SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2023!

Sis Lin
8
SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2023! | HARI Wanita Sedunia atau Hari Wanita Antarabangsa ini di sambut setiap 8 March (Hari ini) setiap tahun kalau bagi siapa yang belum tahu lagi. Dah banyak kali juga Sis buat posting mengenainya di dalam blog Sis, tapi tetap juga nak juga buat lagi. Takpe la kan, lain tahun lain pengisiaannya.

حَرَّمَ عَلَيْكُمْ عُقُوقَ الْأُمَّهَاتِ وَمَنْعًا وَهَاتِ وَوَأْدَ الْبَنَاتِ

“Sesungguhnya Allah mengharamkan atas kalian berbuat durhaka kepada ibu-ibu kalian, mencegah dan meminta serta mengubur anak perempuan hidup-hidup.” (HR. Bukhari: 5975, Muslim: 593)

Berbanggalah kerana dilahirkan sebagai wanita. Islam begitu memuliakan wanita dengan mengangkat darjatmu melalui kalam Allah dan lisan RasulNya. Kerana dirimu begitu berharga. Wanita, insan yang berjiwa kental, yang penuh kesabaran. Hati yang penuh keikhlasan. Wanita boleh menjadi anak, isteri dan ibu. Malah pendidik ummah.

WANITA telah di muliakan oleh Rasuluallah sebanyak 3 kali iaitu insan yang perlu kita taat dan kali ke-4 barulah kaum adam.  WANITA juga dimuliakan dengan kata-kata 'Syurga dibawah telapak kaki Ibu'. Selain itu title syahid juga diberikan kepada Ibu yang meninggal ketika bersalin. Tanpa WANITA atau Ibu, siapaKAH kita atau siapaLAH kita?

Maka, hargailah dirimu dengan memelihara auratmu dan menghiasinya dengan akhlak yang baik. Benarlah tangan yang menghayun buaian bisa menggoncang dunia.

Selamat Hari Wanita Sedunia 2023

Wanita hendaklah diberikan hak serta peluang yang sama rata sama ada dalam bidang pendidikan, kerjaya mahupun pembuatan dalam membuat keputusan. Wanita bergelut dengan kerjaya demi menyara keluarga dan diri, sedangkan pada masa yang sama, turut menjadi seorang ibu mahupun isteri di rumah.

Wanita terpaksa bertungkus-lumus mencari nafkah bersama-sama suami mahupun bersendirian. Ada ketikanya, mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada tanggungjawab membesarkan anak sepenuhnya. Ibu yang bekerja bimbang tentang keselamatan serta kebajikan anak yang ditinggalkan di pusat-pusat jagaan.

Dalam sejarah, Nabi tidak pernah memarahi dan memukul isteri-isterinya. "Dikalangan lelaki, akulah yang paling terbaik melayan isteri". Syurga anak-anak berada di bawah telapak kaki ibunya.

Sebenarnya, besar pengorbanan seorang wanita, banyak pengorbanan yg mereka lalui dalam kehidupan harian. Oleh itu hargailah mereka yang bernama wanita.

Yaa akulah WANITA hebat!..

Selamat Hari Wanita | Happy Women's Day Korang!!


P/S : Bertahun kesabaran seorang wanita ini (aku) masih utuh!!! 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!