TERLIUR TENGOK MENU SAYUR NANGKA MAT GEBU NI! | KERANA terliur sangat tengok menu Sayur Nangka Masak Lemak blogger Mat Gebu tu, pagi tadi Sis order sayur nangka muda dengan seller dalam facebook. Jangankan sayur nangka jer Sis order, berserta sekali Sipu Sedut siap cuci dua bungkus Sis order hahahaha. so harini menunya Siput Sedut Lomak Cili Api.
Sayur Nangka tu Sis nak masak esok. Tapi bukan nak masak lemak, tapi Sis nak masak Opor Nangka. Pergi #buffetramadan di Thistle Johor Bahru ni, terliur pulak dengan menu Opor Nangka dia, rasa tak puas makan, nanti kita buat sendiri aja. Tengok sayurnya elok ajaa (malas nak amik gambar sebab dah bungkus masuk esbox).
Masa beli siput sedut tu pun, Yana siap sound, 'Bukan ke baru makan siput sedut Mak?' hahahaha.. Yaa Jumaat lepas ni baru jer sepinggan siput sedut Sis belasah masa ke media review Fraser Place Puteri Harbour, ni siput sedut lagi, hahaha ajerr kang bibir muncung macam Diva AA ekk hahahaha..
Tak kisahlah, benda makanan kan, selagi kau rajin nak memasaknya, kepala gajah pun sanggup kau cari, ye daakkkkkk.. tapi dah alang-alang up nama menu Sayur nangka tu kan, nak kongsi laa resepinya sekali di sini. Kita ikut resepi Mat Gebu aja yaaa.. kotlah korang nak cuba esok, boleh refer sini.. makaseh..
Resepi Sayur Nangka Muda Masak Lemak
Resepi asal : Dapur tanpa Sempadan
Bahan-Bahannya ;
1 kg nangka muda yang telah siang disiang
5 - 6 ketul tulang ikan kurau masin yang masih berdaging
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1.5 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan Kisar Halus ;
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
25 biji cili padi kampung
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
Cara Memasaknya ;
- Nangka mudah dicelur hingga 1/2 empuk, toskan. Tulang ikan kurau dicuci, kemudian rendam selama 1 jam. Ketepikan.
- Masukkan nangka ke dalam periuk bersama serai dan bahan-bahan kisar halus. Gaul rata dan tuang santan cair. Kacau dan masak hingga mendidih.
- Masukkan tulang ikan kurau masin (toskan) dan asam gelugor, kacau dan terus memasak hingga nangka empuk.
- Tuang pati santan, masukkan daun kunyit dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Masak dengan api kecil hingga mendidih dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan atau jika anda ingin rasa yang lebih mantap, biar 1 -2 jam sebelum dihidangkan..
Selamat mencuba Sis Lin... hahahaha..
P/S : Korang bukak blog Sis okay je kan? Gatei tukar template baru hehehehe..
ooh dh bole komen., wak ingtkn sengaja tutup., hehe
ردحذفEhh ad ada.. masa takde tu tengah menukar le tuu hahahaha
حذف