TOMYAM CAMPUR DAN MEE GORENG DAGING UNTUK MENU BERBUKA 3 RAMADAN | SEKEJAP dah masuk 4 ramadan kan, masa pantas betul berlalu. Duk fikir-fikir nak masak apa, tau-taunya kang dah penghujung ramadan, begitulah. So far belum ada 'blur' lagi kepala fikir nak masak apa, sebab dah ada set sesiap menu-menu apa yang nak di masak.
Tipsnya, masa membeli-belah barang dapur kering dan basah, Sis pastikan ikan, ayam, dan semua seafood, di bekaskan satu-satu dan di asingkan, supaya nanti dah dapat idea, yang tu nak masak apa, yang ni nak masak, so takde laa fikir lelama ngadap termenung depan freezer Sis hahahaha..
Maklumlah kan, sejak menjaga cucu ni, semua benda kena susun dan atur, tak boleh dah, itu jam nak masak, itu jam baru nak fikir, memang tak masak laa kang di buatnya. So siap masak harini, esok time Sahur, dah bukak freezer dan tengok segala bekas-bekas tu dan terus keluarkan dan fikir menu apa nak di masak, barulah kerja tu cepat dan pantas.
Semalam 3 ramadan, Sis masak kira simple aja laa, takde makan nasi, dah dua hari makan nasi, anak bujang kata kita makan menu lain, maka terjadilah Tomyam Campur dan juga Mee Goreng Daging untuk menu berbuka puasa kami anak beranak..
Bukan main suka anak bujang dapat Tomyum dia, di ceduk semangkuk penuh, di hirup tanpa henti berselang-selang sambil makan Mee Goreng Daging tu semalam. Tapi rasanya Sis nampak dia lebih sakan menghirup dan makan Tomyam dulu berbanding habiskan mee di pinggannya.. Suka Sis nengoknya..
Cuma tu laa, sayur banyak tak cukup, putik jagung takde, cendawan takde, yang ada kobis, fishball, udang dan isi ayam aja, pun dah sedap kata anak bujang memuji, alhamdulilah.
Mee Goreng Daging tu pun nampak je banyak tu, tapi Sis goreng sebungkus kecil aja. Jadilah untuk sekali makan time berbuka semalam. Ada Sis simpan sebekas untuk Sis makan Sahur pagi tadi. Anak bujang dan Suami Sis gorengkan nasi pagi tadi..
Bahan untuk mee goreng tu pun sama juga, takde taugeh, tu yang kurang feel nak makan mee semalam hahahaha.. adoiii dah order taugeh semalam, sekali katanya taugeh tertinggal keat kedai, runner lupa amik, aiyaaaa rasa macam hambar jer makan mee takde taugeh tau.. kalau anak bujang kemain laaa ketawakan, ye laaa dia tak suka taugeh huhuhu..
Apa=apa pun syukurlah atas segala nikmat rezeki setakat 3 ramadan semalam. Harini plannya nak masak Sotong dalam tin, sayur kobis masak lemak putih, goreng dua ekor ikan kembong, tumbuk sambal belacan dan goreng ikan masin bacin.. mesti selerakann yumss..
Korang doakan anak Sis,Yana (ibu Khalish) yang akan jalani rawatan slip discnya esok ya. Harini dia warded dan akan buat semua rawatan susulan slip disc dia.. moga semuanya dipermudahkan, aamiinn..
P/S : Teringin pulak Tepung Pelita huhuhu..
perghhhh mantap menu nenek khalish
ردحذفBegitulah.. kena mantap baru meletop hahaha
حذفTomyam tu menggiurkan!
ردحذفSangat Uncle, alhamdulilah sedap ...
حذفSaya pun selalu bikin food preparation dan menu mingguan sebelum belanja bahan makanan kak. Biar gampang nak masak apa 😄. Tak lagi bingung.
ردحذفMelihat tomyam di atas, jadi terpikir nak bikin tomyam lah minggu ini , dah lama sangaaaat tak makan tomyam 😄😁
Kann, supaya timing masaknya tak huru-hara.
حذفNanti boleh di cubain Fanny..
Sedapnya menu mee goreng daging tu ha.....banyak beul dagingnya
ردحذفKannn, anak pun cakap, puas makan banyak daging...
حذف