10 MALAM TERAKHIR RAMADAN | DIAM tak diam, hampir juga kita menunju 10 malam terakhir Ramadan kan?. Masa begitu pantas tanpa kita sedari Syawal bakal menyusul tak lama aje lagi. Bagaimana amalam kita ramadan kali ini? Tidak mengapalah jika masih belum cukup ibadahnya, sekurangnya Allah masih beri lagi kita peluang untuk mendekatkan diri kepadaNya dan juga 'topup' amalan kita di bulan ramadan ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama rebut peluang sehabis-habis baiknya pada 10 malam terakhir ramadan nanti..
Ramadan adalah bulan istimewa dimana umat islam melaksanakan ibadah ini yakni puasa ramadan. Bulan ramadan juga merupakan bulan diturunkannya Al-Quran. Pada bulan ramadan, Al-Qur’an yang merupakan firman Allah turun ke dunia untuk menjadi pedoman bagi seluruh umat manusia terutama umat muslim dalam menjalankan segala aktivitinya di dunia. Pada bulan ramadan juga, malaikat Jibril turun untuk mendengarkan bacaan Al-Quran dari Rasulullah SAW.
Maka dari itu tidaklah hairanlah jika dibulan ramadan Rasulullah SAW lebih banyak membaca Al-Qur’an. Imam Az-Zuhri menyatakan bahawa : "Apabila Datang bulan Ramadhan maka kegiatan utama yang kita lakukan selain berpuasa atau shaum kita dianjurkan untuk membaca Al-Quran".
Di bulan ramadhan ini segala amal ibadah manusia dicatat dan dilipatgandakan oleh Allah SWT serta mendapatkan syafaat jika seseorang beribadah dengan ikhlas dan hanya mengharapkan redha Allah SWT sebagaimana yang disebutkan dalam hadith berikut :
Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata, 'Wahai Tuhanku, saya telah menahannya dari makan dan nafsu syahwat, kerananya perkenankan aku untuk memberikan syafaat kepadanya'. Dan Al-Qur’an pula berkata, 'Saya telah melarangnya dari tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya.' Baginda bersabda, 'Maka syafaat keduanya diperkenankan.' (Hadith Riwayat Ahmad, Hakim, Thabrani)
10 Malam Terakhir Ramadan
Bulan ramadhan dikategorikan atau dibahagikan dalam tiga fasa yakni sepuluh hari pertama, sepuluh hari kedua dan sepuluh hari ketiga atau terakhir. Di sepuluh hari terakhir ramadhan Allah akan membebaskan hambanya dari api neraka, tentunya jika hambaNya melaksanakan perintah atau kewajiban di bulan ramadhan dan menjauhi segala larangannya. Sebagaimana hadith Rasulullah SAW berikut
“Inilah bulan yang permulaannya (10 hari pertama) penuh dengan rahmat, yang pertengahannya (10 hari pertengahan) penuh dengan keampunan, dan yang terakhirnya (10 hari terakhir) Allah membebaskan hamba-Nya dari api neraka.”
Setelah melewati 20 malam sebelumnya di bulan ramadhan umat muslim akan memasuki sepuluh malam terakhir bulan ramadhan. Di sepuluh malam terakhir bulan ramadhan ini Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah dan turut mengajak keluarganya untuk turut menambah dan memperbanyakkan amalan atau ibadah.
كَانَ رسولُ اللهِ – صلى الله عليه وسلم – يَجْتَهِدُ في رَمَضَانَ مَا لاَ يَجْتَهِدُ في غَيْرِهِ ، وَفِي العَشْرِ الأوَاخِرِ مِنْهُ مَا لا يَجْتَهِدُ في غَيْرِهِRasulullah SAW sangat giat beribadah di bulan ramadhan melebihi ibadahnya di bulan yang lain, dan pada sepuluh malam terakhirnya beliau lebih giat lagi melebihi hari lainnya. (Hadith Riwayat Muslim)
Seperti yang telah disebutkan sebelumnya bahawa Rasulullah SAW melaksanakan banyak ibadah di sepuluh malam terakhir ramadhan, bagaimana dengan kita yang hanya umatnya dan memiliki banyak dosa. Jika kita ingin mendapatkan keutamaan di sepuluh malam terakhir dan dijauhkan dari api neraka maka banyak-banyaklah beribadah terutama solat sunat, membaca Alqur’an, berzikir, berdoa dan sebagainya. Adapun keutamaan sepuluh malam terakhir bulan ramadhan dijelaskan dalam huraian berikutnya.
Keutamaan 10 malam Terakhir bulan Ramadan
Bulan ramadhan memiliki banyak keistimewaan dan keistimewaan tersebut juga terdapat pada sepuluh malam terakhir ramadhan. Keutamaan sepuluh malam terakhir hendaknya memotivasikan kita untuk lebih banyak beribadah kepada Allah SWT. Berikut ini keutamaan-keutamaan yang ada pada sepuluh malam terakhir ramadhan :
1. Diampunkan segala dosanya
Umat muslim yang berpuasa dan melaksanakan ibadah lainnya seperti solat tarawih, atau solat malam seperti solat tahajud di bulan ramadhan akan dihapuskan dosanya di masa lalu. Manusia adalah tempatnya bersalah dan berdosa oleh sebab itulah, sepuluh malam terakhir ramadhan adalah salah satu kesempatan kita untuk menghapuskan dosa tersebut.
2. Dimakbulkan doanya
Jangan melewatkan malam-malam di bulan ramadhan tanpa berdoa terutama di sepuluh malam terakhir bulan ramadhan. Doa-doa umat muslim akan dimakbulkan oleh Allah SWT baik doa yang diperuntukkan untuk kebaikan di dunia mahu pun doa yang ditujukan untuk kebaikan di akhirat.
3. Dijauhkan dari api neraka
Orang yang beribadah di sepuluh malam terakhir bulan ramadhan dan mengajak turut serta keluarga untuk beribadah, ia akan dijauhkan dari api neraka dan dibukakan untuknya pintu-pintu syurga. Siapa yang diantara umat muslim yang tidak ingin dijauhkan dari api neraka? Oleh sebab itulah hendaknya kita berlumba-lumba dalam melaksanakan ibadah di sepuluh malam terakhir ramadhan.
4. Mendapat pahala kebaikan seribu bulan
Barangsiapa yang beribadah dimalam bulan ramadhan dan dia mendapatkan malam lailatul qadar maka dia akan mendapatkan pahala atau kebaikan seolah-olah dengan berbuat kebaikan seribu bulan serta diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. Hal ini sesuai dengan hadith berikut ini:
مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِإِيْمَاناًوَاحْتِسَاباً،غُفِرَلَهُ مَاتَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِBarangsiapa menegakkan solat pada malam Lailatul Qadar dalam keadaan iman dan mengharap balasan dari Allah , diampunilah dosa-dosanya yang telah lalu”. (Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Amalan-amalan pada 10 Malam Terakhir Bulan Ramadhan
Agar mendapatkan keutaman tersebut ada beberapa amalan yang dapat dilakukan. Amalan-amalan yang dapat dilakukan antara lain adalah :
1. Beri’tikaf
Beritikaf adalah berdiam diri dalam masjid selama waktu malam dengan mengerjakan ibadah lain seperti solat tahajud, membaca Al-Qur’an berzikir dan berdoa kepada Allah SWT. Rasulullah SAW sendiri biasa melaksanakan i'tikaf di sepuluh malam terakhir untuk mendapatkan malam lailatul qadar.
2. Mandi antara solat Maghrib dan Isya’
Sebelum melaksanakan i'tikaf atau ibadah lainnya maka disarankan untuk membersihkan diri dengan mandi diantara waktu solat maghrib dan solat isya.
3. Tidak bergaulan dengan isteri
Hal ini dimaksud bahawa dalam sepuluh malam terakhir sebaiknya kita memperbanyakkan ibadah dan beritikaf dalam masjid serta menghindari terlebih dahulu melakukan hubungan atau bersetubuh dengan isteri.
4. Makan sedikit saat berbuka
Agar tidak mengganggu ibadah atau i'tikaf di sepuluh malam terakhir ada baiknya mengurangi makan saat berbuka puasa kerana terlalu banyak makan akan membuat mata mengantuk dan semangat beribadah berkurangan.
5. Solat fardhu berjamaah
Usahakan untuk tidak meninggalkan solat wajib atau solat fardhu berjemaah di sepuluh malam terakhir ramadhan kerana pahala solat berjemaah lebih besar dua puluh tujuh kali lipat pahala solat sendirian.
6. Melengkapi solat fardhu dengan solat sunnah
Tidak hanya solat wajib saja, di sepuluh malam terakhir ada baiknya untuk melengkapi solat wajib dengan solat sunat rawatib dan sebagainya.
Tiada nikmat yang lebih besar selain daripada nikmat keampunan Allah SWT yang kita harapkan selaku hambaNya di atas muka bumi ini untuk meraih ganjaran syurga yang dijanjikanNya di akhirat kelak. Oleh itu marilah kita berusaha pada 10 malam yang terakhir ini untuk beribadah dengan bersungguh-sungguh.
Wallahu'alam
P/S: Makin hari makin sayu aje hati ini... hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.. :(
Kannn...... moga dipertemukan dgn lailatul qadar...aamiin
ردحذفAamiinn.. moga amal kita di terima Allah ..
حذف