TUNAIKAN FIDYAH BERSAMA AMAN PALESTINE

Sis Lin
0
TUNAIKAN FIDYAH BERSAMA AMAN PALESTINE | BAGI mereka yang tidak sempat menggantikan puasa atas sebab yang dibenarkan syarak adalah WAJIB bagi mereka untuk membayar fidyah. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Fidyah adalah wajib orang Islam baligh yang tinggalkan puasa atas sebab tertentu atau sengaja lewatkan ganti puasa. 

Buat wanita, ibu hamil, ibu menyusu yang pernah tinggalkan puasa, atau waris anak-anak bagi ibu bapa uzur atau sakit kuat yang tidak mampu puasa boleh membayar fidyah bersama Palestin. Aman Palestin akan mengagihkan bayaran fidyah anda kepada rakyat Palestin, Syria dan Yaman yang layak menerimanya. 

Baca Juga : 

Tunaikan Fidyah Bersama Aman Palestine

Kewajipan Fidyah

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

(Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Al-Baqarah: 184)


Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

من مات وعليه صيامُ شهرٍ فليُطعمْ عنه مكانَ كلِّ يومٍ مسكينًا

“Sesiapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadan, hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setiap hari yang ditinggalkannya.” (HR al-Tirmizi)

Tunaikan Fidyah Bersama Aman Palestine

Kadar Bayaran Fidyah

Hanya RM 4 saja (nilai secupak beras) untuk setiap satu hari puasa yang ditinggalkan. 

Kiraan: (bilangan hari tidak berpuasa) X (tahun ditinggalkan) X (kadar fidyah)

Sekiranya korang ragu-ragu jumlah kiraan puasa yang mungkin lama telah ditinggalkan korang boleh buat kiraan berdasarkan anggaran mengikut ingatan korang semampu mungkin. Semoga usaha korang membayar fidyah akan melepaskan tanggungjawab korang di akhirat kelak.

Siapakah Yang Dikenakan Fidyah?

Sila rujuk gambar rajah di bawah:

Tunaikan Fidyah Bersama Aman Palestine

Ayuh membayar fidyah untuk menunaikan tanggungjawab ibadah serta membantu saudara kita.

MAKLUMAN PENTING: Pembayaran sumbangan hanya boleh dilakukan melalui sistem Perbankan Dalam Talian (Billplz), sila tekan bank pilihan korang dalam ruangan Kaedah Sumbangan sebelum meneruskan pembayaran.

Bayar Fidyah di ; Fidyah Bersama Palestine

Whatsapp resit sumbangan korang ke nombor berikut untuk mendapatkan perkembangan terkini projek bantuan Aman Palestin:

013-984 7019
CIK NURNADIAH AMINORDIN
Pegawai Pemasaran Aman Palestin Berhad


P/S : Moga ada rezeki buat mereka di sana. Semoga kita dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, aamiinnn .. 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!