BUFFET RAMADAN 2023 - 'SELERA WARISAN MELDRUM' GBW HOTEL | RASANYA agak lama juga ni tak sambung balik makan buffet ramadan. Last pergi masa Sis menginap di GEO Resort & Hotel di Genting Permai tu haa, lain-lain hari, berbuka puasa memasak di rumah atau hanya makan di restoran aja.
Tapi di sebabkan pada setiap tahun memang Sis tak miss untuk pergi makan buffet di GBW Hotel ni, so macam mana sekalipun Sis tetap akan usaha untuk pergi juga ke sini, dan akhirnya ada rezeki dan peluang, dapatlah berbuka puasa di GBW Hotel pada Ahad lepas berama Suami dan anak bujang Sis. Alhamdulilah ..
Seperti tahun-tahun lepas juga, menu dan hidangan mereka tetap hebat dan semuanya menyelerakan. Bertemakan Selera Warisan Meldrum, lebih dari 200 hidangan yang di hidangkan sepanjang ramadan ini.
Kaunter hidangan juga bertambah nampaknya. Tahun ni memang happening live station di luar perkarangan Lobby hotel. Ada Kambing Golek, aneka Sup Campur, Satay, Nasi Lemak Bonda, goreng-gorengan termasuklah durian goreng, ada kaunter Yong Taufu, Nasi Biryani, Rori Jala dan murtabak pun ada, dan juga mee kuali, perghh goreng panas-panas lagi ookay, sedap betul makan.
Di luar tu juga di sediakan aneka minuman sejuk dan panas termasuk ABC & Cendol, teh tarik dan berjenis-jenis minuman tersusun.. haus betul time amik gambar hahahaha.. yang paling bestnya di sini kan, cawan minuman dia saiz besar, puas rasa minum sekali ceduk, takde laa kau nak ulang-alik amik air berkali-kali hahahaha..
Buffet yang menyajikan pelbagai juadah berbuka tradisional seperti daging salai lemak rebung, kambing beriani, kambing golek, nasi lemak kukus, lemak pucuk paku, sotong sambal petai, dan banyak lagi termasuk satay kambing yang sedap sangat!!.. tu semua menu yang akan korang rasai dan menunya akan bertukar-tukar setiap bari.
Kali ni memang Sis makan siput sedut masak lemak tu sepinggan, tak makan nasi hanya makan mee goreng panas aja. Jamah laa sikit roti jala dan murtabak, sekali rasa, alamakk sedap pulak, minta anak bujang amikkan pulak hahahaha.. adeii semua di jamah semuanya sedap, acanerr tuuu..
Dia punya pencuci mulut pun semua bersusun, semua nampak sedap tapi tak dapat nak rasa semua. Donut hijau tu dan serawa durian aja yang sempat Sis makan sebelum perut menolak balik kekenyangan. Bubur pulut hitam Suami amik pun Sis rasa juga, pun sedap, ishhh semua sedap.. kena dek tekakk makan pada malam tu..
So far makan sini memang sangat puashati. Suami pun suka makan sini, kalau nak bujang tu bedal jerr memana bawa pi makan, semua sedap jerr hahahaha.. tapi serius, korang boleh bawa family korang ke sini. Harga pun berbaloi. Jika orang tua ada berkerusi roda, masih mesra pengguna sebab dewan makan pun di ruang lobby aja. Tak perlu naik lift kecuali ke Surau di tingkat 7 atau ke ruang parking aja.
Makan sekali amik, lepas tu tak bangun-bangun dah, terus balik hahahaha |
Bukti hadirr.. terjumpa pulak ombakbergigi berbuka puasa di sini juga. |
Korang yang nak berbuka puasa di sini, buatlah tempahan awal ya, sebab sentiasa fullhouse aja di sini. Buat masa sekarang ada promo Buy 9 FREE 1.. cepat selagi masih dalam bulan ramadan..
Selera Warisan Meldrum
📍 GBW Hotel, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, Johor Bahru
⏰ 6:30 Petang - 9:30 Malam
Harga ;
RM98/pax (Dewasa)
RM48/pax (Kanak kanak/Warga emas)
Untuk tempahan boleh hubungi ;
☎️ 016 7233 558 (Miss Aiza)
☎️ 016 7100 048 (Mr Syami)
☎️ 016 7100 073 (Miss Urfa)
LEBIH BANYAK GAMBAR sila ke : facebook page akusislin
Video REEL : IG akusislin
P/S : Dah hujung0hujung ramadan ni, makin tak selera nak makan dan fikir menu apa nak makan kan?..
waduhhh kerabu mangga sedapnya!!!
ReplyDeleteYaa sedap, sebab tu tayang gambar kerabu hahahaha
Delete