak bujang nan sorang tu jer. Kakaknya tak balik sambut puasa di sini, Yana pula dah berkahwin, sambutlah di rumahnya sendiri. Hanya Sis bertiga aja.
Ni pun dah mula otak bekerja, nak susun menu-menu untuk Sahur dan Berbuka Puasa. Tak sabar nak memasak dengan kuali baru sempena menyambut ramadan hehehehe..
Baca Juga :
Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman.
Terdapatnya Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan dan lebih baik daripada 1000 bulan (83 tahun 4 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT bagi orang-orang yang menghidupkannya dengan amal ibadah.
Sebagai orang Islam yang memegang penuh rukun Islam perlu mematuhinya termasuk mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan jika cukup syaratnya.
Bilakah waktu untuk niat puasa? Waktu untuk berniat puasa adalah bermula daripada terbenam matahari, iaitu masuk waktu maghrib sehinggalah terbit fajar saddiq iaitu waktu subuh.
Lafaz Niat Puasa Sebulan
Niat ini dilakukan sekali sahaja, pada malam pertama Ramadan.
Lafaz niatnya adalah: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala
Lafaz Niat Puasa Harian
Jika menggunakan niat ini, kita perlu berniat setiap malam.
Lafaz niatnya adalah: Nawaitu Sauma Rghodin An Ada’ie Fardhi Shahri Ramadana Hazihissanati Lillahi Taala
Maksudnya: Sahaja aku berpuasa pada esok hari disebabkan menunaikan fardu bulan Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.
P/S : Selamat Berpuasa buat semua pembaca blog akusislin. Mohon maaf atas segala salah silap dalam penulisan. Moga amalan kita Allah terima dan berkati.. inshaallah ❤
Selamat berpuasa juga. Wah! bestlah orang Johor yang bekerja tak payah apply cuti dah memang dapat cuti
ردحذفSelamat Berpuasa juga buat Mrs A ...
حذفYaa Johor cuti 4 hari hehehe
selamat berpuasa dan salam-ramadan
ردحذفSelamat berpuaa juga Han.. selamat beramal..
حذفselamat menyambut ramadhan lin :)
ردحذفSelamat berpuasa Ret.. inshaallah jumpa nanti di majlis berbuka puasa KeyYel hahahaha
حذف