SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ANAK-ANAK! | WALAUPUN Sis ni takde anak bersekolah lagi kecuali anak sulung Sis laa masih belajar (Universiti) tapi untuk sekolah tahap tabika, rendah dan menengah ni memang takde la, cuma seronok tengok anak-anak saudara Sis je laa bukan main excited nak kembali ke sekolah harini (Johor).
Persiapan anak-anak saudara pun selalu adik-adik bercerita berkongsi dalam group kami, so dengan Sis sekali turut rasa teruja bila nak kembali ke sekolah ni.
Ada yang anak saudara Sis (Mia) tahun ni berpakaian baru, Mia jadi pengawas pustakawan, dan ada juga anak saudara jadi ketua kelas, so nect tie pun bertukar, ye laa macam-macam laa persediaan sekolah tahun ni semuanya bertukar baru, pening Mak Bapak hahahaha..
Tak kurang juga rungutan adik-adik yang membeli persiapan sekolah samaada pakaian, buku sekolah dan alatan tulis, masing-masing merungut harga semua dah mahal. Banyak beza dari tahun-tahun sudah.
Kalau nak harap wang bantuan pelajar rm150 tu untuk 3/4 orang anak, memang tak mencukupi laa. Bagi golongan B40 macam adik-adik Sis memang terasa betul laa akan persiapan sekolah tahun ni.
Bukanlah semua nak beli baru, tapi harga buku sekolah pun mahal dah, so benda penting macamtu, mahal pun kena jugalah beli kan. Lain laa kelengkapan lain, bolehlah nanti-nanti belinya. Entahlah, kena anak yang ramai 4/5 orang, mau tak terasa Ibu Bapa nak membelinya.
Tahun ni pula, awal persekolahan bulan 3, selang beberapa hari lagi nak berpuasa, lepas tu sebulannya nak raya pulak. Mana nak siap kelengkapan sekolah, untuk persiapan berpuasa lagi, kemudian persiapan raya pulak, memang tepuk dahi juga mereka yang kurang berkemampuan kan.
Tapi apa-apa pun, terutamaan kepada anak di dahulukan. Anak-anak kalau nak kembali ke sekolah tahun baru, darjah baru, baju baru, semua kalau boleh nak baru laa, memang mereka excited. Sis dulu kecik-kecik pun semua Abah belikan baru. Palaing kurang pun, hari pertama sekolah semua baru.
Tapi tak wajib pun nak pakai semua baru, janji dapat pergi sekolah dan datang awal ke sekolah, itu paling di utamakan!. Jangan dah beli baru semua tapi malas nak ke sekolah. Awal-awal je rajin, makin hari hangat-hangat taik ayam hahahahaa..
Lihat tu (gambar atas) kemain bergaya Mia dengan uniform pengawas pustawan dia. Dialah orang yang paling semangat nak ke sekolah dan rajin ke skekolah. Kedatangan dia penuh manjang kecuali kalau sakit, tu pun nangis nak pergi sekolah.
Moga anak-anak semua di terangkan hati, di lapangkan dada dan berjaya menuntut ilmu hingga ke manara gading. Inshaallah.. selamat Kembali Ke Sekolah Anak-Anak!.
P/S : Terus tak sabar tunggu cucu nak ke sekolah 😆 ..
tahun ni semua nak ready awal, tibe-tibe sekolah, dahtu puasa dahtu ready raya lagi.
ردحذفYaaa rungutan adik-adik juga begitu.. mana nak sekolah, ramadan dan syawal..
حذفBanyak persiapan dan perbelanjaan untuk anak2 pada awal persekolahan.
ردحذفKalau boleh semua mereka nak yang baharu
Yaa Wak, budak-budak kann, semua nak baru, bukan mereka tau apa huhuhu
حذفiyer..memang terasa jugak la..semuanya dah naik harga
ردحذفSangat.. Sis takde yang bersekolah, tapi adik-adik ada..
حذفkiteorang ni nak balik raya kena balik awal2 sbb tiket dekat2 nak raya mcm nak ke Korea! Masalahnya cuti sekolah pulak sehari sebelum raya, mintak maaf la terpaksa pontengkan jugak budak2. Aje giler nak beli tiket balik sehari sebelum raya, harga dah macam nak ke New Zealand. Baik raya di NZ je camtu 😝
ردحذفYaaa Karni, sama juga macam kawan Sis nak balik Sabah, tiket macam pergi London katanya hahahha..
حذف