SEMALAM MAKAN NASI ARAB BUKA PUASA | YA ALLAH, panasnya cuaca harini kan? Rasa tengok air paip pun macam air sprite, betul-betul letih dan menduga betul puasa harini. Moga kita terus kuat jalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran. Dan harini agak relax sikit, harini Sis nak tutup dapur sebab nak berbuka puasa dengan anak bujang Sis. Di mana? tungguu..
Semalam ikutkan Sis sekeluarga berbuka juga di luar untuk sambut birthday Yana, ibu Khalish, tapi sebab dah lewat sangat planning, so Sis kata tak apalah, Sis suruh je Yana berbuka dengan Suaminya sambut birthday dia. Ye laa dah berumahtangga kan, dengan Suami je laa pergi makan. Cuma Ayahnya jer laa, sejak dulu kalau birthday anak, mesti nak bawa makan, so semalam Sis kata tak apa, jangan 'kacau daun'..
Fikir punya fikir, dah lewat dan takde idea nak masak apa, Sis order Nasi Arab Dulang dengan kejiranan Sis. Dah lama nak order dan dah lama nak mencubanya, akhirnya dapat juga merasa. Sedulang tu RM35 sahaja untuk 3/4 orang makan. Tapi semalam Sis makan berdua dengan anak bujang, kuss semangat, memang banyak betul laaa..
Untuk family besar, kalau order dua dulang sangat-sangat mencukupi.. Dalam set tu ada dapat sup, sambal dan juga pencuk mentah. Ayamnya pula separuh aja, tapi size besar yaa ayamnya. Yang sedapnya nasi tu, tidak kering dan tidak muak makan. Anak bujang pun kata sedap. Alhamdulilah, tu ler menu berbuka puasa Sis semalam 7 Ramadan.
Ishhh kejap dah seminggu puasa ekkk..
Untuk anak Mak,Yana ...
Selamat hari jadi adik, Mak sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk adik dan juga family adik. Mak tau adik seorang yang kuat. Kuat kerja, kuat hadapi kesakitan (slip disc) juga kuat makan hahaha.. dan Mak doakan juga moga adik dapat membesarkan Khalish dengan penuh kesabaran, juga melayari alam perkahwinan adik dengan penuh kasih sayang dan kecintaan..
Dia anak yang paling banyak membantu Sis, baik dari segi nasihat, kawal emosi, kewangan atau apa-apa jerr laa berkenaan makanan (belanja makan). Kami juga 'sekepala' tapi ada masa, bebel dia tu boleh tahan, kalah mulut Mak dia ni huhuhu..
Tunggu semua free, minggu depan Kakak balik, kita berbuka puasa bersama ya.. Mak Ayah sayang adik sangat-sangat.. rindu Khalish 😓
P/S : Rindu nak berebut makan di meja makan dengan anak-anak huhuhu..
Happy birthday Yana! Semoga happy dan sihat selalu. Anak perempuan no. 2 mmg geng keras dgn mak dia. Bab gaduh dgn mak pun boleh tahan tapi lepas tu BFF balik. Macam saya dgn Makyeng jugak la hehe.
ReplyDeleteThanks Karni.. aaminnn..
DeleteBetullah tu no dua ni pelik sikit perangai hahahaha
happy belated birthday to Yana. nasi arab mmg lah portion nya besar2 kan. kena share2 makan.
ReplyDeleteTerima kasih Yan..
DeleteKali ni order sangat puashati...
Rabia order nasi arab dulang hari ini
ReplyDeleteWaaa mesti sedap kekenyangan kannn...
Deletesedapnya menu.... comel cucu akak
ReplyDeleteAlhamdulilah.. makaseh Dana..
DeleteHappy Belated Birthday Anak Sis Lin, semoga Allah kurniakan kebaikan dalam kehidupannua, kuat semangat, panjang umur dan bahagia dunia akhirat... Stay cute ya! Sedapnyaa makanan berbuka ni .. Terliurrr!
ReplyDeleteAamiinn.. makaseh Nona..
Delete