BACAAN DOA QUNUT WITIR 15 MALAM TERAKHIR RAMADAN

Sis Lin
4
BACAAN DOA QUNUT WITIR 15 MALAM TERAKHIR RAMADAN | SAHUR buka sahur buka, tup-tup eh malam ni dah nak melangkah masuk 15 ramadan. Sekejap betul masa kan, bukan pejam celik lagi dah, buka katup buka katup mulut pun terasa cepat betul masa mengunyah hahaha.. nak taknak terimalah dengan redha bahawa tak lama lagi nak raya dan masa tu, segala amal ibadah kita di bulan ramadan, dah tutup buku dah.. so masa yang ada ni, kita sama-sama tambah ilmu dan perbanyakkan amalan. 

Antara ibadah yang sering dilakukan apabila masuknya pertengahan Ramadan ini ialah membaca doa Qunut dalam solat Witir pada rakaat yang terakhir. Bacaan doa Qunut dalam witir merupakan sunnah yang Baginda dan para sahabat telah amalkan. Ia adalah salah satu cara untuk mendapatkan malam Qadar.

Mulai pertengahan Ramadhan (malam 15 Ramadan) disyariatkan qunut witir, ini termasuk sunnah ab’adh (jika ditinggalkan, diperintahkan sujud sahwi) menurut ulama Syafiiyah. Qunut witir ini dibaca ketika solat witir tiga rakaat, bakda rukuk ketika iktidal.

Bacaan Doa Qunut Witir 15 Malam Terakhir Ramadan

Terdapat hadith sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Hasan bin Ali RA di dalam Jami’ al-Tirmizi dan juga di dalam Sunan Abi Daud:

عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَاتٍ أَقُولُهُنَّ فِي الوِتْرِ: اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ... 
Maksudnya: Rasulullah SAW telah mengajarku beberapa perkataan untuk aku sebut di dalam witir: “Ya Allah Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepadaku petunjuk di kalangan mereka yang mendapat petunjuk-Mu…”. [Riwayat al-Tirmizi (464)]

 

Di dalam mazhab al-Syafie, disunatkan kepada imam atau orang yang solat bersendirian untuk membaca doa qunut pada rakaat terakhir solat sunat Witir dan ia dibaca pada 15 malam terakhir bulan Ramadhan. [Lihat: al-Muktamad, 1/309]

Ia juga mula dibaca pada pertengahan bulan Ramadan, iaitu pada malam ke-16 Ramadan. Jadi, sama ada korang solat Tarawih secara bersendirian atau mengimami orang lain, disunatkan untuk membaca doa Qunut pada rakaat terakhir Witir.

Ini adalah bacaan bagi doa Qunut sebagaimana yang terdapat di dalam Sunan Abi Daud:

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ، وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ، وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ، وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ، إِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ، وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ، وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ، تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kepadaku petunjuk di kalangan mereka yang mendapat petunjuk-Mu, sihatkan diriku di kalangan mereka yang Engkau berikan kesihatan. Tolonglah daku di kalangan mereka yang mendapat pertolongan-Mu. Berkatilah nikmat yang engkau kurniakan kepadaku. Peliharalah diriku daripada segala keburukan yang Engkau tentukan. Sesungguhnya Engkaulah penentu dan tiada sesiapa yang berkuasa ke atas-Mu. Sesungguhnya tidak akan hina orang yang Engkau muliakan dan tidak akan mulia orang yang Engkau musuhi. Wahai Tuhan kami, Engkaulah yang Maha Suci lagi yang Maha Tinggi”.

 

Bacaan Doa Qunut Witir 15 Malam Terakhir Ramadan

Tambahan pula, disunatkan juga membaca selawat kepada Nabi SAW selepas daripada membaca doa di atas sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi RA di dalam al-Azkar. Selain itu, disunatkan kepada orang yang bersolat bersendirian atau imam jika mereka ingin memanjangkan bacaan doa qunut dengan membaca doa qunut Umar bin al-Khattab RA yang panjang dan kami nyatakan sebahagiannya dan doa ini juga terdapat di dalam kitab al-Azkar oleh Imam al-Nawawi RA:

اللَّهُمَّ إنَّا نَسْتَعِينُكَ وَنَسْتَغْفِرُكَ وَلاَ نَكْفُرُكَ، وَنُؤْمِنُ بِكَ وَنَخْلَعُ مَنْ يَفْجُرُكَ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد، ولَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُد...
Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhan kami, kami memohon pertolongan kepada-MU, kami memohon ampun kepada-Mu dan kami tidak mengkufuri-Mu, kami beriman dengan-Mu dan kami membenci sesiapa yang menderhakai-Mu. Ya Allah Ya Tuhan kami, hanya kepada-Mu kami sembah dan hanya untuk-Mu kami bersolat dan bersujud…”.

 

Kesimpulannya, jika seseorang itu berdoa dengan apa-apa doa samada dengan satu ayat atau beberapa ayat daripada al-Qur’an yang merangkupi erti doa maka dia telah berqunut. Akan tetapi, yang lebih afdhal adalah membaca doa berdasarkan apa yang terdapat dan diajar di dalam sunnah Nabi SAW. Ini kerana, seseorang imam itu perlulah melihat makmumnya terlebih dahulu sebelum memanjangkan bacaan doa agar tidak memudharatkan orang yang berimamkannya. 

Akhirnya, semoga Allah SWT menerima semua amalan kita di dalam bulan yang mulia ini serta memasukkan kita ke dalam syurgNya. Semoga dengan usaha ini dapat memandu kita ke arah Lailatul Qadar. Aaamiinn .. 


P/S : Sayu hati mengenangkan ramadan bakal pergi meninggalkan kita 😓

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Alhamdulilah, moga bermanfaat buat semua..

      Delete
  2. semoga diberi rezeki menghabiskan Ramdahn kali ini dan dipertemukan dengan Ramdhan akan datang..aaminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn.. inshaallah, yang baik juga buatmu Adnil ...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!