AYAM 8 LADA TEXAS CHICKEN KEMBALI BANGKITKAN SELERA RAMADAN DAN RAYA

Sis Lin
2
AYAM 8 LADA TEXAS CHICKEN KEMBALI BANGKITKAN SELERA RAMADAN DAN RAYA | TEXAS Chicken kini memperkenalkan kembali tawaran menu eksklusif mereka iaitu Ayam 8Lada bersempena dengan yang membawakan sos yang diperbuat daripada 8 jenis lada berbeza iaitu lada hijau Thai, lada merah, lada hitam, jalapeno, chipotle, Szechuan, cayenne dan ancho

Menu ini ditawarkan untuk jangka masa terhad, yang mana bersama-sama dengan ayam ini, Texas Chicken Malaysia turut menawarkan hidangan tambahan lain iaitu Biskut Cip Coklat yang boleh dinikmati sewaktu moreh selepas solat Terawih.

Ayam 8 Lada Texas Chicken Kembali Bangkitkan Selera Ramadan Dan Raya

Bagi anda yang berminat untuk mencuba Ayam 8 Lada dan Biskut Cip Coklat, dapatkannya bermula hari ini di rangkaian Texas Chicken berdekatan anda. Selain itu, jangan ketinggalan juga untuk mengumpul set Sampul Duit Raya dengan lima corak berbeza bertemakan keunikan seni Islam dari Texas Chicken.

Ayam 8 Lada Texas Chicken Kembali Bangkitkan Selera Ramadan Dan Raya

Set sampul Raya ini diberi percuma dengan setiap pembelian kombo Ayam 8 Lada atau pembelian minimum RM20 dalam satu resit bermula dari 7 April 2023. Setiap sampul Raya disertakan kupon biskut cip coklat atau biskut mentega madu percuma dengan syarat pembelian yang ditetapkan.

Ayam 8 Lada Texas Chicken Kembali Bangkitkan Selera Ramadan Dan Raya

So apalagi korang, jom rasai kelazatan Ayam 8LADA yang diperap dengan 8 jenis lada seperti lada hijau Thai, lada merah, lada Jalapeño, lada Szechuen, lada Chipotle, lada hitam, lada Ancho dan lada Cayenne yang pasti menambat seleramu! Yang suka pedas, pasti menyukainya. 

Walk-in/pick-up Texas Chicken berdekatan atau order secara online dari Grabfood, Foodpanda dan ShopeeFood! Jangan sekarang, tunggu nanti waktu berbuka hehehe.. 

Ayam 8 Lada Texas Chicken Kembali Bangkitkan Selera Ramadan Dan Raya

Texas Chicken turut memperkenalkan kombo Menu Rahmah pada 7 Mac 2023 yang boleh didapati setiap hari dari 12 tengah hari hingga 3 petang dalam menyahut usaha kerajaan Malaysia menurunkan kos sara hidup dengan menawarkan hidangan lengkap pada harga RM5.

Sempena bulan puasa, Texas Chicken akan menawarkan Menu Rahmah dari 12 tengah hari hingga 8 malam setiap hari di hampir 90 cawangan Texas Chicken seluruh negara. Di samping itu, dalam kerjasama eksklusif dengan rakan penghantaran makanan, Menu Rahmah juga boleh didapati melalui foodpanda sepanjang Ramadan.



P/S : Memang sedap woo, anak-anak Sis sukakannya.. okay masuk list berbuka esok hehehe.. 

إرسال تعليق

2تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. hi sis lin! adehhh TERsinggah sini 12.46 tgh hari di siang ramadhonnn =P

    ردحذف
    الردود
    1. Hi Ana.. lama tak nampak yaa.. hahahaha nanti petang singgah tengok lagi hahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!