SHOPEEFOOD MEMBERI GANJARAN KEPADA RAKAN PENGHANTARAN WANITA UNTUK HARI WANITA SEDUNIA | SAMBUTAN ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada sumbagan rakan penghantaran wanita dalam industri penghantaran makanan #shopeedeliverslove.
Bersempena Hari Wanita Sedunia pada bulan Mac, ShopeeFood telah menganjurkan program istimewa bagi memberi penghargaan kepada rakan penghantaran wanita ShopeeFood di Lembah Klang. Acara ini dilancarkan dengan kerjasama beberapa jenama terkemuka seperti NIVEA, Marrybrown, Chatime Malaysia dan L'Oréal Malaysia.
Hampir 60 rakan penghantaran wanita, bersama rakan-rakan mereka, telah mengambil bahagian untuk menyambut peristiwa istimewa ini. Tambahan lagi, ShopeeFood juga telah menganjurkan program pembangunan kendiri, yang dihoskan oleh pakar sains sosial dan kemanusiaan, Profesor Dr Hadija Mohd, yang merupakan pengasas rangka kerja Personal Initiative Intelligence (PI-Q).
Rangka kerja PI-Q bertujuan membina kemahiran insaniah yang sangat penting dalam membantu rakan penghantaran untuk meningkatkan prestasi kerja mereka. Justeru, pendekatan unik ini dapat memberi fokus kepada pembangunan kualiti dalaman individu seperti daya tahan, kesedaran diri dan juga empati. Pada akhir program ini, rakan-rakan penghantaran ShopeeFood telah diberikan satu penilaian berdasarkan program PI-Q.
Tiga rakan penghantaran yang mempunyai skor tertinggi telah dipilih untuk diberikan biasiswa pembelajaran di universiti yang terkenal untuk melanjutkan pembelajaran mereka. ShopeeFood telah memilih City Continued Education Centre sebagai penaja biasiswa pembelajaran ini, yang bernilai lebih daripada RM60,000.
Pada pendapat Kwa Yin Leng, Ketua Operasi ShopeeFood Malaysia, sambutan ini merupakan satu peristiwa penting untuk mengenali sumbangan para wanita di dalam industri penghantaran makanan.
Selain daripada program pembelajaran kendiri, rakan penghantaran juga telah menyertai bengkel penjagaan kulit dan kebersihan diri yang ditaja oleh NIVEA. Dalam bengkel ini, pakar-pakar daripada NIVEA telah membuat demonstrasi tentang penjagaan kulit dan kebersihan diri yang bermanfaat kepada rakan penghantaran yang sering sekali terdedah kepada pelbagai jenis cuaca semasa melakukan pekerjaan.
Pada akhir sesi ini, rakan penghantaran diberikan produk-produk NIVEA untuk menolong mereka dengan memulakan cara penjagaan kulit dan kebersihan diri yang baru. Sebagai acara utama sambutan ini, ShopeeFood telah menganjurkan satu panel perbincangan yang juga telah disiarkan secara langsung dalam aplikasi Shopee dan juga media sosial ShopeeFood.
Perbincangan menarik ini membawa tiga wajah terkenal di Malaysia untuk kongsi pengalaman mereka dalam melalui cabaran hidup dan perjalanan mereka menuju ke kejayaan.
Para panelis adalah:
Natasha Helwa Binti Ramlee, merupakan seorang usahawan wanita dan peniaga ShopeeFood. Beliau merupakan anak sulung kepada tiga beradik yang mengasaskan restoran Tiga Budak Gemok. Mereka bermula daripada kecil dengan mendirikan gerai di bawah pokok dan kini restoran Tiga Budak Gemok telah pun berkembang pesat dan boleh dijumpai di lebih daripada enam negeri di Malaysia.
Sebagai pengakhiran program sambutan Hari Wanita Sedunia ShopeeFood, rakan penghantaran menjamu selera dengan makananan yang ditaja oleh Marrybrown dan Chatime Malaysia. Antara makanan yang dihidang adalah Nasi Lemak MB dari Marrybrown dan pelbagai variasi minuman dari Chatime Malaysia, seperti Grass Jelly Roasted Milk Tea, Mango QQ, Lychee QQ dan Passionfruit QQ. Sebelum bersurai, rakan penghantaran diberi cenderahati yang ditaja oleh L'Oréal Paris yang bernilai lebih daripada RM12,000.
ShopeeFood Mid Month Sale
Untuk satu hari sahaja, pada 15 Mac 2023, dapatkan diskaun pada pelbagai makanan dan
minuman di ShopeeFood. Nikmati:
● Diskaun Super Deals sehingga RM21
● Diskaun sehingga RM30
● Penghantaran Percuma (RM0 Pembelian Minima)
P/S : Kerana dirimu sungguh berharga ❤
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.